Acne
Posted in

Bakteria P.Acnes Penyebab Jerawat

Posted in

Pernah tak terfikir kenapa sebenarnya susah nak rawat jerawat dekat atas muka?

Salah satu sebabnya ialah kita tak tahu punca jerawat tu dari mana sebab banyak factor yang menyebabkan terjadinya jerawat, seperti hormone, dan genetic.

Tetapi bacteria pun boleh menyebabkan jerawat tau.

 Jadi Macam Mana Sebenarnya Bacteria Boleh Ada Dekat Atas Muka?

Cara bakteria p.acnes merebak pada folikel rambut yang tersumbat
Cara bakteria P.Acnes merebak pada folikel rambut yang tersumbat

Okay jerawat selalunya terjadi di bahagian muka, leher, dada, bahu dan belakang badan.

Kulit kita mengandungi banyak folikel rambut ataupun liang pori walaupun korang jenis tak berbulu ya, tetapi folikel rambut tu masih wujud di seluruh badan.

Nah, folikel rambut ni lah penyebab jerawat.

Di hujung folikel rambut atau liang pori, yang berada dalam lapisan kulit terdapat sebaceous gland yang berfungsi dengan menghasilkan  minyak untuk mengekalkan kelembapan pada kulit.

Apabila sebaceous gland menjadi terlebih aktif, ia akan menghasilkan ekstra minyak atau sebum, ianya akan terperangkap pada folikel rambut, sekaligus memerangkap bacteria.

P.acnes Bacteria and Acne: The Truth Finally Emerges
Gambaran 3D P.Acnes

Bakteria yang disebutkan itu dikenali sebagai P.Acnes (Propionibacterium acnes). Ia hidup di dasar folikel rambut.

Kebetulan pula bacteria sangat sukakan folikel rambut dengan persekitaran yang rendah oxygen, dan juga penuh dengan sebum dan serpihan kotoran daripada peluh, dan radikal bebas.

P.Acnes ni pulak sangat gembira kalau badan kita bagi surprise dekat dia, macam perubahan hormone ketika fasa akil baligh, stress ataupun factor genetik yang menyebabkan sebaceous gland akan mengeluarkan minyak yang lebih banyak.

Lagi lah P.Acnes membiak dengan riangnya.

Apabila sebaceous gland ni keluarkan sebum, P.Acnes akan menggunakan sebum itu sebagai makanan yang akan membekalkan tenaga, lalu membenarkan bacteria tersebut membiak lagi banyak.

Dengan bilangan bacteria yang banyak, ianya akan menyebabkan kulit teriritasi dan menyebabkan jerawat yang mula menimbul.

Ditambah pula dengan liang pori yang tersumbat dengan blackhead, minyak, sebum, dengan bacteria lagi, sebab itu lah jerawat boleh jadi merah-merah dan sakit.  

P.Acnes ni bukan dekat muka sahaja tau. Satu badan pun dia membiak ya. Sebab tu lah ada wujudnya jerawat di badan, dada dan bahu.

jerawat badan p.acnes
P.acnes yang membiak di badan akan menyebabkan jerawat badan

Rumusannya ialah:

  • Sebaceous gland di folikel rambut menghasilkan minyak dan peluh yang ekstra lalu menyumbat liang pori, yang akan menghasilkan bacteria P.Acnes’
  • Bakteria P.Acnes terus membiak dengan menjadikan sebum daripada folikel rambut tersebut sebagai bekalan tenaga.
  • Bilangan P.Acnes yang banyak akan menyebabkan iritasi kepada kulit lalu terbentuklah jerawat.

Jadi Sebenarnya P.Acnes Ini Penyebab Utama Jerawat Ke?

Walaupun P.Acnes terlibat dengan pembentukan jerawat, namun ianya bukanlah penyebab utama dalam pembentukan jerawat.

Cuba ingat semula, P.Acnes menggunakan sebum di folikel rambut sebagai tenaga untuk bekalan tenaga.

Jika tiada masalah kelebihan sebum, makan tiada lah P.Acnes kan?

Jadi, apa yang kita perlu buat untuk menghilangkan punca tenaga P.Acnes membiak? Kita putuskan rantaian tenaga P.Acnes tersebut.

Baca: cara mengawal sebum di muka

Beberapa Penyebab Terjadinya Ekstra Sebum

kulit berminyak p.acnes
Kulit jenis berminyak ekstreme
  • Hormon ketika fasa akil baligh, hamil, dan juga ketika datang bulan
  • Keturunan. Jika ibu bapa mempunyai masalah jerawat, kemungkinan besar korang pun akan mengalami sebaceous gland yang aktif.
  • Stress. Tekanan yang melampau dapat menyebabkan sistem imunisasi badan berubah yang akan meningkatkan pembiakan P.Acnes kerana ketika ini badan kurang melawan bacteria tersebut.
  • Menyentuh permukaan muka dengan tangan yang kotor. Tangan yang kotor mengandungi pelbagai jenis kuman dan bacteria. Jadi dengan menyentuh permukaan muka, terjadilah cross contamination yang akan mencemarkan permukaan kulit.

Walaupun ada beberapa penyebab berlakunya pengeluaran sebum terlampau yang kita tak boleh ubah seperti hormone ketika fasa akil baligh, hormone ketika hamil, mahupun stress, ada beberapa kaedah yang kita boleh lakukan untuk mengawal penghasilan sebum dan juga  membunuh bacteria tersebut.

Cara Membunuh Dan Mengelakkan Pembiakan Bacteria P.Acnes

  • Menggunakan produk skincare dengan bahan yang boleh membunuh P.Acnes seperti benzoyl peroxide, salicylic acid, sulphur, alpha hydroxyl acids, resveratrol.
  • Mencuci badan menggunakan sabun anti-bacteria
  • Sentiasa mencuci muka dan badan selepas bersenam dan pergi ke gym. Peluh yang dihasilkan akan membuatkan folikel rambut tersumbat dan menghasilkan lagi P.Acnes.
  • Jangan memicit jerawat dengan menggunakan tangan. Tangan kita sendiri dah mengandungi banyak kuman dan baketria.
  • Jangan menggunakan alatan penjagaan wajah atau alat solekan yang tidak dicuci bersih, seperti tuala muka, razor kening, alat derma-roller, berus solek, beauty blender, dan juga span muka.
  •  Memakai pakaian yang nipis dan tidak menyebabkan peluh
  • Sentiasa membasuh tangan sebelum menyentuh muka
  • Tidak menggunakan tuala muka berkali-kali tanpa mencucinya

Baca: body wash khas buat jerawat badan

Monoskin Bioplant Fast Acne Corrrector yang mengandungi Resveratrol untuk menghindar kulit dari P.Acnes

Banyak tau sebenarnya cara untuk mengelakkan atau merawat jerawat terjadi dekat muka. Cuma perlu tahu penyebab utamanya sahaja.

Jadi lepas ini, bolehlah amalkan rutin baru untuk mengelak pembiakan bacteria penyebab jerawat, walaupun tak boleh mengelak dari bacteria ni (sebab diorang ni dimana-mana sajaaaa), tapi kita mampu untuk mengawalnya dan juga membunuh bacteria tersebut.

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Wishlist

Login

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!