Use coupon code "WELCOME15" for first time customer and get 15% off! Dismiss
Jerawat

8 Petua Hilangkan Jerawat Serta-Merta Secara Natural

Sebiji benjolan merah yang kecil dibahagian wajah sudah cukup untuk mengganggu penampilan seorang wanita. Nak tahu 8 petua hilangkan jerawat? Baca lebih lanjut.

Bayangkan kulit yang sekata tiba-tiba didatangi dengan satu benjolan merah, lebih parah lagi apabila benjolan jerawat itu didatangi dengan mata bernanah. Haihh, mimpi ngeri sungguh!

9 daripada 10 wanita Malaysia pastinya akan mengalami masalah jerawat pada kulit wajah.

Namun apakah penyelesaian masalah jerawat yang paling efektif dan mudah? Pastinya anda mahukan cara rawat jerawat dengan langkah mudah yang bersifat natural atau semula jadi.

Hal ini adalah kerana anda pastinya tidak mahu memberikan kesan yang keras atau kasar yang juga disebut sebagai “harsh effect” pada kulit wajah anda.

Sebenarnya anda boleh rawat jerawat anda dengan barangan dapur yang ada di rumah anda sekarang.

Bagus bukan? Anda boleh rawat jerawat secara alami malah anda boleh lakukannya seawal tanda jerawat mula muncul, treatment on the go sungguh!

Baca : Punca Jerawat Terjadi

Inilah 8 masker wajah dari bahan dapur yang anda boleh lakukan sebagai langkah mudah untuk rawat jerawat anda.

Serbuk Soda Bikarbonat dan Air Suling

Ya anda tidak salah baca, dua bahan ini pastinya ada di dapur seorang wanita. Jika anda tidak mempunyai serbuk baking soda di rumah, anda boleh saja beli di kedai runcit berhampiran. Harganya pasti kurang di bawah RM 5.00, namun jangan sesekali pandang rendah akan kebolehan harganya yang murah.

Soda Bikarbonat memiliki manfaat menjadi penyeimbang pH kulit untuk mencegah jerawat.

Selain it juga dapat menjadi antiseptik dan anti-inflamasi untuk merawat jerawat. Anda cuma perlu campurkan 2 bahan ini dan jadikan ia sebatian yang separa pekat.

Sapukan pada jerawat anda selepas anda bersihkan wajah, 15 minit kemudian bilaskan dengan air suam.

Jerawat anda akan kelihatan mengecut dan kemerahan juga berkurangan.

baking soda untuk menghilangkan jerawat

Avokado dan Madu

Avokado kaya dengan Vitamin E yang dapat menembus pori-pori sehingga meredakan keradangan kulit.

Madu pula mengandungi hidrogen peroksida yang bersifat anti-bakteria. Kombinasi kedua-dua bahan alami ini juga sangat baik untuk menghilangkan parut jerawat.

Kisar halus setengah buah avokado dan gaulkan dengan sesudu makan madu asli dan ratakan pada wajah anda. Bilaskan dengan air suam setelah didiamkan pada wajah anda setelah 15 minit.

petua menghilangkan jerawat guna madu

Yogurt dan Madu

Khasiat madu asli memang tak dapat dinafikan lagi, boleh diminum dan juga boleh disapukan pada wajah untuk beri kesan kelembapan pada wajah.

Namun pernahkah anda terfikir yogurt asli yang menjadi menu diet seimbang itu juga boleh merawat masalah jerawat anda?

Yogurt mempunyai kandungan asid laktik natural yang membantu menghilangkan sel kulit mati yang menyumbat liang pori wajah.

Caranya mudah, campurkan 2 sudu makan yogurt bersama dengan sesudu makan madu asli dan sapukan pada wajah anda.

Biarkan seketika untuk kandungannya meresap dan bilas sehingga bersih. Hasilnya, jerawat anda akan mengecut dan kulit akan kelihatan lebih cerah dan bersih.

Bagaimana petua hilangkan jerawat setakat ni? Ada yang anda pernah cuba?

Lemon dan Madu

Air lemonade sejuk pastinya dapat menyegarkan tekak yang dahaga, sesuai sangat dengan musim cuaca di Malaysia. Wangian lemon juga dikatakan mampu menaikkan semangat seseorang dengan baunya yang menyegarkan.

