Ingredients
Posted in

Cleanser 101: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Tentang Cleanser

Posted in

Apa Itu Cleanser dan Bagaimana Cara Cleanser Berfungsi

Siapa saja yang takpernah menggunakan pencuci wajah seumur hidup mereka? Ke korang sembur air je dekat muka?

Walaupun bagi individu yang tak ada rutin penjagaan wajah, pasti guna cleanser juga bukan? Okay harini sweet and simple sahaja untuk terangkan apa itu cleanser dan cara cleanser berfungsi supaya korang senang nak beli cleanser lepasni ikut kesesuaian kulit.

Di hujung hari yang panjang dan penat, tak ada apa yang lebih baik selain mencuci wajah dengan cleanser yang bagus untuk menghilangkan rasa penat lelah pada kulit. Lagipun, membuang segala kotoran, peluh, dan makeup dengan cleanser akan membantu kulit untuk bernafas, diperbaiki.

Sebab, kulit yang bersih akan menjamin produk lain yang korang guna untuk menembus lapisan kulit dengan dalam supaya khasiat produk yang korang guna selepas mencuci muka akan berfungsi dengan lebih baik. Macam serum, toner, essence, ampoule, mask, moisturizer dan juga night cream.

Amboi banyak betul…

Sebelum fikir apa-apa treatment untuk kulit muka, mesti lah kita kena fikir cleanser jenis apa yang sesuai dan berkesan dengan kulit kita. Sebab tanpa cleanser, kesemua produk yang kita akan pakai nanti mesti tak menjadi. Percayalah. Ini sebab, pori-pori penuh dengan sebum dan kotoran, dan lapisan kulit pula berlapik dengan minyak dan peluh.

Kalau tak bersihkan betul-betul macam mana kulit nak sihat kan? Silap haribulan, kalau pakai cleanser yang tak sesuai dengan kulit, mesti kulit jadi kusam dan tak bermaya.

Okay, sekarang jom kita belajar dulu apa itu cleanser dan macam mana cleanser berfungsi supaya korang lebih paham macam mana nak pilih cleanser dengan betul.

Macam Mana Cleanser Berfungsi?

Kalau korang fikir cleanser tu biasa-biasa je dan tak bagi kesan yang besar dalam ruti penjagaan wajah, korang salah ya. Sebab cleanser pun sebenarnya gabungan bahan yang kompleks juga macam produk yang lain.

Cleanser mengandungi bahan detergen yang dipanggil sebagai ‘surfactant’ yang menghilangkan kotoran pada lapisan paling atas kulit. Surfactants ini ada macam-macam variasi dan kekuatan yang bergantung kepada jenis kulit dan masalah kulit. Fungsinya ialah untuk menarik minyak, makeup, kotoran dan sebum supaya kulit akan menjadi bersih dengan senang.

Cara surfactants memerangkap kotoran pada kulit (source: Nynponros)

Sulphate pula ialah bahan yang sering digunakan didalam produk pembersih seperti shampoo, cleanser dan sabun. Tetapi, sulphate juga boleh menghakis minyak natural dekat kulit, so, kalau kulit tiba-tiba rasa ketat and kering tu sebab ada sulpjate la dalam cleanser.

Tetapi, zaman sekarang, kebanyakan syarikat-syarikat besar yang terkenal dengan produk penjagaan wajah pun dan join the bandwagon untuk kurangkan guna sulphate dalam produk diorang sebab sulphate ni musuh ketat untuk jenis kulit sensitif.

Tapi yang cleanser jenis ni mesti lah cleanser yang jenis ada buih macam foam cleanser atau cream cleanser yang memang sesuai untuk kulit berminyak. Sebab tu kena guna bahan surfactants untuk hilangkan minyak dengan berkesan.

Bagaimana Pula Dengan Oil Cleanser, Micellar Water dan Cleansing Balm?

