Use coupon code "WELCOME15" for first time customer and get 15% off! Dismiss
Acne

7 Tips Jadikan Muka Breakout Kembali Clear Dengan Mudah

muka breakout

Muka breakout selalu terjadi secara tiba-tiba. Tapi sebenarnya tak adalah ‘tiba-tiba’ sangat. Kadangkala perubahan hormon, diet dan gaya hidup menjadi penyebab muka ditumbuhi jerawat.

Jadi dah tumbuh jerawat nak buat apa ya? Jika muka breakout apa perlu buat?

Jangan risau dan jangan panik, jom ikuti tips di bawah untuk muka breakout kembali clear!

Kenali Jenis Kulit

muka breakout

Sebelum anda ingin merawat masalah kulit yang dialami, anda perlu tahu jenis kulit muka supaya anda boleh tahu cara yang betul dan sesuai untuk anda.

Terdapat empat jenis kulit secara amnya iaitu kering, berminyak, normal, dan combination. Dari sinilah anda boleh tahu produk mana yang sesuai dan efektif untuk kulit muka anda.

Jika anda ingin tahu yang mana satu jenis kulit muka anda, anda hanya perlu biarkan muka anda selama 30 minit tanpa memakai sebarang produk.

Jika kulit anda rasa tegang apabila ada pergerakan pada muka, kulit kelihatan seakan bersisik dan terdapat minima atau tiada langsung minyak di muka, itu maksudnya kulit anda jenis kering.

Jika kulit anda terlihat berminyak di bahagian T-zone (dahi dan hidung) dan pipi, atau boleh kata seluruh muka kelihatan berminyak dengan banyak, itu maksudnya kulit jenis berminyak.

Manakala jika kulit anda hanya terlebih berminyak di bahagian T-zone, dan bahagian lain antara normal atau kering, itu maksudnya kulit anda jenis combination.

Namun jika kulit anda tidak tergolong dalam mana mana kategori di atas dengan minyak di muka yang normal, kelembapan yang normal, itu maksudnya anda mempunyai jenis kulit normal.

Apabila anda tahu jenis kulit muka anda, barulah boleh buat pilihan yang bijak dalam mengatasi masalah kulit yang anda hadapi dengan memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit.

Selidik Produk Yang Tidak Sesuai

muka breakout

Setiap jenis kulit mempunyai bahan yang baik dan tidak baik. Oleh itu amat penting untuk anda mengetahui bahan-bahan yang terkandung dalam sesuatu produk sebelum membelinya.

  • Bahan Untuk Atasi Kulit Berminyak

Untuk kulit berminyak, sulfur adalah bahan yang bagus untuk menyerap minyak dan sebum yang berlebihan.

Dimethicone dan asid glycolic juga bagus untuk membasmi minyak yang berlebihan dan mengelak liang pori dari tersumbat supaya kulit sihat dan tidak berjerawat.

Asid hyaluronik juga amat bagus untuk mengekalkan kelembapan kulit manakala niacinamide boleh menyerap sebum berlebihan dan hasilkan kolagen secara semula jadi.

Ia juga boleh menguatkan lapisan luar kulit dan mempertingkatkan kadar pembaharuan kulit untuk mengatasi masalah hiperpigmentasi dan liang pori kelihatan besar.

Selain sifatnya yang anti penuaan, Retinol juga boleh mengawal penghasilan minyak. Asid salicylic pula boleh bertindak untuk menyerap minyak yang terperangkap di dalam liang pori.

Benzoly peroxide pula merupakan agen pemusnah bakteria dan boleh meningkatkan penghasilan sel kulit. Minyak tea tree pula boleh membasmi kuman dan minyak berlebihan di muka.

Akhir sekali, witch hazel juga bagus untuk pastikan kulit sentiasa lembap selain boleh membasmi lebihan minyak dan kotoran yang terperangkap di dalam liang pori tanpa mengeringkan kulit.

  • Elakkan Bahan Ini Jika Muka Anda Kering

Bagi kulit jenis kering pula, antara bahan yang patut dielak ialah alkohol, SLS, dan pewangi kerana ianya boleh menyebabkan kulit kering.

Memandangkan kulit anda sudah sedia kering, ia juga boleh menyebabkan iritasi pada kulit anda dan mendorong kepada masalah yang lebih serius seperti jerawat. 

muka breakout

Ianya juga adalah amat penting untuk memilih produk untuk muka breakout atau secara amnya yang mengandungi nilai pH yang rendah kerana ini merupakan keperluan semua jenis kulit.

