Use coupon code "WELCOME15" for first time customer and get 15% off! Dismiss
Acne

17 Petua Kecantikan Muka Untuk Wanita Moden

petua kecantikan muka

Ini adalah antara petua kecantikan muka yang boleh diamalkan oleh wanita moden yang sedang tercari-cari cara DIY mudah untuk mencantikkan muka.

Nak kurangkan blackhead? Nak tambah seri wajah? Pelbagai masalah boleh diatasi! Kebanyakan bahan ini juga boleh didapati di rumah jadi anda boleh cuba sendiri dengan mudah.

Jom mulakan!

Petua Kurangkan Blackhead dan Whitehead

Masalah blackhead dan whitehead adalah antara masalah yang dihadapi oleh ramai orang. Ia mudah terjadi apabila kulit wajah terlalu berminyak atau apabila liang muka terbuka.

Antara cara cara DIY yang anda boleh lakukan dirumah untuk atasi masalah ini adalah seperti berikut:

1. Masker Telur

petua kecantikan muka

Telur bukan sahaja enak untuk dimakan malah boleh digunakan sebagai masker muka juga. Anda hanya perlu pukul putih telur dan sapu ke kulit muka anda.

Tunggu sehingga ia kering untuk dibilas. Anda juga boleh letak tisu selepas menyapunya di muka dan tarik tisu tersebut apabila telah kering. Cara ini boleh dilakukan 2 kali seminggu.

2. Skrub Oat Mudah

petua kecantikan muka

Jika anda mempunyai kulit muka yang sensitif dan risau untuk mencuba sembarangan tips kecantikan wajah, anda boleh bermula dengan cara ini. 

Campurkan 5 sudu madu, 2 sudu susu tepung, dan 2 sudu oat. Gaul sehingga sebati dan sapu di muka. Urut perlahan lahan dan kemudian tunggu ia kering untuk dibasuh.

3. Kecutkan Pori Dengan Timun

petua kecantikan muka

Ekstrak jus timun boleh mengecutkan pori dan kembalikan seri wajah. Rendam kapas dalam jus dari sebiji timun dan kemudian sapu di muka dan biarkan 15-20 minit.

Lakukan ini setiap hari selama sebulan dan lihatlah perbezaannya nanti!

4. Sapu Yogurt Pada Muka

petua kecantikan muka

Dengan menyapu yogurt pada muka boleh membuang minyak muka yang berlebihan, membuang sel kulit mati, dan mengurangkan garis penuaan dan kedutan di muka.

Petua kecantikan muka ini adalah dengan menyapukan yogurt dimuka dan biarkan selama 10 minit dan boleh dibilas dengan air. Cara ini boleh dilakukan sekerap mungkin.

Cara Menghilangkan Parut Jerawat

petua kecantikan muka

Kebanyakan orang akan lalui fasa breakout di mana kulit muka dipenuhi jerawat secara tiba tiba. Ia mungkin kerana salah guna produk atau tersalah makan.

Setelah jerawat ini hilang, timbul masalah lain pula iaitu parut jerawat yang degil dan susah nak hilang. Antara petua yang boleh diikuti untuk hilangkan parut adalah seperti berikut:

5. Guna Aloe Vera

petua kecantikan muka

Aloe vera mempunyai seribu satu kebaikan. Selain boleh melembabkan kulit dan memulih struktur kulit, ia juga tidak mempunyai bahan alergenik yang boleh memudaratkan.

Anda hanya perlu sapukan gel aloe vera yang boleh diperolehi dari pokoknya atau beli di kedai. Sapu pada bekas jerawat dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas.

6. Madu Untuk Muka

petua kecantikan muka

Madu seperti yang diketahui ramai boleh digunakan sebagai penawar bagi pelbagai masalah. Ia juga boleh melembabkan kulit dan membantu menghilangkan parut jerawat.

Seeloknya pilihlah madu asli organik dan biarkan ia di muka sehingga kering dan meresap ke dalam kulit. 

Madu juga boleh dicampur dengan serbuk kayu manis untuk kesan yang lebih baik. Mudah sahaja kan petua kecantikan muka ini?

7. Bedak Sejuk DIY

petua kecantikan muka

Anda juga boleh menggunakan bedak sejuk DIY daripada beras untuk memudarkan parut jerawat. Terdapat pelbagai variasi yang anda boleh pilih mengikut keselesaan anda.

Petua ini sebenarnya petua kecantikan muka lama yang dah digunakan sejak dahulu lagi. Zaman dahulu, beras ditumbuk halus dan direndam seharian sebelum dilumurkan pada muka.

Petua Melembabkan Wajah

Salah satu faktor untuk tahu kulit anda sihat atau tidak melalui kelembapannya. Kulit yang sihat ialah apabila ia lembab dan tidak kusam.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kelembapan kulit ialah:

8. Minyak Almond

petua kecantikan muka

Minyak almond sangat sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai kulit kering. Hanya sapukan pada kulit muka.

Kemudian, biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Lakukan cara ini sekali setiap hari untuk mendapatkan hasil yang efektif.

9. Minyak Zaitun

petua kecantikan muka

Minyak zaitun yang mempunyai anti oksidan dan asid lemak adalah sangat bagus untuk melembabkan kulit muka. Caranya ialah dengan menyapukan pada kulit muka.

