Uncategorized
Posted in

Serum Terbaik di Malaysia: Panduan Memilih Serum Muka Yang Sesuai

serum terbaik
Posted in

Apabila memperkatakan tentang pemilihan serum terbaik, terdapat beberapa kriteria yang perlu diketahui.

Mungkin anda dengar tentang kegunaan serum untuk kulit berminyak, serum untuk jeragat dan pelbagai lagi yang boleh di dapati di pasaran sekarang.

Sememangnya serum dijadikan sebahagian daripada rutin penjagaan kulit wajah asas.

Ia wajib dikukuhkan terlebih dahulu sebelum menambah produk- -produk lain ialah pencuci muka, moisturiser, dan sunscreen.

Dalam artikel kali ini, anda akan mengetahui lebih lanjut tentang serum serta cara pemilihan serum terbaik untuk kulit anda.

Apa Itu Serum?

Menurut dermatologist Dr. Marnie Nussbaum, serum ialah sejenis bahan berbentuk cecair atau gel yang boleh meresap jauh ke dalam kulit.

Ia boleh meresap jauh ke dalam kulit melebihi moisturiser, menjadikannya amat mujarab untuk masalah kulit.

Kegunaan Serum

Serum merupakan cara terbaik untuk merawat masalah kulit kerana ia boleh meresap jauh ke dalam kulit tanpa memecahkan molekulnya.

Jika anda ingin kulit yang cerah, pilihlah serum yang mengandungi antioxidants. Jika anda ingin melembapkan kulit, pilih serum yang mengandungi hyaluronic acid dan peptide.

Cara Menggunakan Serum Muka

Berikut adalah cara-cara menggunakan serum dengan betul untuk hasil yang terbaik:

  1. Cuci muka dengan pencuci muka anda
  2. Gunakan serum dalam anggaran saiz kacang hijau dan urutkan ke muka anda hingga diserap ke dalam kulit
  3. Sapukan moisturiser untuk lock bahan bahan sebelumnya

Bagaimana Memilih Serum Terbaik Untuk Kegunaan Harian?

Sebeleum memilih serum terbaik, anda perlu tahu masalah kulit anda ingin dirawat. Selain itu, anda juga perlu mengetahui jenis kulit anda supaya serum yang digunakan akan lebih berkesan.

Antara masalah kulit yang biasa dihadapi dan ingin dirawat ialah:

  • kulit yang terhidrasi hingga menyebabkan kedutan, 
  • kulit yang bertompok gelap kerana bekas jerawat atau cahaya matahari.

Di antara bahan-bahan yang anda perlu cari di dalam sesuatu serum untuk merawat masalah masalah ini ialah ceramides untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Selain itu antioxidants seperti vitamin C dan ekstrak biji anggur yang boleh melindungi kulit dari bahaya cahaya matahari dan kesan kesan penuaan.

Seterusnya bahan-bahan yang berasaskan tumbuhan seperti licorice boleh membantu dalam mencerahkan kulit dan merawat tompok tompok hitam dikulit.

Dengan mengetahui semua butiran ini, ia boleh membantu anda memilih serum yang sesuai untuk merawat masalah kulit anda dan seterusnya boleh disertakan dalam rutin harian.

15 Produk Serum Terbaik di Malaysia

Antara 15 serum terbaik yang boleh dicuba ialah:

  1. Monoskin Glass Skin Serum

Selain mengandungi bahan-bahan terbaik dalam mencegah jerawat tanpa mengeringkan kulit, ia juga digabungkan dengan Punica Granatum.

Bahan ini boleh bantu melembapkan kuit, mengelakkan iritasi yang boleh menyebabkan breakout dan menggalakkan penghasilan kolagen. 

Serum ini juga boleh membantu dalam membaiki kualiti tekstur kulit dan menjadikan kulit anda glow kerana ia juga mengandungi peptide yang unik.

Info Lanjut Tentang Monoskin Glass Skin Serum

  1. EUCERIN Ultra White Spotless Double Booster Serum

Produk ini mengandungi Thiamidol yang mampu mengurangkan tompok gelap dan mencegahnya dari kembali kerana ia meresap terus dan merawat dari akar.

Ia juga mengandungi HA yang boleh membantu dalam melembapkan kulit serta mempebaharui kulit supaya sentiasa kelihatan refreshed.

  1. EUCERIN Pro Acne – Super Serum

Mengandungi 100% asid semulajadi, ia mampu mencegah jerawat dari awal selain boleh mengecilkan pori dan membaiki tekstur kulit. Produk ini sesuai untuk kulit berjerawat dan kulit sensitif.

  1. GARNIER Light Complete Anti Spot White Serum

Produk ini ialah serum dengan vitamin C yang mampu mencegah tompok tompok gelap di kulit anda dengan efektif selain harganya yang juga berpatutan.

