Inspiration
Posted in

21 Produk Skincare Terbaik Di Pasaran

skincare terbaik
Posted in

Dengan kewujudan produk-produk kecantikan wanita dan umum yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan pada masa kini, anda mesti tertanya tanya, yang manakah produk kecantikan yang selamat dan berkesan?

Tanyalah sesiapa pun, siapa yang tidak mahu mempunyai penampilan yang menarik? Selain cara pemakaian, penjagaan muka juga adalah sangat penting untuk membina keyakinan diri dan kelihatan lebih menarik dan berketerampilan.

Jika anda sedang tertanya tanya dan meninjau tentang produk manakah yang elok dan sesuai untuk jenis kulit muka anda, anda telah sampai ke tempat yang betul kerana kami akan membincangkan tentang produk-produk skincare terbaik pada masa kini!

Produk Skincare Terbaik

1. Monoskin Clear Skin Purifying Cleanser

mono skin clear skincare purifying cleanser

Jika anda mempunyai masalah jerawat, keradangan kulit, dan sebum yang berlebihan, Monoskin Clear Skin Purifying Cleanser adalah produk skincare terbaik yang anda patut cuba.

Dengan formula yang lembut dan tanpa iritasi, ia bukan sahaja mencuci wajah, malah akan menenangkan kulit anda juga!

Antara bahan aktif dalam produk ini yang akan membantu kulit anda ialah:

  • Japanese Knotweed Extract yang boleh membasmi jerawat dari akar, mengurangkan sebum berlebihan, mencegah pori tersumbat, dan mengurangkan keradangan kulit.
  • Punica Granatum Extract yang boleh memudarkan parut jerawat, membuat kulit kelihatan bersinar, melambatkan proses penuaan, dan membuat kulit kelihatan sekata. Ini menjadikan ia antara produk kecantikan paling berkesan.
  • Physcomitrella Patens Moss Cell Extract ialah antara bahan yang hebat kerana mempunyai mekanisma anti penuaan, dapat meningkatkan kelembapan kulit, dan membuat kulit kelihatan sempurna tanpa cela sehingga ke dasar.
  • Patented Highlighter Peptide yang boleh meningkatkan kecantikan kulit semula jadi anda dengan menggilap kulit anda secara lembut untuk menghasilkan “Japanese porcelain skin” tanpa cela.

2. LaF Med.Secret Cream

Didatangkan dalam tiga jenis, Aquoporin digunakan untuk melembap dan mengecilkan pori. 

The First pula untuk melembap dan mencerahkan wajah. 

Manakala Ceramide pula sesuai untuk kulit kering, sensitif dan akan melindungi kulit anda.

3. Freeman Deep Clearing Clay Mask

Antara produk skincare terbaik yang mengandungi madu manuka dan tea tree oil ini boleh menghilangkan jerawat dan mengurangkan minyak pada wajah. 

Clay mask ini juga dapat membersihkan pori dan memberikan nutrisi pada kulit.

4. Hada Labo Goku-jyun Cream

Hada Labo terkenal sebagai salah satu jenama yang mempunyai beberapa rangkaian produk skincare terbaik di Malaysia. Krim ini memang berkesan untuk melembapkan muka dan sekitar leher.

Produk ini boleh menghaluskan kulit selain tidak mengandungi pewangi, minyak mineral, alkohol serta pewarna. Ia boleh seimbangkan pH kulit dan sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari pencuci muka untuk kulit kering.

5. Neutrogena Alcohol Free Toner

Salah satu produk muka paling laris di Malaysia ini sering mendapat maklum balas yang baik dari para penggunanya. 

Penyegar wajah yang tidak mengandungi alkohol ini sesuai untuk semua jenis kulit.

6. Cetaphil Skin Cleanser

cetaphil skincare

Produk yang sesuai untuk semua jenis kulit. Dengan Cetaphil, anda boleh mendapatkan kulit muka yang mulus, tidak berminyak, tidak terlalu kering dan yang penting sekali, bebas jerawat!

7. Biore UV Perfect Milk

Sunblock yang tidak berminyak ini sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak. Dengan SPF 50 ++ anda tidak lagi perlu risau apabila terdedah dengan cahaya matahari.

8. Nutox Cleansing Gel

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, produk ini sesuai untuk anda. Meskipun kandungannya lembut, ia mampu mencerah, melembapkan kulit, dan membersihkan kotoran tanpa mengeringkan kulit sehingga terasa tegang.

9. Skinfood Royal Honey Propolis Essence

Intipati berkhasiat yang terkandung di dalam produk ini telah dinaik taraf dengan mengandungi lebih banyak ekstrak propolis menjadikan ia mengandungi 63% ekstrak propolis dan 10 % royal jelly.

Produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan ini juga mengandungi antioksidan yang dapat membantu melembutkan dan menguatkan kulit wajah.

10. KIEHL’S Ultra Facial Oil-Free Toner 

Penyegar wajah ini bebas pewangi dan paraben menjadikan ia pilhan terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. 

Toner bebas alkohol ini tidak akan mengeringkan kulit, sebaliknya akan menyerap minyak berlebihan di wajah.