  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kulit Kombinasi

Bagi kulit kombinasi, anda boleh mencuba clay yang efektif dan mampu membersihkan liang pori serta mengurangkan masalah minyak di bahagian T-zone.

Zinc yang bersifat anti keradangan dan anti bakteria juga boleh menstabilkan penghasilan minyak muka. Papaya enzyme pula boleh bersihkan liang pori selain basmi sel kulit mati dan sebum.

Memandangkan jenis kulit kombinasi ini hanya mempunyai minyak berlebihan di sesetengah bahagian muka, mereka yang mempunyai jenis kulit ini haruslah pandai bereksperimentasi.

Mereka haruslah tahu bahan mana yang patut digunakan untuk mengatasi masalah berminyak dan bahan mana yang patut digunakan untuk masalah lain di muka mereka.

  • Awas! Produk Timbang Kilo

Setiap individu juga haruslah mengelak dari menggunakan produk timbang kilo kerana walaupun kesannya dapat dilihat dengan pantas dan sangat mendadak, ia amatlah bahaya.

Sering kita lihat beberapa produk tempatan yang disyaki sebagai produk timbang kilo mengiklankan testimoni yang berjaya dalam waktu yang sangat singkat.

Ini sudah tentu mendorong beberapa pihak yang sudah terdesak atau inginkan jalan pantas untuk mencubanya. Namun ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam jangka masa yang panjang.

Oleh itu, lebih baiklah anda memilih produk yang sudah tentu dipasarkan oleh kedai yang diiktiraf kerana produk produk tersebut sudah tentunya selamat dan bahannya dijamin.

  • Jangan Selalu Sentuh Muka
muka breakout

Ramai dari kalangan kita yang selalu sangat sentuh muka. Tangan kita sudah tentunya membawa pelbagai jenis kuman jadi berfikirlah sebelum menyentuh muka anda.

Ini kerana kuman yang terdapat pada tangan itu boleh menyebabkan pelbagai masalah pada muka. Itu belum lagi mereka yang suka picit jerawat sesuka hati.

Ubah Gaya Hidup

muka breakout

Selain tip-tip yang dinyatakan di atas, ramai yang tidak mengambil berat tentang gaya hidup mereka yang juga boleh mendorong kepada pelbagai masalah kulit muka.

Pengambilan air yang mencukupi juga penting untuk memelihara kecantikan kulit.

Apabila tubuh badan kekurangan air, kulit muka juga akan kelihatan kusam dan kurang sihat. 

Sunscreen adalah amat penting untuk penjagaan kulit muka. Tanpanya, kulit kita terdedah dengan pelbagai bahaya yang kita tak nampak.

Ianya juga adalah amat penting untuk menjaga kebersihan aksesori kita seperti berus makeup, telefon dan sarung bantal kerana semua ini akan menyentuh kulit muka kita.

Apabila barang barang ini kotor maka sudah tentulah muka kita akan terima kesan. 

Selain itu, pengawalan terhadap makanan yang diambil juga perlu dilakukan untuk memastikan kulit cantik. 

Pengambilan terlalu banyak makanan berminyak sudah tentunya tidak baik untuk badan dan kulit muka kita.

muka breakout

Jika anda sedang mencari produk skincare terbaik tempatan yang selamat dan sesuai untuk kulit sensitif selepas breakout, anda patut mencuba produk dari Monoskin.

Ini kerana syarikat mereka mengeluarkan produk-produk yang berasaskan tumbuhan, menjadikan ia sesuai untuk kulit sensitif dan selepas breakout atau ingin pulih daripada breakout.

muka breakout

Produk Monoksin juga telah melalui proses kajian sains yang boleh mencegah jerawat dengan berkesan, melembapkan kulit, dan membantu dalam memudarkan parut jerawat.

Mereka juga bersedia membantu pelanggan mereka dalam merawat masalah kulit seperti jerawat untuk mendapatkan produk yang bersesuaian dengan mereka.

Oleh itu, tunggu apa lagi? Cubalah produk Monoskin hari ini untuk mendapatkan kulit yang bersih dan sihat.

Klik Sini Untuk Lihat Produk Monoskin

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)