  1. NUTOX Advanced Serum Concentrate

Dengan produk ini, anda tidak perlu lagi risau tentang tanda tanda penuaan kerana ia mampu menegangkan kulit anda dengan cepat dan untuk jangka masa yang lama.

Kulit anda boleh menjadi lebih tegang, lembut dan sekata hanya dalam masa 7 hari kerana ia mengandungi Actigenic, dua kali ekstrak sarang burung, kolagen asli, elastin, dan asid hyaluronic.

  1. NANO WHITE Dark Spot Corrective Serum

Serum ini mengandungi 3 bahan pencerah hebat yang boleh meyerap jauh kedalam kulit untuk cerahkan tompok gelap, parut jerawat, dan seratakan tona kulit dalam hanya 2 minggu sahaja.

  1. OLAY Regenerist Retinol 24 Night Facial Serum

Dengan gabungan hebat niacinamide dan retinol complex, ia boleh mengatasi garis halus, kedutan, melembutkan, mencerahkan, dan menegangkan tanpa mengeringkan kulit.

Ia juga boleh mencegah tompok gelap dan mengecilkan pori. Ia juga melembapkan kulit anda semasa anda tidur jadi anda akan kelihatan berseri dan bertenaga apabila bangun dari tidur.

  1. GARNIER Sakura White Serum

Dengan Hyaluron dan ekstrak sakura, serum ini boleh mencerahkan kulit anda dengan efektif. Ia juga sesuai digunakan oleh kulit sensitif.

  1. NANO WHITE Intensive Bright Serum

Dengan nanotechnology, Omega White-C, dan ekstrak asli, serum ini boleh bantu dalam mencegah tompok hitam degil dan tona kulit yang tidak sekata selain boleh mencerahkan kulit.

  1. EUCERIN White Therapy Concentrate Serum

Dengan B-Resorcinol dan Glycyrrhetinic, serum ini boleh mencegah tompok gelap, jeragat, pigmentasi, tona kulit tidak sekata, dan parut jerawat seliain merawat kesan daripada UV.

  1. SAFI Rania Gold Serum Konsentrasi

Tekstur serum ini yang tidak berminyak akan menyerap jauh ke dalam sel kulit dan merawat dari dalam. Ia boleh membantu meningkatkan penghasilan kolagen dan menyekatakan tona kulit.

  1. NIVEA LUMINOUS 630 Spotclear Freshly Activated Booster Serum

Dengan gabungan Hyaluron dan vitamin E, serum ini serap jauh keakar untuk merawat tompok gelap yang telah bertahun terhasil dan berada dalam kulit.

Produk ini selamat digunakan walaupun sangat efektif hingga boleh menghasilkan kulit tanpa cela dan glowing.

  1. BIO-ESSENCE Bio-Energy Snail Secretion Repair Serum

Serum ini meningkatkan penyerapan nutrient dan kelembapan, penghasilan kolagen, dan tingkatkan ketahanan kulit. Ia juga melambatkan proses penuaan selain mencegah parut jerawat.

Ia juga boleh menenangkan kulit selain melindungi ia dari pencemaran yang berbahaya. Semua ini boleh meningkatkan proses membaikpulih kulit untuk menghasilkan kulit yang sihat.

  1. DR. WU Daily Renewal Serum with Mandelic Acid

Serum ini sesuai untuk kulit kering dan sensitif dalam mengatasi pori yang kelihatan besar, blackhead, jerawat, dan parut jerawat. Ia juga mengandungi asid Mandelic, Salicylic, dan Pyruvic.

  1. BIO-ESSENCE Bio-Gold Golden Ratio Double Serum

Produk ini mengandungi 24K Bio-Gold Flakes yang boleh membantu menjadikan kulit anda kelihatan sihat dan cerah.

Serum ini juga boleh melambatkan proses penuaan selain mencegah kulit dari kelihatan kusam. Esen teh hijau juga membantu dalam menghasilkan kulit yang selembut baldu.

Secara kesimpulan, terdapat pelbagai serum yang ada dijual di pasaran. Anda perlu tahu tentang masalah dan jenis kulit anda sebelum membelinya.

Lain produk, lain bahannya dan ini akan menghasilkan kesan yang berlainan. Jika anda mahukan produk yang bukan sahaja dijamin natural malah efektif, anda patut mencuba produk Monoskin.

Ini kerana produk-produk dari Monoskin ini adalah berasaskan tumbuhan, menjadikan ia sesuai untuk semua jenis kulit. 

Produk-produk mereka juga telah melalui proses kajian sains yang boleh mencegah jerawat dengan berkesan, melembapkan kulit, dan membantu dalam memudarkan parut jerawat.

Monoskin juga akan membantu pelanggan mereka dalam merawat masalah jerawat dengan membimbing mereka untuk mengatasi masalah tersebut.

Mereka juga boleh membimbing tentang cara memulihkan muka dengan teliti. Ini termasuk bimbingan memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit.

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Wishlist

Login

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!