Jerawat
Posted in

Melawan Jerawat Degil Dengan 9 Jenis Makanan Ini

Melawan Jerawat Degil Dengan 9 Jenis Makanan Ini 1
Posted in
Melawan Jerawat Degil Dengan 9 Jenis Makanan Ini 2

Pernah tak anda terfikir untuk mencantikkan kulit berjerawat anda secara selamat dengan sesuatu yang lebih mudah berbanding produk penjagaan kulit wajah?

Anda mungkin tidak percaya jika saya katakan bahawa dengan diet yang betul anda akan mempengaruhi keadaan kulit wajah anda.

Jangan ingat ingin menurunkan berat badan sahaja harus berdiet ya, nak cantik pun diet harus seimbang dan sihat ya.

Pelbagai jenis makanan tambahan yang ada di pasaran Malaysia, namun yang mana satukah yang harganya berpatutan dan pastinya sesuai untuk jenis dan keperluan masalah kulit anda.

Anda sebenarnya boleh menggunakan kos yang sangat rendah untuk rawat jerawat anda.

Cuma pastikan amalan diet pemakanan anda sihat dan mengandungi makanan-makan yang mampu merawat jerawat anda, semudah itu saja. Mari kita lihat makanan ajaib apakah yang boleh merawat jerawat anda.

Asid Lemak Omega 3

Melawan Jerawat Degil Dengan 9 Jenis Makanan Ini 3

Contoh makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 adalah seperti kacang walnut, ikan salmon dan flaxseed.

Antara kebaikan asid lemak omega 3 adalah memberi keserian pada kulit wajah anda. Kumpulan makanan ini mampu mengurangkan keradangan pada kulit wajah anda agar jerawat anda tidak terlampau kemerahan.

Anda boleh saja amalkan smoothie buah-buahan yang ditaburkan flaxseed. Selain itu, anda juga boleh jadikan salmon yang dipanggang sebagai salah satu lauk untuk makan malam.

Ataupun kacang walnut dipanggang tanpa minyak sebagai snek seharian.

Siapa sahaja yang tidak suka menguyah sambil merawat jerawat?

Melawan Jerawat Degil Dengan 9 Jenis Makanan Ini 4
Resepi smoothie bowl yang mengandungi flaxseed daripada Janette’s Healthy Living

Makanan Tinggi Kandungan Antioksidan

Melawan Jerawat Degil Dengan 9 Jenis Makanan Ini 5

Makanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi bukan saja baik untuk kesihatan dalaman namun juga baik untuk kecantikan luaran anda.

Buah ceri, sayur bayam dan teh hijau sebagai misalnya boleh dijadikan sebagai makanan untuk merawat jerawat anda.

Selain daripada merawat keradangan dan kerosakan kulit, buah-buahan antioksidan juga boleh merawat kedutan pada wajah kerana antioksidan adalah ejen antipenuaan.

Khasiat antioksidan yang ada pada kumpulan makanan ini mampu menyerang radikal bebas pada badan anda yang menyebabkan kerosakan kulit wajah atau yang digelar sebagai breakouts.

Untuk merawat kulit jerawat anda dengan makanan yang tinggi antioksidan, anda boleh saja minum teh hijau tanpa gula untuk memulakan hari anda.

Di samping itu, anda juga boleh makan buah ceri segar sebagai snek di waktu lapang.

Mineral Selenium

Melawan Jerawat Degil Dengan 9 Jenis Makanan Ini 6

Mungkin anda jarang mendengar atau tidak pernah dengar sama sekali tentang perkataan “selenium” ini.

Namun tahukah anda bahawa salah satu khasiat selenium adalah mampu merawat jerawat di muka anda?

Anda boleh saja dapatkan khasiat selenium ini daripada kacang almond, bawang merah, bawang putih, dan juga gandum.

Contoh-contoh makanan ini bukan saja memberi khasiat selenium malah juga mengandungi khasiat antioksidan.

Dengan mengamalkan kumpulan makanan yang mengandungi selenium anda boleh saja mengekalkan ketegangan kulit wajah.

Selain itu, anda turut dapat mengurangkan kesan jerawat meradang.

Apa yang anda boleh lakukan hanyalah amalkan kacang badam sebagai makanan snek.

Biarkan saja kumpulan makanan ini rawat kulit jerawat anda dan miliki kulit wajah yang bebas masalah dan awet muda.

Vitamin C

Melawan Jerawat Degil Dengan 9 Jenis Makanan Ini 7
Resepi salad buahan yang mengandungi oren dan anggur

Anda sudah pastinya pernah nampak dan dengar tentang produk vitamin C sama ada produk penjagaan kulit wajah ataupun sebagai makanan tambahan.

Namun sebenarnya anda tidak perlu melabur ke atas semua itu.

Apa yang anda perlu hanyalah mengamalkan buah-buahan bersifat citrus seperti oren, lemon, limau gedang, markisa.

Sayuran seperti tomato juga amat tinggi dengan kandungan Vitamin C.

Vitamin C sangat baik untuk sistem imun dan menguatkan dinding sel darah anda. Kumpulan makanan ini mampu melindungi kulit anda daripada menghasilkan bekas parut jerawat.

Selain itu vitamin ini juga boleh mengaktifkan sistem pemulihan dalam badan anda untuk rawat kerosakan pada kulit wajah dengan segera.