Kemudian, biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Lakukannya sekali setiap hari untuk nampak perbezaannya!

10. Minyak Kelapa

petua kecantikan muka

Minyak kelapa yang juga kaya dengan asid lemak  membantu mengembalikan kelembapan kulit muka. Caranya ialah dengan memanaskan minyak kelapa tersebut.

Kemudian sapukan ia ke muka dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Lakukan ia secara sekali sehari untuk nampak perbezaannya.

11. Kentang

petua kecantikan muka

Cara seterusnya parut atau blender sebiji kentang dan campur dengan satu sudu teh madu sebelum disapukan pada muka. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air.

Petua Mengecutkan Jerawat

Jerawat adalah antara masalah yang sering dihadapi oleh ramai orang terutamanya wanita. Di antara cara untuk mengecutkan jerawat adalah seperti berikut:

12. Jus Daun Pudina

petua kecantikan muka

Blend daun pudina dan campurkan dengan sedikit air. Kemudian tapis air tersebut dan sapu pada kulit muka sebelum tidur dan biarkannya semalaman.

13. Kulit Buah Oren

petua kecantikan muka

Kisar kulit oren bercampur air. Kemudian sapukan pes yang terhasil pada jerawat yang ada di muka anda.

14. Pes Serbuk Kunyit

petua kecantikan muka

Ambil satu sudu serbuk kunyit dan titiskan air sedikit. Sapukan pes yang terhasil pada jerawat dan biarkan selama beberapa minit. Lakukan rutin ini hingga jerawat hilang.

Petua Untuk Muka Berminyak

Kulit muka yang mempunyai minyak berlebihan boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat yang sudah semestinya kita mahu elakkan. Di antara tips untuk mendapatkan kulit cantik ialah:

15. Tembikai

petua kecantikan muka

Buah tembikai mengandungi beberapa mineral yang sangat baik untuk mengecilkan pori muka. Cara membuat masker menggunakan tembikai ialah dengan mengisarkan buah tembikai.

Kemudian, campurkan dengan yogurt asli atau susu dan sapukan masker yang terhasil pada muka. Tunggu sehingga 30 minit dan bilas dengan air bersih.

16. Minum Air Kosong

petua kecantikan muka

Dengan minum air kosong yang mencukupi, ia dapat membuang toksin dari dalam badan yang boleh menyebabkan minyak muka yang berlebihan dan jerawat.

Minum air sekurang kurangnya 2 liter sehari untuk mendapatkan kulit yang anjal dan lembap.

17. Kurangkan Makanan Berminyak

petua kecantikan muka

Aspek pemakanan juga boleh mempengaruhi kulit muka anda. Oleh itu kurangkan pengambilan makanan berminyak dan gantikan dengan makanan yang dikukus.

Dengan segala tips yang telah diberi, diharapkan ia dapat membantu anda dalam memilih tips yang sesuai untuk mencapai kulit yang sihat dan cantik.

petua kecantikan muka

Namun, jika anda kurang rajin untuk melakukan DIY dan lebih suka gunakan produk, anda patut tahu tentang produk Monoskin yang berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk kulit sensitif.

petua kecantikan muka
  • Harga: RM39.00
  • Kandungan: 50ml
  • Kelebihan: Cegah jerawat, kurangkan sebum, cegah pori tersumbat, kurangkan keradangan kulit, pudarkan parut jerawat, lambatkan proses penuaan, dan melembapkan kulit.
  • Bahan bahan istimewa yang terkandung: Japanese Knotweed Extract, Punica Granatum Extract dan Patented Highlighter Peptide.
  • Jenis kulit yang sesuai: Semua jenis kulit.

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Produk-produk daripada syarikat ini juga telah melalui proses kajian sains yang teliti, jadi anda tidak perlu risau kerana ianya adalah selamat dan berkualiti.

Produk Monoskin boleh mencegah jerawat dengan berkesan, melembapkan kulit, dan membantu dalam memudarkan parut jerawat.

Dengan formula yang lembut dan tanpa iritasi, ia bukan sahaja mencuci wajah, malah akan menenangkan kulit anda juga!

Antara bahan yang istimewa ialah Japanese Knotweed Extract yang boleh membasmi jerawat dari akar, mengurangkan sebum berlebihan, dan mencegah pori tersumbat.

Selain itu, Punica Granatum Extract juga boleh memudarkan parut jerawat, membuat kulit kelihatan bersinar, melambatkan proses penuaan, dan membuat kulit kelihatan sekata.

Seterusnya, Physcomitrella Patens Moss Cell Extract yang mempunyai mekanisma anti penuaan, dapat meningkatkan kelembapan kulit, dan membuat kulit kelihatan sempurna.

Akhirnya, Patented Highlighter Peptide yang boleh tingkatkan kecantikan kulit semula jadi anda dengan menggilap kulit anda secara lembut untuk menghasilkan “Japanese porcelain skin”.

Pihak mereka juga sedia membantu merawat masalah jerawat dengan membimbing tentang cara pemakanan serta memberi nasihat nasihat lain untuk mencapai kulit yang bersih dan sihat.

Untuk lebih maklumat, anda boleh berkunjung ke website mereka dan mulakan langkah anda ke arah kulit idaman yang lebih sihat hari ini!

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)