Use coupon code "WELCOME15" for first time customer and get 15% off! Dismiss
Ingredients

5 Bahan Skincare Top Yang Menjadi Trend Yang Anda Wajib Ada

Kalau korang peminat tegar produk penjagaan wajah, pasti korang tak pernah lepaskan peluang untuk cuba segala produk yang gunakan bahan skincare yang baru menempa nama dalam industri ini kan? Ala, macam Hada Labo buat Hyaluronic Acid popular dulu, lepastu semua jenama produk penjagaan wajah join the bandwagon untuk guna Hyaluronic Acid dalam produk mereka jugak.

Ha, kali ni kita cerita tentang bahan yang popular kalini pulak. Agak-agak apa ya? Jom sambung baca di bawah.

Niacinamide

Tidak ramai orang tahu yang Niacinamide sebenanya bahan yang sangat bagus sebab Niacinamide ni dia target banyak masalah kulit tau. Sama seperti Retinol dan Vitamin C, Niacinamide ni kelebihan dia pelbagai dan sesua untuk semua jenis kulit.

Tak menyebabkan pori tersumbat dan molekul dia yang kecil akan senang meresap dama kulit tetapi dalam masa yang sama dia kekal dalam kulit dalam jangka masa yang lebih lama dari Hyaluronic Acid.

Jadi Niacinamide ni sesuai sangat untuk jadikan pengunci lembapan selepas guna bahan hidrasi.

bahan skincare niacinamide
Produk Niacinamide paling bagus. credit: StyleCaster

Jadi, apakah sebenarnya Niacinamide ni?

Dikenali sebagai Vitamin B3 atau Nikotinamide, Niacinamide adalah vitamin larut air yang berfungsi bersama-sama lapisan kulit untuk membantu kecilkan dan ketatkan pori-pori, perbaiki tekstur kulit tak rata, lembutkan garisan halus dan kedut, mencerahkan muka kusam, dan juga menguatkan permukaan kulit yang lemah untuk elakkan kulit kendur dalam jangka masa yang lama.

Bukan itu sahaja tau, Niacinamide ni jugak mengurangkan kesan kulit bermasalah hasil daripada kerosakan alam sekitar, macam asap daripada pencemaran udara yang mnegakibatkan radikal bebas sebum terlampau, kekusaman, dan muka berminyak.

Niacinamide ni sangat magical dalam membaiki moisture barrier, dan membantu kulit baiki  tanda kerosakan yang lepas, seperti jeragat hasil daripada cahaya matahari dan juga parut jerawat.

Jadi kalau korang nak satu produk yang simple, dan jaga kulit secara menyeluruh, Niacinamide lah jawapan dia!

Ceramide

Jika nak dibandingkan bahan anti-aging yang ada di dalam dunia ni, pasti tak sesiapa terfikir yang Ceramide ialah salah satunya kan? Sebab Ceramide terkenal dengan ciri-ciri humectant nya yang menjadi bahan hidrasi kulit.

Tetapi, Ceramide bukan setakat mengekalkan lembapan dan hidrasi je tau. Ceramide ni sebenarnya meningkatkan keanjalan kulit, dan mengekalkan moisture barrier, sebab tu lah bila kita pakai Ceramide, mesti kulit kita nampak plumper dan firm.

Ha, kesan plumper dan firm tu lah yang kuatkan kulit yang akan lambatkan proses penuaan macam garis halus dan kedutan.

bahan skincare ceramide
Jom baca kenapa bahan skincare Ceramide ni paling best untuk kulit kita. Credit NylonSingapore

Jadi, apakah sebenarnya Ceramide ini?

Ceramide ialah secara ringkasnya, kandungan lipids (fats) yang terdapat secara semula jadi didalam kulit kita. 50% kadar komposisi kulit kita sahaja dah termasuk Ceramide, so tak hairanlah kenapa Ceramide sebenarnya memainkan peranan penting dalam mengekalkan penampilan kulit kita.

Habistu kalau Ceramide dah wujud dalam kulit kita kenapa kita kena pakai produk yang ada Ceramide lagi?

Faktor umur dan kerosakan daripada cahaya matahri dapat mengurangkan keberkesanan ceramide semula jadi dalam kulit korang tu. Ha, sebab tu lah korang kena guna produk yang megandungi Ceramide yang akan haling kulit dari jadi kering, berkedut, hilang anjal, dehidrasi dan kerepot tau!

