Acne
Posted in

Apa Itu Jerawat Hormonal? Dan cara Untuk Merawatnya

Posted in

Kita mesti selalu terdengar atau terbaca tentang jerawat hormonal bukan? Dan mesti fikir jerawat hormonal ni berkait rapat dengan kitaran menstruasi bagi the ladies, and lelaki tak ada problem dengan jenis jerawat macam ni. Okay kali ini kita akan membincangkan tentang macam mana jerawat hormonal boleh terjadi, dan apa sebenarnya faktor bagi jerawat jenis ini.

Siapa Yang Dapat Jerawat Ni?

Walaupun jerawat jenis ni boleh menyerang individu tidak kira umur, namun ianya selalu terjadi dekat kaum perempuan, yang berkait rapat dengan masalah hormone tidak seimbang ketika melalui fasa akil baligh. Faktor yang lain pula ialah seperti ketika fasa kitaran menstruasi dan menopause.

Tetapi, pakar berpendapat bahawa, untuk merawat jerawat hormonal remaja lebih senang daripada jerawat hormonal dewasa kerana jerawat individu berusia 20 tahun ke atas lebih sukar untuk ditentukan faktornya yang juga berkait rapat dengan tahap kesihatan seseorang itu.

Dalam kata lainnya, individu dewasa yang mempunyai masalah jerawat mungkin mempunyai lebih daripada hanya masalah hormon sebagai punca jerawat terjadi.

Jom baca lagi untuk tahu cara untuk kenal pasti jerawat hormone.

Apa Ciri-Ciri Jerawat Hormonal?

Ketika dalam fasa akil baligh, jerawat hormonal akan kelihatan pada kawasa T-zon. Ini termasuklah di dahi, hidung dan dagu. Ini boleh terjadi pada individu lelaki mahupun perempuan ya.

Namun, untuk individu dewasa, jerawat hormonal timbul di bahagian bawah pipi dan di kawasan rahang samada sebagai whitehead, blackhead, jerawat halus dan juga cystic.

Bagi sesetengah individu, jerawat hormonal tidak menyakitkan, namun bagi jenis jerawat hormonal yang berbentuk cyst yang menimbul dari dalam kulit, ianya boleh menyebabkan rasa bengkak dan kemerahan.

Faktor-faktor jerawat hormonal boleh terjadi:

  • kitaran menstruasi
  • Polycystic ovarian syndrome
  • fasa menopause
  • peningkatan tahap androgen
hormon tidak seimbang menyebabkan jerawat hormonal
Cara mengenal pasti simptom hormon tidak seimbang

Hormon yang tak seimbang mengakibatkan reaksi kulit yang negatif seperti iritasi kulit, pengeluaran minyak yang terlampau pada pori, sel kulit tersumbat di pori, dan juga menggalakkan pembiakan bacteria penyebab jerawat P.Acnes.

Adakah Jerawat Menopause Ialah  Jerawat Hormonal?

Menopause ialah satu sindrom yang dialami oleh wanita yang berusia 40 tahun ke atas. Dan kadang-kadang wanita yang mengalami menopause akan dapat jerawat yang disebabkan oleh hormone androgen meningkat.

Hormon androgen pula ialah sama fungsinya dengan hormone testosterone yang ada dalam badan lelaki, cuma androgen untuk wanita. Kalau hormone androgen tinggi dalam badan, ini akan membuatkan individu tersebut mempunya ciri-ciri seperti lelaki seperti bulu badan yang lebat.

Jadi, jerawat menopause sebenarnya sama dengan jerawat hormonal dan boleh di rawat menggunakan kaedah yang sama.

Cara Merawat Jerawat Hormonal

Jerawat hormonal selalunya tidak berkesan jika dirawat dengan produk jerawat yang biasa seperti salycilic acid dan benzoyl peroxide.

Ini kerana ubat sapuan ataupun topical treatment tidak dapat meresap jauh ke dalam kulit. Tetapi ubat jerawat yang dapat melegakan iritasi dan kemerahan jerawat adalah sangat digalakkan untuk menenangkan kulit.

Ubat jerawat daripada Monoskin menggunakan bahan yang dapat menenangkan iritasi seperti Japanese Knotweed yang mengandungi tinggi kandungan resveratrol, ekstrak blackcurrent dan raspberry, dan juga ekstrak keladi.

Monoskin Fast Acne Corrector | RM 69.00

Disebabkan jerawat hormonal terjadi disebabkan hormone tidak seimbang, ubatan oral juga perlu diambil untuk merawat masalah hormone dari dalam.

Ubatan oral ialan ubatan yang diberi oleh doctor dari klinik perubatan untuk dimakan. Ubat oral berfungsi dari dalam badan untuk mengembalikan keseimbangan hormon yang kemudiannya akan membersihkan kulit daripada jerawat. 

Ubat oral yang biasa diberi ialah kontraseptif oral dan ubat anti-androgen untuk menurunkan paras hormone androgen dalam badan.

Kontraseptif Oral

Kontraseptif oral atau oral contraceptive digunakan khas untuk merawat masalah jerawat hormonal. Ianya mengandungi ethinylestradiol bersama dengan drospirenone, norgestiate atau norethindrone.

Ubat oral ini sangat membantu ketika hormone sedang memberontak didalam badan seperti ketika fasa ovulasi.

Ubatan oral tidak boleh diambil jika mempunyai penyakit darah tinggi, darah beku, dan juga kanser payu dara ataupun jika menghisap rokok.

Ubat Anti-androgen

Ubat anti-androgen pula berfungsi dengan mengurangkan paras hormone androgen. bukan lelaki sahaja yang mempunyai hormone ini. Tetapi kalau paras androgen pada perempuan terlampau tinggi, akan timbulnya masalah jerawat dan masalah kulit berminyak.

Salah satu ubat yang digunakan ialah Spironolactone (Aldactone) iaitu ubat darah tinggi yang mempunayi efek anti-androgen. Secara ringkasnya ubat ini dapat menghalang badan daripada menghasilkan hormone androgen dan menstabilkan hormone.

Retinoids

Retinoid berasal daripada Vitamin A dan datang dalam bentuk krim. Krim retinoid yang mild boleh digunakan untuk jerawat yang tidak teruk. Tetapi kalau jerawat teruk, krim retinoid yang lebih kuat akan diberikan oleh doctor kepada pesakit.

Ha jangan lupa ya, kalau pakai retinoid, kulit akan jadi nipis, jadi pemakaian sunscreen sangat penting untuk lindungi kulit daripada terbakar dengan teruk.

Cara Seimbangkan Hormon untuk Menghalang Pembentukan Jerawat

cara-cara mengawal jerawat hormonal

Walaupun kajian mengatakan cara mengimbangi hormone melalui pemakanan tidak sebegitu tepat, tetapi dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat, kulit juga akan menjadi sihat dan clear.

Amalkan pemakanan yang sihat dengan mengurangkan:

  • gula
  • produk tenusu
  • karbohidrat halus (roti putih, beras putih, pasta)
  • daging berlemak (bahagian peha ayam)

Jadi, mengenalpasti jenis masalah jerawat sebelum merawat adalah sangat penting ya. Kebanyakan kes masalah jerawat hormonal memerlukan pemerhatian doctor dan ubat yang diberikan oleh doctor sendiri. Jadi jangan berputus asa untuk mendapatkan kulit yang bersih tau! Semua masalah ada penyelesaiannya!

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Wishlist

Login

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!