Jerawat Batu: Segalanya Yang Diperlukan Dalam 7 Langkah Untuk Merawat Jerawat Batu Mengikut Pakar Kulit 1

Jerawat Batu: Segalanya Yang Diperlukan Dalam 7 Langkah Untuk Merawat Jerawat Batu Mengikut Pakar Kulit

Korang di luar sana yang mengalami kepayahan untuk menghilangkan jerawat batu yang degil dan menyakitkan, sila baca dan jangan pergi ke mana-mana.

Grab some popcorn, and read carefully.

Image result for popcorn garrett

Okay apa sebenarnya jerawat batu ni?

Kenapa dia menyakitkan dan degil untuk hilang? Geramnya!

Mengikut beberapa pakar kulit yang kami ikuti dan membuat kajian di Google, jerawat batu atau nama glamour-nya ialah Cystic Acne, adalah jerawat yang paling teruk daripada jenis jerawat yang lain.

Walaupun cara perawatannya yang sama dengan jenis jerawat yang lain, namun, ada beberapa produk dan teknik tambahan yang akan membantu menghilangkan jerawat batu kerana sesungguhnya, jerawat batu sangatlah degil!

Related image

Jerawat batu ini senang untuk dirawat jika ianya pada wajah seseorang yang berumur dibawah 20-an, kerana jika anda berumur atas 20 tahun, jerawat anda telah masuk ke fasa jerawat dewasa (adult acne) yang ada kaitan dengan hormone dan diet.

Ini lain ceritanya pula.

Selepas membaca artikel ini, sambung baca yang ini pula dan cuba buat satu rutin lifestyle yang baru dengan menggabungkan rutin skincare dan rutin pemakanan yang akan mengubah kulit anda.

Alang-alang nak masuk tahun baru ni (ehemmm…)

Okay, mari kita ubah tabiat cara penjagaan muka kita dengan yang betul bersama rekomendasi produk yang berkesan

Jangan Sentuh Dan Picit, Walaupun Anda Dikawal Oleh Nafsu Yang Membuak

Jerawat Batu: Segalanya Yang Diperlukan Dalam 7 Langkah Untuk Merawat Jerawat Batu Mengikut Pakar Kulit 2

Pertama sekali, jangan berani berani sentuh atau picit ya!

Awas!

Tangan merupakan kawasan yang paling banyak kuman di badan kita. Kita tak nak cross contamination terjadi dekat kulit muka kita yang sememangnya sudah dibanjiri dengan bakteria penyebab jerawat.

Memicit akan menjadikan jerawat semakin teruk dan membuatkan luka jerawat terdedah lalu mengakibatkan jangkitan pada kulit dan akan dipenuhi nanah serta bau yang tidak menyenangkan.

No, thanks!

Bila Anda Rasa Benjolan Jerawat On The Way, Letakkan Ais Serta Merta

Jerawat Batu: Segalanya Yang Diperlukan Dalam 7 Langkah Untuk Merawat Jerawat Batu Mengikut Pakar Kulit 3
Kenapa anda perlu meletakkan ais pada wajah? Baca disini

Jika nafsu anda yang membuak itu ingin menyentuh dan picit juga jerawat tu, cepat cepat berlari ke arah dapur, cari pintu peti ais, buka pintu peti ais, tala mata anda ke arah tempat simpan daging beku, dan capai beberapa ketul ais, balutkan ais itu dalam tuala muka nipis dan tuam ke atas jerawat yang gatal atau pedih.

Image result for ice on acne

Ais akan melegakan kepedihan jerawat dan juga jerawat yang macam nak on the way tu.

Jika jerawat tu belum keluar daripada kulit anda, ais akan mengecutkan dan melegakan iritasi yang bakal berlaku.

Selain ais, anda boleh juga guna gel aloe vera, samada yang segar dari daun aloe vera jiran rumah anda ataupun gel aloe vera dari dalam almari kakak anda.

Gunakan Lebih Dari Satu Produk Jerawat Yang Merawat Masalah Lain Juga

Terdapat pelbagai jenis produk rawatan jerawat.

Namun jika menggunakan kesemuanya, akan menyebabkan jerawat menjadi marah dan akan makin teruk.

Akan tetapi!

Jika digunakan dengan betul, kesannya juga akan menjadi positif.

