Ingredients
Posted in

Debunking Rahsia Produk Organik, Natural, Plant-based dan Sintetik

Posted in

Apa perbezaannya?

Bila kita fikir pasal bahan-bahan produk penjagaan wajah, mesti kita terus dapat teka daripada packaging produk itu sendiri kan? Contohnya kalau produk tu claim bahan-bahan yang digunakan ialah “plant-based”, “natural” atau “organic” untuk menunjukkan yang produk itu lebih bagus daripada produk yang tak mendedahkan asal usul bahan-bahan yang digunakan.

Secara asasnya, bahan-bahan yang  “plant-based”, “natural” atau “organic” ni dapat menambat hati potential customers dengan memberikan jaminan bahawa produk tersebut jauh lebih bagus daripada produk lain dan juga meningkatkan kepercayaan dengan jenama produk tersebut.

Betul ke sebenarnya?

Rasa-rasa produk yang mana jauh lebih bagus?

produk plant-based organik vs sintetik

Okay jom kita bongkar dulu satu-satu. Produk yang mana sebenarnya lebih bagus untuk kulit kita.

Organik

Senarai produk organik yang sebenarnya betul-betul bagus (Credit: Sisintheglow)

Produk berasaskan organic jauh lebih mahal sebenarnya bukan kerana nama bahan-bahan yang digunakan. Tetapi kaedah penanaman dan pemprosesan bahan tersebut daripada bahan mentah sehingga menjadi satu produk.

Ramai yang keliru dengan produk organic dan merasakan produk organic ni memikul sekali status semula jadi, bebas alcohol, bebas bahan pengawet, bersifat hypoallergenic, sesuai untuk kulit sensitif dan juga yang paling bagus untuk kulit wajah.

Salah tau! Melainkan produk itu memang dihasilkan cukup sempurna dengan kesemua perkara baik di atas, namun, kalau produk itu dihasilkan hanya daripada bahan organic, tak mustahil yang bahan itu tak ada bahan pengawet, alcohol, pewangi ataupun “the bad stuff” di dalamnya.

Sebab kebanyakan produk organic menggunakan bahan organic iaitu dari segi penanaman dan pemprosesan bahan saja.

Contohnya bunga ros yang ditanam didalam tanah tanpa baja kimia dan juga hanya menggunakan bahan bebas kimia yang tertentu sahaja untuk proses bahan mentah tersebut.

Dan produk organic juga ada yang mengandungi pengawet kimia, alcohol, dan juga bahan yang lain yang memudaratkan.

Natural / Semula jadi

Produk yang claim bahan natural juga sama dengan produk organic. Bila difikirkan balik, semua produk penjagaan wajah menggunakan bahan semua jadi tak kira daripada haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Tetapi, cara pemprosesan yang membuatkannya berbeza.

Produk yang berstatus 100% natural pula lain dengan yang “natural” sahaja. Kerana, 100% natural bermaksud produk itu seratus peratus tidak mengandungi pengawet, alcohol dan bahan kimia lain yang menjadikan jangka hayat produk itu tidak tahan lama.

Dan produk 100% natural mempunyai tahap keberkesanan yang rendah kerana tidak bersifat “potent” dan juga tidak stabil. Contohnya Vitamin C, jus lemon ialah 100% vitamin C semula jadi, tapi, korang nak ke lumur jus lemon satu muka? Mesti tak kan?

Bahan natural 100% mempunyai jangka hayat yang rendah kerana tidak stabil dan tidak mengandungi bahan pengawet.

Dan produk yang “natural” sahaja, masih mengandungi bahan kimia yang lain yang dijadikan sebagai pengawet. Tapi tak bermaksud produk itu produk yang tak bagus. Dan tak kesemua bahan kimia juga tak baik untuk kulit.

Plant-based / Berasaskan tumbuh-tumbuhan

Nah, kategori ni lain pula. Produk plant based kebiasaanya hanya mengandungi bahan daripada tumbuh-tumbuhan sahaja tidak kiralah ianya sintetik ataupun semula jadi. Produk plant-based ni banyak faedahnya kerana ianya bersifat vegan yang bermaksud ianya bebas daripada bahan haiwan. Menjadikan ianya sangat sesuai untuk pengguna muslim. Secara asasnya, produk berasaskan tumbuh-tumbuhan mendapat faedahnya hanya dari ekstrak tumbuhan sahaja.  

Sintetik

sintetik dan plant based product
Produk The Ordinary ialah salah satu jenama produk sintetik yang popular

Bahan sintetik selalu dapat nama buruk dan selalu dikaitkan dengan bahan kimia yang tak elok. Salah tau, sebab bahan kimia ialah bukan berasal daripada bahan semula jadi. Dan bahan sintetik pula berasal daripada bahan mentah yang semula jadi seperti haiwan atau tumbuhan.

Bahan sintetik dihasilkan daripada bahan semula jadi dan dipatenkan untuk digunakan didalam produk. Contohnya hyaluronic acid yang berasal daripada haiwan dan seterusnya direplika atau ditiru molekularnya dengan efek yang sama.

Bukan bermakna bahan sintetik ni sesuatu yang tak bagus kan? Kebanyakannya bahan aktif yang menjadi kegilaan skincare junkies juga diperbuat daripada bahan sintetik seperti retinol, Vitamin C, SPF, dan juga acids, dan kesemuanya bagus untuk kulit wajah!

Bukan tu saja, banyak salah faham berkaitan dengan bahan sintetik dan natural ni. Produk wajah yang bagus juga menggunakan bahan sintetik sebagai bahan aktifnya kerana lebih stabil dan jangka hayat lebih tinggi.

Jadi, yang mana satu yang paling bagus?

plant-based vs sintetik

Sebagai seorang pencinta haiwan, produk yang paling bagus ialah produk yang berasaskan tumbuhan dan juga produk sintetik yang dipatenkan daripada tumbuhan. Dan juga bebas daripada kekejaman haiwan ye. Cara mudah untuk tahu produk itu bebas ujian ke atas haiwan ialah bila produk itu diuji secara dermatologi, maksudnya beberapa sukarelawan yang try produk tu atas kulit mereka sendiri.

Bahan yang diperbuat daripada haiwan, well… membunuh haiwan. Jadi… bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan lebih ideal. Dan bahan aktif sintetik pula sangat ideal kerana lebih stabil dan tak akan memberikan kesan sampingan yang teruk.

Seperti kami di MONOSKIN, yang menggunakan gabungan ekstrak bahan tumbuhan semula jadi dan juga bahan tumbuhan dipaten untuk memberikan hasil yang lebih bagus dan stabil. Dan juga mengurangkan kesan sampingan pada kulit.

MONOSKIN juga percaya dengan kuasa bahan tumbuh-tumbuhan seperti:

  • Japanese Knotweed, yang tinggi kandugan Resveratrol
  • Aloe Vera sebagai bahan pelembap dan juga bersifat anti-inflamatory
  • Raspberry dan Blackberry yang tinggi kadar anti-oksidan
  • Keladi dan cendawan untuk memudarkan parut dan bintik hitam
  • Lumut yang dipaten khas sebagai senjata untuk kulit awet muda

Jadi, selepas ni harap tiada lagi lah stigma tentang bahan sintetik didalam produk penjagaan wajah ataupun kosmetik. Dan yang paling penting, sebelum membeli produk, buat sedikit kajian tentang bahan tersebut. Kerana yang organic tak semestinya bebas bahan kimia, dan yang sintetik tidak semestinya membawa keburukan.

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Wishlist

Login

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!