Jerawat
Posted in

10 Cara Efektif Menghilangkan Parut Jerawat Dirumah Menggunakan Bahan Di Dapur

Posted in

Masalah kulit wajah apakah yang lebih teruk daripada jerawat? Jawapannya mudah, iaitu parut jerawat. Ada yang hitam, ada pula yang nampak berlubang-lubang, pendek cerita memang sangat sangat memberi kesan terhadap penampilan seorang wanita.

Apakah penyelesaian terbaik untuk masalah jerawat? Ada yang mencuba sesetengah produk khusus untuk membaiki struktur kulit wajah namun kecewa setelah hasilnya tidak setimpal dengan modal yang telah dikeluarkan.

Tahukah anda bahawa sebenarnya anda boleh saja tidak mengeluarkan sebarang modal dan gunakan bahan yang ada di dapur rumah anda untuk rawat parut jerawat. Bukan saja jimat, malah dijamin selamat kerana menggunakan bahan-bahan berasaskan natural.

Aloe Vera/ Daun Lidah Buaya

Anda seorang yang penggemar tanaman hiasan dan menanam aloe vera sebagai hiasan rumah? Apa kata anda ambil sehelai daun aloe vera yang matang. Cara untuk memilihnya adalah kedudukannya agak rendah dan saiznya agak besar berbanding dedaun yang lain.

Belah daun tersebut untuk dapatkan lendir di bahagian dalam daun dan sapukan pada wajah anda. Biarkan selama 30 minit di wajah anda kemudian bilas bersih.

Jika anda ingin gunakan sebelum tidur demi kesan yang lebih efektif, biarkan saja lendir itu merawat parut jerawat anda sepanjang malam dan bilas bersih pada keesokkan harinya.

Terdapat pelbagai jenama gel aloe vera di pasaran, namun kulit anda tentunya lebih selamat dengan pilihan yang bebas bahan kimia berbahaya.

Serbuk Baking Soda

Tutorial ringkas cara menggunakan baking soda uuntuk mencerahkan parut daripada Beauty&Health Tips

Sudah tentu anda pernah dengar tentang baking soda, bukan? Serbuk Baking Soda adalah bahan utama untuk menghasilkan manisan seperti kek dan kuih muih.

Kandungan sodium bikarbonat padanya membolehkan serbuk ini memudarkan parut jerawat anda yang hitam di samping membersihkan kulit wajah anda secara lebih mendalam.

Gaulkan saja baking soda dan air sehingga mendapat sebatian dengan kepekatan yang sesuai, iaitu tidak terlalu pekat atau cair. Sapukan rata pada wajah anda atau bahagian parut jerawat yang ingin anda hilangkan. Kemudian, bilas bersih setelah 15 minit berlalu.

Timun

Siapa yang tidak kenal timun atau yang digelar oleh orang putih sebagai cucumber? Timun bukan hanya sedap dimakan begitu saja sebagai ulam yang dicicah dengan sambal belacan malah juga sesuai untuk “dimakan” oleh kulit anda.

Kandungan air yang tinggi, malah penuh dengan vitamin yang diperlukan untuk memperbaiki kulit seperti Vitamin A dan Vitamin C, timun adalah salah satu bahan yang murah dan mudah untuk didapati.

Hiriskan timun segar dan tampalkan pada wajah anda sebagai masker merawat parut jerawat. Letakkan seketika di dalam peti sejuk terlebih dahulu jika anda inginkan kesan sejuk dingin di wajah anda.

Pastikan anda konsisten dengan masker timun ini, dan anda akan perasan bahawa bukan saja parut jerawat anda memudar, malah kulit anda akan tampil lebih halus dengan liang pori yang mengecil.

Madu asli

Madu asli memang terkenal dengan khasiatnya, ianya salah satu makanan sunnah yang menjadi kesukaan ramai kerana rasanya yang manis.

Ramai yang menyangka bahawa madu hanya boleh melembabkan kulit wajah atau menyelesaikan masalah jerawat dengan sapukan pada sekeliling jerawat yang baru tumbuh. Sebenarnya madu juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat.

Kehebatan pelembab kulit wajah yang semulajadi ini boleh memperbaiki struktur parut jerawat. Sapukan nipis pada seluruh muka mahupun di bahagian parut jerawat dan biarkan seketika. Anda boleh juga campurkan madu asli dengan sedikit serbuk kayu manis untuk hasil yang lebih memberangsangkan.