Bahkan model diluar negara juga mengamalkan memakan limau gedang sebagai sarapan pagi setiap hari untuk memastika kulit mereka sentiasa bebas jerawat dan cela.

Melawan Jerawat Degil Dengan 9 Jenis Makanan Ini 8

Vitamin E

Melawan Jerawat Degil Dengan 9 Jenis Makanan Ini 9

Sesuai namanya dengan vitamin, Vitamin E juga salah satu khasiat penting dalam makanan untuk merawat jerawat.

Manfaatnya yang lebih kurang sama, turut dapat mengelakkan dari terhasilnya parut jerawat namun Vitamin E mempunyai sifat tambahan iaitu melembapkan kulit.

Sumber untuk perolehi vitamin E termasuklah kekacang seperti kacang soya dan kacang badam. Selain itu anda juga memasukkan telur dan minyak zaitun dalam diet pemakanan anda untuk mendapatkan kebaikan vitamin E.

Petua kecantikan zaman dahulu ialah dengan menyuap satu sudu besar minyak zaitun seiap hari untuk memberikan kelebihan yang ekstra pada kulit berbanding hanya menggunakan minyak zaitun sebagai minyak masakan.

Anda juga boleh mengamalkan susu kacang badam sebagai gantian daripada susu lembu kerana laktosa daripada susu lembu boleh membuatkan kulit anda breakout.

Makanan Yang Tinggi Kandungan Air

Melawan Jerawat Degil Dengan 9 Jenis Makanan Ini 10
Resepi salad tembikai dan timun yang menyegarkan

“Jika anda menginginkan badan yang sihat, minumlah air!”, anda sudah tentu pernah dengar nasihat yang sebegini bukan?

Bahkan tips untuk memiliki kulit yang bersih dan bebas cela juga bermula dengan pengamalan air kosong yang banyak.

Makanan yang tinggi kandungan air seperti timun dan buah tembikai bukan saja menghidratkan badan anda malah juga membuang toksik yang membahayakan pada badan anda.

Anda boleh saja buat salad buah-buahan daripada tembikai dan juga timun untuk ‘memakan’ air anda.

Bosan dengan memakan potongan buah-buahan biasa? Cuba resepi membuat ais-krim daripada potongan buah-buahan segar, pasti meningkatkan semangat anda untuk mengamalkan memakan buah-buahan.

Vitamin A

Melawan Jerawat Degil Dengan 9 Jenis Makanan Ini 11

Kumpulan makanan yang tinggi dengan kebaikan Vitamin A kebiasaanya juga tinggi dengan kebaikan beta-karotin. Ianya dapat meningkatkan kebaikan selenium pada tubuh anda.

Antara yang terdapat dalam kumpulan makanan yang tinggi khasiat Vitamin A adalah lobak merah, ubi keledek dan juga cili benggala.

Anda boleh cuba masak resepi sup lobak merah dan ubi keledek berkrim sebagai ganti makanan malam.

Siapa tahu bangun pagi esok parut jerawat mula beransur kurang?

Melawan Jerawat Degil Dengan 9 Jenis Makanan Ini 12
Resepi sup lobak merah dan ubi keledek berkrim mengenyangkan daripada A Saucy Kitchen

Magnesium

Melawan Jerawat Degil Dengan 9 Jenis Makanan Ini 13

Makanan yang tinggi magnesium juga digelar sebagai “acne fighting food”. Khasiatnya yang sangat mantap mencegah kulit daripada menghasilkanjerawat dengan menstabilkan hormon penghasilan jerawat.

Tukarkan saja beras putih dengan beras perang yang kaya dengan kandungan magnesium.

Anda boleh juga amalkan biskut oat sebagai snek sihat dalam pemakanan seharian anda.

Bukan saja ianya sihat untuk merawat kulit jerawat anda malah juga sangat bermanfaat untuk organ hati anda, cubalah sekarang!

Melawan Jerawat Degil Dengan 9 Jenis Makanan Ini 14
Resepi biskut oat daripada Martha Stewart

Makanan Yang Rendah Kandungan Sodium

Melawan Jerawat Degil Dengan 9 Jenis Makanan Ini 15

Kandungan garam yang tinggi dalam pemakanan anda boleh menyebabkan perut anda buncit.

Selain itu, ianya juga boleh menjadi punca kepada masalah jerawat yang ada pada kulit wajah anda.

Anda boleh kurangkan sodium dalam pengambilan makanan anda dengan elakkan makanan yang telah disediakan dan makanan dalam tin.

Amalkan cara pemakanan “eat clean” ini dengan makanan makanan dari sayur-sayuran yang segar dan protein yang dimasak rendah garam.

Elakkan memakan makanan yang telah diproses seperti sosej, tuna didalam tin, nugget ayam, dan kepingan daging deli.

Melawan Jerawat Degil Dengan 9 Jenis Makanan Ini 16
Kaedah penyediaan makanan mengikut diet “clean eating” daripada Forge-rx

Kesimpulannya, jika anda mengimpikan kulit wajah yang segar dan sihat pastikan anda mengamal cara pemakanan dan diet yang seimbang.

Kurangkan makanan yang diproses dan lebihkan makanan yang berkhasiat daripada sayur- sayuran yang segar.

Bukan saja badan cergas otak cerdas malah kulit anda juga akan kelihatan segar bermaya dan berseri, selamat mencuba!

P/S : Baca bagaimana jerawat terjadi disini.

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)