Jerawat
Posted in

Jerawat: 5 Do’s dan Don’ts Untuk Kulit Berjerawat

Posted in

Mengapa seseorang itu mahu menghilangkan masalah jerawat pada mukanya dengan bersungguh-sungguh?

Kesan menyelesaikan masalah jerawat sangat hebat sehingga dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dengan membaiki penampilan seseorang.

Setelah masalah jerawat selesai, pastinya seseorang itu dapat memiliki kulit yang sekata.

Apabila seseorang itu mengenakan solekan, pastinya solekan itu tahan lebih lama kerana kulit wajah yang normal dan tidak terlampau berminyak. Semestinya ini adalah impian bagi semua wanita yang memiliki masalah jerawat seperti masalah acne prone skin.

Ramai yang menggunakan alat kosmetik untuk menyamarkan kesan mahupun parut jerawat pada wajah.

Sebenarnya apa yang mereka tidak ketahui adalah cara ini boleh menyebabkan masalah jerawat yang lebih teruk atau bahasa mudahnya dipanggil breakouts.

Tidak menjadi suatu kesalahan untuk mengenakan alat solekan pada wajah bagi masalah kulit berjerawat, namun elakkan sehingga terkena pada kawasan jerawat meradang.

Ada pula yang lebih gemar “membasmi” masalah jerawat. Mereka menyangka dengan memicit jerawat atau menyental jerawat mampu membuatkan masalah jerawat pada wajah pulih kembali.


Namun semuanya adalah BIG NO!

Mari kita rungkaikan satu per satu perkara yang sepatutnya dilakukan untuk rawat masalah kulit berjerawat seperti acne prone skin.

Memicit Jerawat

memicit jerawat
Anda Tidak Patut:

Memicit jerawat anda sama ada menggunakan jari tangan atau sebarang alat khas.

Ada yang menyangka bahawa jerawat boleh dipicit sekiranya sudah “masak” iaitu apabila bahagian kepala jerawat telah tersembul.

Sebenarnya perbuatan ini boleh menyebabkan parut jerawat serta luka pada permukaan kulit. Lebih parah lagi luka yang tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan kuman akibat sentuhan daripada tangan anda.

Anda Sepatutnya:

Sebaik saja anda perasan bahawa ada jerawat yang bakal menggangu menampilan anda, anda sepatutnya melakukan warm and cold compress.

Caranya sangat mudah sekali, anda cuma perlukan kain yang direndam dengan air yang suam kemudian biarkan seketika pada jerawat yang bengkak. Ini adalah untuk melancarkan darah pada kawasan jerawat dan mengurangkan kesan bengkak jerawat.

Namun apabila anda telah memicit jerawat dan menyebabkan ianya jadi lebih teruk dan membengkak, gunakan cara cold compress.

Gunakan ais batu yang dilapik dengan kain yang agak nipis kemudia sapukan pada kawasan jeragat meradang.

Membersih Wajah Dengan Kerap

Anda Tidak Patut:

Membersihkan wajah dengan pencuci muka terlalu kerap. Membersihkan wajah menggunakan pencuci muka boleh menyebabkan kekeringan dan dehidrasi dan boleh menyebabkan penghadang kelembapan didalam kulit anda rosak lalu menyebabkan tanda penuaan pra-matang .

Selain itu ianya juga boleh menyebabkan keradangan jerawat yang lebih teruk terhadap wajah anda.

Anda Sepatutnya:

Pembersih muka untuk masalah jerawat sepatutnya yang kurang berbuih seperti cleansing lotions dan gel. Tidak menjadi masalah sekiranya anda lebih gemarkan sabun pembersih muka, namun pastikan ianya tidak mengandungi bahan yang boleh mengeringkan wajah anda seperti alkohol, pewangi dan pewarna tiruan.

Pencuci muka terbaik untuk kulit jerawat tanpa alkohol dari The Ichigo Shop

Menggunakan Produk Penyental (Exfoliation) Fizikal

Contoh produk skrub fizikal untuk muka
Anda Tidak Patut:

Menyental kulit anda dengan physical exfoliator secara melampau. Physical Exfoliator seperti skrub wajah kebiasaanya bertekstur sedikit kasar. Ianya boleh menyebabkan masalah iritasi kepada acne prone skin anda dan menyebabkan kesan calar dan koyakan mikro pada jerawat.

Anda Sepatutnya:

Pemilihan terhadap chemical exfoliator adalah lebih baik untuk masalah kulit berjerawat. Teksturnya yang halus dan cara penggunaannya yang tidak memerlukan sentalan pastinya tidak akan menambah masalah kepada jerawat yang meradang.

Chemical exfoliator terkenal daripada Korea yang boleh didapati di Hermo

Menggunakan Krim Penghadang Matahari Kimia (Chemical Suncreen)

Perbezaan antara chemical sunscreen dan physical sunscreen oleh 100% Pure
Anda Tidak Sepatutnya:

Tidak menggunakan sebarang krim perlindungan matahari. Merawat masalah kulit berjerawat bukan bermakna anda tidak boleh menggunakan sebarang produk pada wajah anda.

Berhenti menggunakan sunscreen kimia (chemical sunscreen) yang terasa tebal dan berat pada wajah anda. Jika anda merasakan sunscreen yang digunakan memburukkan lagi keadaan kulit jerawat anda, hentikan penggunaan segera.

Anda Sepatutya:

Pilih sunscreen yang diformulasi khas untuk masalah kulit anda contohnya masalah acne prone skin. Gunakan krim perlindungan matahari yang berasaskan bahan natural serta tidak mengandungi bahan kandungan yang terlalu “keras” untuk kulit anda seperti physical sunscreen.

Pastikan ianya bersifat ringan dan sesuai dengan kulit sensitif jika sensitif merupakan jenis kulit anda .

Menggunakan Alat Solekan

Anda Tidak Sepatutnya:

Menggunakan alat kosmetik semata-mata untuk menutup cela pada wajah tanpa menggunakan produk dengan bahan yang betul. Lebih teruk lagi boleh menyebabkan masalah jerawat yang lebih parah yang biasa dikenali sebagai breakouts.

Anda Sepatutnya:

Seperti masalah sunscreen sebentar tadi, anda seharusnya pilih alat mekap yang sesuai dengan kulit anda.

Misalnya anda mengalami masalah acne prone skin, semestinya anda menggunakan foundation yang bersifat ringan, bebas minyak dan menyerap segala lebihan minyak yang ada pada wajah dan yang paling penting tidak mengandungi alkohol yang akan menyebabkan keradangan pada wajah anda.

Foundation yang sesuai untuk kulit jerawat Dermstore

Masalah jerawat bukanlah satu masalah yang besar apabila anda mengunakan produk penjagaan kulit wajah yang betul. Pastikan ianya sesuai dengan jenis kulit dan masalah kulit anda.

Baca : Gajet Untuk Merawat Jerawat?

Masalah jerawat semestinya lebih baik dirawat daripada disorok. Mulakan dengan rutin dan produk penjagaan kulit wajah yang betul, anda pasti mendapatkan kulit wajah bebas masalah yang anda impikan.

One Reply to “Jerawat: 5 Do’s dan Don’ts Untuk Kulit Berjerawat”

  1. 4 Rahsia Mengunci Hidrasi Untuk Wajah Bebas Jerawat | MONOSKIN

    […] Baca: Tabiat Harian Yang Menyumbang Kepada Pembiakan Jerawat […]

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Wishlist

Login

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!