Minyak zaitun

Ada yang mengamalkan minyak zaitun dalam diet makanan seharian kerana kehebatan manfaatnya terhadap tubuh badan. Namun tahukah anda bahawa salah satu bahan natural yang menjadikan Ratu Cleopatra wanita paling jelita pada zamannya adalah minyak zaitun?

Minyak zaitun yang juga boleh dijadikan pelembab natural mampu menghilangkan parut jerawat dengan menggalakkan proses pembaikan kulit. Namun begitu, masih ada lagi yang risau tentang penggunaan minyak zaitun boleh menggalakkan lagi pertumbuhan jerawat.

Anda tidak perlu risau kerana sifat minyak zaitun sangat ringan dan bersifat non-comedogenic iaitu tidak menyumbat pori-pori. Gunakan saja seperti pelembab biasa tanpa was-was!

Tomato

Anda penggemar salad buah tomato? Apa kata kali ini anda biarkan kulit anda rasakan kehebatan tomato untuk hilangkan parut jerawat?

Lebih kurang sama hebatnya dengan timun, tomato juga tinggi zat kandungan air dan Vitamin C untuk menghilangkan parut jerawat. Hiris nipis menjadi helaian masker tomato ataupun kisar hancur tomato dan tampalkan saja pada wajah anda.

Anda ada madu asli dan ingin cuba rasakan kebaikannya pada kulit wajah? Campurkan saja dengan sebatian kisaran tadi . Biarkan seketika untuk tomato merawat masalah parut jerawat anda dan bilas bersih menggunakan air suam.

Avocado

Siapa sangka petua menyelesaikan masalah rambut pun boleh digunakan pada kulit wajah, lebih-lebih lagi ianya boleh menghilangkan parut jerawat. Kandungan mantap seperti zat besi, Vitamin K dan Vitamin E ini bukan saja mampu menyelesaikan masalah parut jerawat.

Avocado juga boleh bertindak sebagai pemangkin kolegen dalam kulit untuk anti penuaan dan menganjalkan kulit wajah dengan kandungan kalium dan mineral yang tinggi. Lenyekkan setengah biji avocado dan parut jerawat anda sudah sedia untuk dihilangkan, amalkan dengan konsisten ya!

Cuka Epal

Percayakah anda bahawa cuka epal boleh mengurangkan masalah kulit muka berminyak, memudarkan parut jeragat dan yang pastinya menghilangkan parut jerawat. Mungkin anda tidak percaya, namun itulah hakikat sebenar kebaikan cuka epal terhadap kulit muka.

Anda gunakan saja cuka epal ini sebagai toner dengan konsisten, masalah kulit berminyak, masalah jerawat, dan juga masalah parut jerawat semestinya dapat diatasi.

Campurkan saja sesudu makan cuka epal dengan sesudu air suam. Dengan begitu saja toner natural anda sudah siap untuk digunakan.

Lemon

Lemon memberi aura kesegaran dengan bau sitrusnya yang mengujakan. Buah bujur yang kekuningan ini bukan saja boleh mencerahkan kembali bibir yang gelap malah juga boleh memudarkan parut jerawat yang hitam.

Anda boleh jadikan air perahan lemon sebagai toner atau sapukan begitu saja pada bahagian parut anda. Caranya mudah sekali, campurkan sesudu air perahan lemon dan sesudu air suam untuk dijadikan toner.

Jika anda inginkan langkah yang lebih cepat, sapukan saja air perahan lemon pada bahagian parut jerawat anda. Tunggu sehingga 15 minit dan bilas bersih menggunakan air suam.

Asam jawa

Asam jawa adalah salah satu bahan wajib yang diperlukan untuk membuat sambal belacan. Ya, asam jawa juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Seperti mana anda biasa gunakan asam jawa untuk kegunaan masakan, anda juga boleh hilangkan parut jerawat.

Campurkan sedikit asam jawa dengan air suam sehingga menjadi sebatian dan anda sudah siap untuk sapu rata pada bahagian wajah anda. Campurkan sedikit dengan madu asli jika anda inginkan sebatian yang lebih pekat dan lebih efektif.

Begitulah mudahnya menghilangkan parut jerawat dengan bahan-bahan yang pastinya sangat senang untuk anda dapatkan daripada dalam peti sejuk anda sendiri! Lakukan dengan konsisten dan parut jerawat anda sudah sedia untuk dihilangkan. Selamat mencuba!

Jika anda ingin mencuba Monoskin Fast Acne Corrector, anda boleh terus saja baca penerangan mengenainya disini.

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Wishlist

Login

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!