Use coupon code "WELCOME15" for first time customer and get 15% off! Dismiss
Jerawat

Masalah Jerawat Tidak Susut? Ini Yang Anda Perlu Elak Jika Mengalami Masalah Kulit Rawan Jerawat

Mencegah lebih baik daripada merawat, kita pastinya pernah dengar tentang pepatah ini. Namun apakah cara yang betul untuk menyelesaikan masalah jerawat seperti kulit rawan jerawat? Berbalik kepada pepatah tadi, bagaimanakah cara mencegah masalah jerawat yang betul pada kulit wajah?

Ramai yang memberi pendapat supaya hentikan penggunaan produk berasaskan minyak dan gunakan produk yang bersifat tidak menyumbat liang pori atau noncomedogenic. Namun sejauh manakah kebenaran pendapat ini?

Terdapat pelbagai cara mencegah masalah jerawat, antaranya adalah dengan menggunakan set penjagaan kulit wajah yang betul dan sesuai dengan kulit wajah kita.

Baca : Punca Jerawat Terjadi

Namun bagaimana untuk memastikan produk penjagaan kulit yang kita guna bertepatan dengan kulit kita? Apakah bahan yang patut ada dan patut dielakkan untuk menjaga kulit jenis rawan jerawat dan mengelakkan jerawat menjadi semakin teruk?

Mari kita bincangkan mengikut jenis kulit anda supaya anda lebih berhati-hati ketika membeli produk.

KULIT BERMINYAK

Kulit yang biasanya kelihatan berkilat di seluruh wajah. Pori-pori yang besar dan mudah mengalami masalah jerawat. Bagi mereka yang mengalami masalah kulit berminyak, sudah tentu mengharapkan supaya kulitnya akan bertukar menjadi kulit normal secepat mungkin. Kulit yang bebas jerawat dan cela sudah tentu menjadi impian para wanita mahupun lelaki.

Seperti kenyataan di atas, kulit berminyak sangat mudah untuk mengalami masalah jerawat. Apakah bahan-bahan dalam set penjagaan kulit wajah yang perlu dielakkan supaya tidak akan mengalami masalah seperti jerawat semakin teruk?


Kulit berminyak dan jerawat

Bahan-bahan yang patut dielakkan bagi masalah kulit berminyak adalah seperti berikut:

  1. Petrolatum– kulit berminyak dan produk berminyak menjadi asas kepada punca liang pori tersumbat yang membentuk jerawat.
  2. Alkohol– kandungan alkohol boleh mengurangkan minyak yang terhasil tapi jika digunakan secara berlebihan boleh mengeringkan kulit seta menyebabkan kerosakan pada lapisan
    kulit dan menyebabkan keradangan.
  3. Minyak asli– terdapat jenis minyak tulen yang tidak sesuai digunakan untuk wajah kerana sifatnya yang menggalakkan pori-pori tersumbat. Sangat bagus untuk diguankan bagi
    masalah kulit kering namun bukan untuk masalah kulit berminyak. Contohnya adalah seperti mineral oil, lilin lebah (beeswax), lilin sayuran, paraffin dan lanolin.
  4. Wangian– kebanyak pewangi dalam sesuatu produk menyebabkan alahan kulit yang tidak menentu. Tindak balas ini boleh menyebabkan semua jenis kulit menjadi sensitif.

KULIT KERING

Kulit yang jelas kelihatan garis wajah, kurang elastik dan kelihatan sedikit merah. Tidak kurang juga bagi wanita yang berkulit kering mengalami masalah seperti acne prone skin.

Hal ini adalah kerana bahan yang terdapat pada sesetengah produk memberi kesan iritasi pada kulit wajah.

Jika anda mempunyai kulit kering, anda harus mengelakkan bahan- bahan yang dapat merengsakan kulit anda atau menyebabkan kehilangan minyak semula jadi pada kulit atau kelembapan. Ahli dermatologi mungkin mencadangkan anda mengelakkan produk yang mengandungi alkohol seperti mana kesannya yang telah dinyatakan di atas, alkohol boleh menyebabkan kekeringan kulit.


Seorang pakar dermatologi, Dr Ellen Marmur menyarankan mereka yang mempunyai masalah kulit kering mengelakkan penggunaan tiga bahan ini.