11. Innisfree Blackhead Balm

Balm yang dihasilkan daripada kelompok gunung berapi pulau Jeju Korea ini mampu menyerap kotoran serta minyak dari wajah. Ia turut menghilangkan bintik hitam dan membersihkan liang pori supaya kulit sentiasa bersih dan lembap.

12. Garnier Sakura Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF21 

Jika anda sedang mencari produk kecilkan liang pori, anda perlu mencuba produk ini kerana ia memiliki ekstrak bunga sakura, vitamin B3 dan Vitamin CG.

Ia juga dapat membantu menutup liang pori dan memulihkan tona kulit tidak sekata yang juga sesuai untuk semua jenis kulit.

13. Eucerin DermoPURIFYER Toner

Lactic Acid yang terkandung di dalamnya dapat membersihkan pori tersumbat tanpa mengeringkan kulit wajah. Ia juga sangat sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit berjerawat.

14. HIMALAYA Purifying Neem Face Wash 

face wash skincare

Produk pencuci muka ini mengandungi bahan organik seperti daun Neem dan daun kunyit ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi dan cenderung berjerawat. Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi, ia juga bersifat anti bakteria.

15. Naruko Raw Job’s Tear Supercritical CO2 Whitening Serum

Produk keluaran Naruko ini dapat membantu mencerah, melembap dan melegakan kulit wajah. Kandungan anti  oksidannya dapat meningkatkan tahap metabolisma kulit dan seterusnya mengekalkan kecantikan kulit wajah.

Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif, berminyak dan yang mempunyai kesan sunburn.

16. Eucerin White Therapy Concentrated Serum

Serum yang boleh merawat kulit agar kembali sekata ini dapat menghilangkan bintik hitam, pigmentasi, dan parut jerawat. 

Ia juga dapat merawat kulit anda yang rosak akibat sinaran UV, serta sesuai untuk semua jenis kulit.

17. SK-II Facial Treatment Essence 

sk2 skincare

Produk yang menjadi kegilaan wanita Jepun ini menggunakan bahan semulajadi Pitera yang diperkaya dengan vitamin dan mineral. 

Ia mampu melembap serta mengembalikan nutrisi pada wajah dan membuatkan kulit anda kelihatan bak kristal.

18. COSMODERM Luminous Pearl Brightening Night Serum

Selamat digunakan oleh ibu hamil, produk ini tidak mengandungi bahan kimia seperti alkohol dan paraben. Ia juga mengandungi Active-G, Apple Stem Cell, kolagen, witch hazel, aloe vera dan minyak benih ros hip.

Ini boleh membantu membuang kulit mati dan melindungi lapisan kulit baru. 

19. THE BODY SHOP Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask 

Produk pelbagai fungsi ini boleh digunakan sebagai skrub dan juga masker wajah. 

Ia mengandungi arang buluh dan daun teh. Tekstur kasar pada produk ini bertindak sebagai ejen pengelupasan (exfoliate) yang dapat menghaluskan wajah.

20. Cosrx One Step Pimple Clear Pad & Centella Blemish Cream

Produk kecantikan ini boleh membantu anda yang mempunyai masalah kulit berjerawat kerana diperbuat daripada bahan semulajadi. 

Ia juga dapat mengawal minyak berlebihan serta bertindak sebagai ejen pengelupasan yang dapat melegakan kulit.

Bahan aktif yang boleh menembusi liang pori ini dapat mengusir celaan yang tidak diingini dan sekaligus membersih dan mencegah masalah kulit.

21. Tidact Gel

Gel ini sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit berjerawat yang tidak terlalu teruk. Mereka yang mengalami masalah berjerawat batu dan kulit bernanah tidak sesuai menggunakan produk ini.

Diharapkan selepas anda membaca senarai produk produk yang terbaik di pasaran di atas ini akan dapat membantu anda dalam memilih produk terbaik untuk kulit anda supaya dapat memiliki kulit yang sihat dan tanpa masalah.

Tetapi anda juga dinasihatkan untuk mencuba produk-produk ini dalam bentuk pek percubaan dahulu supaya dapat lihat akan keberkesanan dan kesesuaian produk tersebut dengan kulit anda. Ini dapat mengelak dari pembaziran dan merosakkan kulit.

Jika anda berminat untuk lebih tahu tentang produk pertama, syarikat Monoskin yang mengeluarkan Monoskin Clear Skin Purifying Cleanser juga mempunyai produk skincare terbaik yang berasaskan tumbuhan menjadikan ia juga sesuai untuk kulit sensitif.

monoskin produk skincare

Produk-produk mereka juga telah melalui proses kajian sains yang membolehkan mereka mencegah jerawat dengan berkesan, melembapkan kulit, dan membantu dalam memudarkan parut jerawat.

Pihak mereka juga akan membantu para pelanggan mereka dalam merawat masalah jerawat dengan memberikan bimbingan tentang apa yang patut mereka buat dan elakkan, cara pemakanan, dan nasihat lain untuk mencapai kulit yang bersih dan sihat.

Oleh itu, tunggu apa lagi? Bertindak sekarang untuk mencapai kulit yang anda idam-idamkan.

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Wishlist

Login

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!