Kalau korang jenis suka up to date dengan skincare trend, mesti korang tahu tentang oil cleanser, micelar water dan cleansing balm kan. Oil cleanser, micellar water dan cleansing balm amat sesuai untuk kulit kering dan sensitif kerana sifatnya yang sangat moisturizing dan gentke dan bebas surfactant atau sulphate yang harsh.

Cara oil cleanser dan cleansing balm berfungsi ialah dengan menggunakan oil pulling method. Minyak yang digunakan akan memerangkap kotoran masuk dalam partikel minyak, lepastu menarik kotoran-kotoran daripada lapisan kulit.

Cara oil cleanser dan cleansing balm berfungsi (source: My cozy room)

Micellar water pulak menggunakan teknologi partikel kecil yang dipanggil micelle, yang berkumpul untuk menyerap lapisan kulit dan menolak kotoran keluar.

Cara micellar water berfungsi (source: beauty-euro)

Sebab tu juga cleansing oil, cleansing balm dan micelar water sangat sesuai untuk dijadikan makeup remover yang sangat berkesan dan lebih gentle dan tak rosakkan kulit. Kalau kena dengan produk yang tak menggunakan bahan comedogenic (yang menyumbat pori), cleanser jenis ini takkan menyebabkan kulit berminyak tau.

So kalau kulit jenis berminyak, nak buang makeup pun sangat sesuai gunakan cleanser jenis macam ni. Dan pastinya sangat sesuai untuk kulit sensitif dan ekzema.

Baca: Makeup remover yang terbaik untuk semua jenis kulit

Baca: Bahan yang patut dielak untuk kulit sensitif

Ada Cleanser Lain Yang Lebih Advanced?

Facial cleanser yang biasa selalunya berfungsi untuk menghilangkan bacteria, kotoran, sebum, dan kesan minyak pada kulit. tetapi ada juga jenis cleanser yang advanced dan mempunyai fungsi tambahan untuk kulit seperti exfoliating cleanser yang menggunakan micro-bead atau bahan skrub semula jadi seperti bijian dan kulit kekacang.

Ataupun ada juga yang mengandungi bahan chemical exfoliant macam AHA (ex: glycolic acid, lactid acid) dan BHA (salicylic acid) yang bertujuan untuk fix problem dekat kulit dengan extra macam masalah hyperigmentation, textured skin, parut gelap, jerawat, dan kulit kusam.

Cara cleanser macam ni berfungsi ialah dengan menghakis lapisan kulit mati supaya kulit yang baru boleh “menjelma” sebagai lapisan kulit yang pertama. Sementara skrub menggunakan kaedah fizikal yang memerlukan korang hakis sendiri lapisan kulit mati waktu mencuci, chemical exfoliator yang menggunakan AHA dan BHA pulak bekerja dengan menghakis kulit dengan sendirinya daripada luar ke dalam.

Cara exfoliating cleanser berfungsi

Jadi, kalau guna skrub, lapisan atas sahaja yang dapat manfaatnya. Manakala kalau guna cleanser yang ada AHA dan BHA, bahan ini akan meresap jauh ke dalam kulit dan membaiki lapisan kulit dari dalam juga.

Sebab itulah kulit nampak glowinggggg je lepas guna AHA dan BHA. Tapi exfoliating cleanser, skrub mahupun AHA dan BHA tak boleh guna atas jerawat tau. Nanti luka jerawat jadi lagi besar. Kalau jerawat dah kecut sikit dan nak hilangkan parut dan kulit kering bekas jerawat, boleh gunakan serum acid paling gentle yang takkan buat kulit pedih macam Lactic Acid.

Baca: Cara gunakan acids dengan selamat untuk kulit jerawat

Jadi, dah tahu apa tujuan cleanser dan kenapa cleanser tu penting kan? Jadi lepasni boleh lah cari cleanser yang nak digunakan sesuai dengan kulit muka.

Baca sini untuk sequel Cleanser 101: Jenis-jenis Cleanser dan Cara untuk Pilih Cleanser yang Tepat tau!

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Wishlist

Login

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!