  • Isopropyl Alcohol – Isopropil alkohol, juga dikenali sebagai isopropanol, merupakan bahan yang berbahaya dan tidak penting dalam banyak produk penjagaan kulit. Bukan sahaja ia
    tidak mempunyai kualiti berkhasiat, ia boleh menyebabkan kulit yang kering, berpeluh dan sebenarnya memburukkan lagi masalah jerawat.
  • Sodium Chloride – Natrium Klorida, biasanya digunakan untuk memekatkan sabun cecair dan produk penjagaan rambut, ianya tidak baik bagus terhadap kulit anda yang sensitif. Natrium Klorida atau garam tidak menawarkan kebaikan atau manfaat kepada kulit, malah menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan teriritasi.
  • Surfactant – Surfaktan, digunakan sebagai bahan pembasah (wetting agent), bahan engemulsi (emulsion agent), bahan pelarut (solubilizing agent) dan juga agen pembuih (foaming agent).
    • Contoh Surfaktan yang perlu dielakkan adalah: Sodium lauryl sulphate, Sodium laureth sulphate, Ammonium lauryl sulphate, sodium tallowate atau cocoate, Salicylic acid, Willow bark (salicylic acid yang natural) dan AHA acids.

KULIT KOMBINASI

Kawasan dahi, hidung dan dagu atau T-zone berminyak dan kering di bahagian pipi. Gabungan antara kulit kering dan berminyak, kulit kombinasi patut mengelakkan penggunaan bagi 2 jenis kulit di atas.

Selain bahan-bahan di atas, mereka yang memiliki kulit kombinasi seharusnya mengelakkan pengunaan produk yang mengandungi bahan-bahan berasaskan minyak yang mengandungi asid oleik yang tinggi seperti:

  • minyak kelapa
  • minyak camella
  • minyak bunga matahri
  • minyak hazelnut

KULIT SENSITIF

Kebiasaanya akan menjadi kemerahan, kering, gatal dan terasa agak nipis. Mudah jadi alahan dan iritasi kulit seperti eczema dan alergik.

Masalah kulit sensitif seharusnya mengelakkan segala jenis bahan yang tersenarai di atas.

Kulit yang sensitif memerlukan lebih perlindungan berbanding rawatan. Oleh itu, mereka yang
menghadapi masalah kulit sensitif perlu mengelakkan penggunaan bahan seperti :

  1. Cinnamate/methylcinnamate – kebiasaanya menjadi kandungan gincu atau krim perlindungan matahari.
  2. Helioplex – sejenis ejen perlindungan matahari yang hebat namun boleh menyebabkan masalah ruam dan keradangan kulit.
  3. Sorbic acid – ia digunakan dalam preskripsi krim retinoid sebagai pengawet, tetapi ia adalah sebab utama mengapa ramai yang mengalami masalah kekeringan kulit seperti penggelupasan dan sebagainya.
  4. Methylisothiazolinone(MI) – bahan kandungan ini sangat biasa dalam produk kecantikan. Ianya adalah pengawet biasa yang telah menjadi penyebab salah satu wabak alergi yang teruk.
  5. Bismuth Oxychloride – ianya boleh menyebabkan kemerahan, kegatalan dan juga kepedihan terhadap kulit. Kebiasaanya terdapat pada bahan kosmetik yang berasaskan mineral.
  6. Triclosan – ejen pembasmi bakteria yang biasanya terdapat dalam sabun pembersih. Boleh menyebabkan ruam gatal pada kulit.
  7. Essential oil – Ramai yang menyangka bahawa produk yang mengandungi minyak pati semestinya yang terbaik namun bukan untuk kulit sensitif. Sifatnya yang agak kuat boleh menyebabkan keradangan kulit. Berhati-hatilah dengan minyak pati yang diperbuat daripada buah-buahan citrus kerana kandungan asidiknya yang tinggi dapat memedihkan muka.

KULIT MATANG

Perubahan biasa apabila menginjak pertengahan 20-an,seperti kehilangan kelembapan dan keanjalan, menyebabkan kelincahan, dan memerlukan penjagaan dan perlindungan kulit yang lebih baik.

  1. Coal Tar – Tar arang bersifat comedogenic, yang bermaksud ia boleh menyebabkan liang pori tersumbat. Selain itu ianya juga boleh meningkatkan sensitiviti kulit terhadap cahaya.
  2. Hydroquinone – digunakan untuk mengurangkan pigmentasi kulit. Walau bagaimanapun, penggunaannya kadang-kadang menyebabkan gangguan kulit yang dipanggil ochronosis,
    pigmentasi hitam-biru yang sukar dirawat.

Baca : Hydroquinone dalam kosmetik

Sudah kenal pasti semua bahan-bahan yang patut anda elak? Kini tiada lagi masalah untuk merawat masalah kulit jerawat anda.

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)