Ingredients

Resveratrol: Bahan Magic Yang Hilangkan Jerawat & Kembalikan Keremajaan Kulit Wajah?

Betul ke boleh rawat jerawat dengan ajaib?

Kalau bercakap pasal bahan produk penjagaan kulit, mestilah kita nak yang terbaik kan? Ha pernah tak dengar pepatah pasal kebaikan Resveratrol dalam wine merah yang baik untuk kulit? Mesti pelik kan? Wine untuk kulit? Macam mana nak guna pulak?

Baca: Wain merah menghalang penuaan

Ini sebab, bahan semulajadi, yang ada dekat dalam anggur yang digunakan untuk buat wine itu, yang kaya dengan antioksidan, dan juga mampu membunuh bacteria penyebab jerawat (P.acnes). Bukan dapat buat muka muda 10 tahun je tau, tapi dapat tolong hilangkan jerawat dengan licinkan permukaan muka.

Ok jom kita bercerita lagi tentang bahan aktif yang sangat powerful ni.

Apa Itu Resveratrol?

Resveratrol ialah kompaun tumbuhan yang bertindak seperti antioksidan

Resveratrol ialah satu bahan antioksidan yang terdapat dalam sesetengah bahan semula jadi yang membantu kulit yang rosak, kulit pra-matang, dan jerawat teruk. Ia jugak sangat sesuai kalau digunakan time kecemasan. Macam kulit tiba-tiba breakout, kemerahan, kusam ataupun stress-induced issues.

resveratrol untuk jerawat

Resveratrol ini sebenarnya popular dalam bentuk capsule dan diambil secara supplementary yang memberikan kebaikan antioksidan dalam badan supaya badan akan kekal sihat dan cergas di usia tua dengan melawan jangkitan fungus, UV rays matahari, stress dan juga kecederaan dalaman. Ha tetapi, sekarang bahan ni mula famous dalam industry penjagaan wajah sebagai satu bahan anti-aging yang sangat power selepas Retinol.

Resveratrol ni sama power dia macam Retinol yang membantu melambatkan proses penuaan kulit dengan membekalkan antioksidan kedalam kulit. Bkan itu sahaja, bahan ini jugak berfungsi macam chemical exfoliation, macam Salicylic Acid, yang akan menanggalkan sel kulit mati, tekstur kulit yang bumpy dan jugak jerawat timbul.

Ianya jugak menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel DNA kulit dengan cara mengneutralisasikan radikal bebas tersebut dan sekaligus melambatkan proses penuaan. Dalam erti kata yang mudah, nak muda lama, pakai lah produk yang ada bahan aktif yang hebat ini!

Siapa Yang Boleh Guna?

Sesiapa saja sebenarnya boleh menggunakan Resveratrol. Bukan limit kepada kulit matang dan jerawat je tau. Sebab sebenarnya waktu sesuai yang kita kena mula amalkan produk anti-penuaan semasa dalam lingkungan 20-an lagi.

Resveratrol juga sangat sesuai untuk orang yang nakkan bahan yang dapat membaiki dan menghalang kerosakan pada semua jenis kulit seperti jerawat, kemerahan, iritasi dan juga tekstur tak sekata.

Jadi, sesiapa sahaja boleh pakai untuk kesan yang berpanjangan dan juga awet muda.

Bagaimanakah Resveratrol Hilangkan Jerawat?

Kalau Resveratrol sangat hebat dalam menghalang penuaan daripada berlaku, macam mana pulak ia ada dalam produk rawatan jerawat macam Monoskin? Disebabkan sifat antioksidan dan mild exfoliant, ianya mampu membunuh bacteria penyebab jerawat , sekaligus neutralisasikan radikal bebas pada sel kulit yang akan merawat jerawat dan juga melicinkan permukaan kulit.

Resveratrol jugak sangat power kalau digandingkan dengan Benzoyl Peroxide untuk meningkatkan lagi kuasa membunuh P.acnes yang menyebabkan jerawat.

Hasilnya, bukan kulit je hilang jerawat tau, tapi tekstur kulit jugak bertambah baik dan akan jadi lebih lembut!

Bahan Semulajadi Yang Mengandungi Resveratrol

Kalau korang nak tahu, sebenarnya, kita dah mengamalkan Resveratrol dalam diet harian kita tanpa sedar tau yang ni banyak ditemui dalam bahan semula jadi yang kita selalu makan dan minum. Seperti:

  • kacang tanah
  • pistachios
  • anggur merah
  • wain merah dan putih
  • blueberries
  • cranberries
  • dark chocolate

Terdapat juga sesetengah tumbuhan dan herba yang kaya dengan Resveratrol yang selalu digunakan didalam produk penjagaan wajah seperti Japanese Knotweed atau dikenali sebagai Teh Itadori. Tumbuhan ini sebenarnya herba yang selalu digunakan untuk mengubati bermacam penyakit pada zaman dulu.

Teh Itadori ni selalu digunakan sebagai pengubat sakit dalaman dan digunakan untuk merawat luka di kulit.

Baca: 4 jenis makanan yang mengandungi Resveratrol

Produk Yang Mengandungi Resveratrol

Ha, sekarang dah paham apa itu Resveratrol, mesti korang pun teruja nak cuba produk yang mengandungi bahan ni kan? Bahan aktif ni tak terkenal dalam market lagi sebab harganya yang mahal sebabtu kebanyakannya bahan aktif ni terdapat dalam produk jenama high-end macam Caudalie dan Estee Lauder.

Tony Moly I’m Red Wine Mask Sheet RM 3.08
MONOSKIN Bioplant Glass Skin Serum RM 119.00
EST√ČE LAUDER Advanced Night Repair Intense Reset Concentrate
RM 345.00
CAUDALIE Resveratrol Lift Night Infusion Cream RM 232.50

Jadi, sekarangdah tahu segala kebaikan bahan aktif yang powerful ni, boleh lah checkout website Monoskin kalau nak kan kulit yang bebas jerawat dan awet muda sentiasa!

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Wishlist

Login

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!