Anda boleh menggunakan pencuci muka yang mengandungi salicylic acid, dan spot treatment yang mengadungi benzoyl peroxide dan juga serum retinol.

Salicylic acid akan membantu exfoliate lapisan sel kulit mati dan mengeringkan jerawat tersebut dan benzoyl peroxide pula akan membantu mengecutkan dan menanggalkan jerawat yang degil.

Dan retinol pula akan membantu mempercepatkan kitaran cell turnover untuk menggantikan kulit yang lama dengan yang baru.

Tetapi, jika anda mempunyai kulit jenis sensitif, anda boleh gunakan produk yang mengandungi rumusan bahan aktif yang diekstrak daripada sumber tumbuh-tumbuhan yang tidak akan memedihkan kulit anda.

Seperti Monoskin Bioplant Purifying Cleanser dan Monoskin Bioplant Fast Acne Corrector yang tidak menggunakan bahan aktif yang akan mengiritasikan kulit anda.

Mula Dengan Menggunakan Pencuci Muka (Cleanser) Dengan Betul

Jerawat Batu: Segalanya Yang Diperlukan Dalam 7 Langkah Untuk Merawat Jerawat Batu Mengikut Pakar Kulit 5

Semua orang pasti sering fikir bahawa pencuci muka tidak memainkan peranan di dalam rawatan jerawat dan sering menggunakan pencuci muka yang anda boleh dapati dengan harga seikat sayur kangkung di pasar tani.

Jangan buat kulit anda sedih ya.

Cepat-cepat klik sini untuk mengetahui kenapa pencuci muka ini yang paling best kebaboom untuk kulit muka jerawat batu yang sensitif.

Cepat klik!

Lepas klik, datang sini balik untuk mengetahui moisturizer apa pula yang paling kebaboom untuk kulit anda.

Diikuti Dengan Pelembap Bebas Minyak

Jerawat Batu: Segalanya Yang Diperlukan Dalam 7 Langkah Untuk Merawat Jerawat Batu Mengikut Pakar Kulit 6

Individu yang mengalami kulit jenis jerawat, seringkali dilanda masalah kilang minyak di muka.

Jadi, gunakan pelembab yang berformulasi bebas minyak untuk mengawal pengeluaran minyak. Minyak di muka sebenarnya akan contribute kepada pembiakan bacteria jerawat tau.

Klik sini untuk moisturizer kebaboom.

Diakhiri Dengan Spot Treatment

krim jerawat batu
Beli krim jerawat magic

Spot treatment memaikan peranan yang penting dalam membunuh jerawat.

Spot treatment yang sempurna sifatnya ialah yang mana mengeringkan jerawat, mengawal minyak dan memberikan efek matte kepada kulit, tidak memedihkan kulit, dan juga menenangkan jerawat yang marah.

Semua ini tidak ada pada gel jerawat yang menggunakan bahan seperti salicylic acid dan benzoyl peroxide, walaupun kedua bahan ini merupakan bahan popular didalam rawatan jerawat.

Namun, Monoskin Bioplant Fast Acne Corrector ada kesemua ciri-ciri yang membuatkan ianya produk must have di dalam hidup anda!

Untuk Jerawat Batu Yang Degil, Menyakitkan Dan Kemerahan, Gunakan Bahan Yang Meredakan Iritasi

Jika jerawat batu anda jenis yang membengkak dan menyakitkan, rajinkan diri anda untuk melangkah ke drugstore berhampiran untuk membeli masker muka untuk senang meredakan wajah dalam masa yang sama melembap, dan memberikan kebaikan yang lain.

Menggunakan ais sahaja tak cukup dan mungkin akan membuatkan wajah anda terkena ice burn jika menggunakan ais terlalu lama pada wajah yang mempunyai jerawat sensitif.

Gunakan masker yang diperbuat daripada aloe vera, ekstrak timun, pati minyak tea tree, chamomile, susu, dan madu.

Nah, itulah dia 7 langkah yang anda harus praktikkan bersama dengan gaya pemakanan yang betul untuk merawat wajah.

Bolehlah anda masukkan ke dalam azam baru anda untuk tahun 2020 ini! Jangan reti shopping kasut je, klik sini untuk shopping set skincare magic ini pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Sign in

Close

Cart (0)

Cart is empty No products in the cart.

MONOSKIN

Fix Your Acne!



Currency