Akan tetapi tahukah anda air perahan lemon dapat membersihkan liang pori dan kandungan Vitamin C yang asidik didalam lemon juga mampu mencerahkan kulit wajah anda di samping memudarkan parut jerawat dan jeragat.

Madu juga digunakan sebagai pelembap dan bahan anti-bakteria natural untuk melembap kulit dan juga membunuh kuman penyebab jerawat.

Hanya sapu rata air perahan setengah biji lemon dengan satu sudu besar madu asli dan sebatian ini sudah siap untuk memberi rawatan kepada masalah jerawat dan parut jerawat anda.

Kunyit dan Pisang

Kunyit boleh dikatakan sebagai salah satu bahan dapur yang wajib ada di setiap rumah selain garam dan gula.

Kunyit sangat kaya dengan ‘kurkuminoid’ yang mampu melegakan luka atau cela pada kulit, namun ianya juga mampu meredakan jerawat yang meradang pada kulit wajah anda.

Pisang pula mampu mencerahkan dan melembabkan kulit wajah anda dengan kandungan antioksidan, potassium dan juga Vitamin E.

Kandungan hebat yang ada pada pisang ini sudah pastinya boleh membantu memudarkan parut jerawat anda.

Kisar halus pisang ranum yang bersaiz sederhana dengan sedikit kunyit untuk dapatkan sebatian masker yang anda inginkan.

Jika anda tidak mempunyai kunyit hidup di dapur anda jangan risau kerana anda boleh saja tukarkan kepada sesudu kecil serbuk kunyit.

Timun

Ulam kesukaan rakyat Malaysia ini juga hebat dalam merawat jerawat anda. Mengandungi kandungan air yang tinggi dan Vitamin A, B dan juga C timun yang memberikan cooling effect pada wajah sangat sesuai dijadikan masker untuk kulit yang meradang.


Anda boleh lakukan masker timun dengan 2 langkah yang berbeza mengikut kesukaan anda.

Anda boleh hiris nipis timun menjadi kepingan dan susunkan pada wajah anda. Selain itu anda juga boleh menggunakan timun yang dikisar halus sebagai masker wajah.

Putih Telur

Khasiat hebat yang ada pada putih telur bukan saja mampu menegangkan wajah supaya kekal awet muda malah juga mampu merawat jerawat anda secara natural. Terdapat pelbagai produk yang berasaskan putih telur yang bertujuan untuk menghilangkan blackhead dan whitehead di pasaran zaman sekarang seperti jenama Tony Moly dan Skin Food.

Enzim lysozim yang ada pada putih telur mampu mengurangkan minyak pada
wajah anda sekaligus mengecilkan liang pori anda yang menjadi punca jerawat.

Putih telur juga boleh digunakan sebagai ‘pore strip’ untuk menghilangkan whitehead dan blackhead. Caranya ialah, putih telur disapu pada kawasan liang pori yang mempunyai blackhead dan whitehead dan ditekap dengan tisu.

Tunggu sehingga 20 minit dan tisu yang kering boleh dicabut. Whitehead dan blackhead akan melekat pada putih telur dan akan dicabut daripada permukaan kulit.

Bau putih telur mungkin agak hanyir, anda boleh campurkan dengan sedikit lemon atau limau nipis sebelum membiarkan sebatian ini merawat masalah jerawat anda.

Betik

Enzim ‘papain’ yang terdapat dalam sebiji betik dapat mengikis kulit mati dan sifat antioksidannya dapat mencerahkan kulit wajah sekaligus meredakan keradangan jerawat.

Kisar halus sebahagian buah betik dan sapukan rata pada seluruh wajah anda.

Anda juga boleh tambahkan madu atau lemon untuk memberi kesan yang lebih mantap pada rawatan natural kulit wajah anda.

Begitulah mudahnya untuk merawat jerawat secara natural dari rumah, ketahui kebaikan sesetangah bahan dapur dan anda sudah bersedia untuk rawat jerawat anda.

Manfaat masker ini bukan saja khusus merawat jerawat malah ada juga yang mampu mencerahkan parut jerawat dan menjadikan tona kulit lebih sekata. Semoga bermanfaat !

P/S : Kalau anda ragu-ragu dengan petua hilangkan jerawat ni dan risau akan kesannya, anda boleh mencuba dengan mengikut petua di atas ini dengan kuantiti sedikit.

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)