Lactic Acid

Siapa pernah dengar pasal Lactic Acid yang semakin popular ni? Ha, Lactic Acid ialah sejenis Alpha Hydroxy Acid (AHA) yang digunakan dalam produk penjagaan wajah. Kalau korang tahu AHA tu apa, mesti korang juga dapat agak apa tugas Lactic Acid ni dekat kulit korang kan.

Okay, Lactic Acid ni sama fungsinya macam Glycolic Acid tapi! Lactic Acid ni mild version of AHA yang tak memedihkan muka. So sesuai la yang ada kulit sensitif tapi nak guna chemical exfoliant.

Lactic Acid terhasil secara semula jadi didalam susu yang berfungsi untuk exfoliate kulit, menghilangkan bintik hitam dan jugak membaiki penampilan garis halus dan kedutan.

Dalam bahasa lainnya, Lactic Acid ni bahan anti-penuaan jugak lah kan.

Istimewanya Lactic Acid ni daripada Glycolic Acid ialah sebab lepas dia exfoliate permukaan kulit, dia akan membantu improve moisture dalam kulit sekali sebab tu dia tak memedihkan kulit sebab dia mengandugi pelembap yang jadi buffer kepada kulit.

Ha, nak tahu tak, produk MONOSKIN BIOPLANT SERIES juga gunakan Lactic Acid tau dalam Fast Acne Corrector. Maksudnya, acne spot treatment yang ini bukan je hilangkan jerawat tapi sekali hilangkan parut jerawat jugak!

Squalane

Dulu tak pernah dengar pun pasal Squalane ni, tiba-tiba sekarang semua produk penjagaan kulit ada Squalane! Selalunya produk yang mengandungi Squalane ni target kulit kering dan deliver benefits sebagai pelembap kulit, merawat jerawat degil dan juga mengandungi bahan antioksidan sebagai antipenuaan.

Squalane ni ialah satu bentuk minyak yang tinggi dengan faedah lembapannya. Tak sama dengan minyak yang lain, Squalane ni tak melekit, tak berminyak pun sebenarnya dan meresap dengan cepat. Squalane banyak ditemui dalam hati ikan jerung, oh no!

Jangan risau, sebab zaman sekarang Squalane ni diestrak dari minyak tumbuh-tumbuhan je contohnya minyak zaitun.

Sama seperti Ceramide, Squalane ni dah wujud dalam kulit kita cuma dalam amount yang rendah sahaja. Jadi, dengan memperkenalkan Squalane dalam skincare routine, korang seolah-olah mencipta environment semula jadi dalam lapisan kulit korang, so Squalane ni akan baiki masalah kulit korang.

Dia akan membantu repair skin barrier, balance kan pH value kulit, dan jugak ratakan kulit bertekstur.

bhan skincare daripada squalane
Produk Squalane terbaik! credit: The Skincare Edit

Centella Asiatica

Kalau korang peminat penjagaan kulit Korea atau K-Beauty, mesti korang pernah dengar tentang Centella Asiatica ni. Dikenali dengan banyak nama lain, termasuklah Brahmi, Pennywort Asiatik, dan Tiger Grass, eksktrak tumbuhan ni mula popular sebagai bahang penghidrat kulit untuk kulit sensitif.

Bahan ni selalu dilabel sebagai ‘cica cream’ ada dalam produk pelembap dan famous dekat Korea. Sekarang, hampir kesemua jenama produk penjagaan kulit di Korea ada rangkaian daripada centella asiatica yang terkenal dengan manfaatnya yang menenangkan iritasi kulit sensitif.

Apa khasiat Centella Asiatica?

Khasiat Centella datang daripada compound aktifnya, termasuklah madecassoside, yang berfungsi sebagai antioksidan. Centella sendiri dah terbukti mempunyai sifat antioksidan yang kuat dan menjadi sumber asid amino yang kaya. Ha! Kalau taknak cepat tua, cari produk yang ada Centella tau!

Centella jugak salah satu bahan ‘swears by’ untuk kulit sensitif yang penuh dengan khasiat penghidratan yang baik untuk menenangkan kulit bermasalah.

bahan skincare daripada centella
Ikuti artikel ni kalau nak tahu tentang ‘the cica trend’. Credit: BTYALY

Ha! Sekarang cuba check balik dalam almari tu, ada tak produk penjagaan kulit korang yang match dengan bahan-bahan yang tengah popular sekarang ni? Kalau tak ada, dah tiba masanya korang shopping skincare baru!

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)