Use coupon code "WELCOME15" for first time customer and get 15% off! Dismiss
Ingredients

Skin Barrier 101: Apa Itu Skin Barrier Dan Cara Membaikinya.

Penting Ke Jaga Skin Barrier Ni Sebenarnya?

healthy glowing skin barrier

Kita semua dah tahu kan yang kulit ialah organ terbesar badan kita and sometimes kita tak perasan pun kulit kita ni sihat atau tak. Sebab tak ramai yang dapat beza skin barrier sihat atau tak. Huh… Skin barrier? Apa tu?

Apa Itu Skin Barrier?

Skin barrier ialah lapisan sel kulit paling luar (stratum corneum)dan juga lipid matrix yang mengandungi ceramide, cholesterols, dan fatty acids, sebagai “gam” yang  melekatkan sel-sel kulit tersebut.

grafik tentang skin barrier
Credit: HunterLab

Okay, senangnya macam ni.

Fikirkan sel kulit sebagai dinding batu-bata dan lipid matrix ialah simen yang melekatkan sel-sel tersebut.

Fungsi sel kulit dan lipid matrix ni ialah sebagai lapisan pelindung yang melindungi kulit daripada apa-apa yang akan membahayakan keadaan kulit seperti radikal bebas, keadaan udara persekitaran yang kotor dan juga mikrob merbahaya.

Tapi, walaupun skin barrier ni melindungi bahan merbahaya daripada merosakkan kulit, tapi kulit ni jugak sebenarnya sangat delicate dan sifatnya senang menyerap.

Sebab itulah sesetengah orang kulit senang berminyak dan kusam sebab kulit jenis macam ni senang meresap bahan kotor dari udara lepastu pori pun tersumbat.

Sebab tu boleh jadi blackhead dan whitehead.

Penting Ke Skin Barrier Ni?

Gila tak penting?!

Skin barrier ni sebenarnya berfungsi dengan mengekalkan kandungan air dan lembapan dalam kulit supaya kulit tak dehidrasi.

Tetapi, kalau penghadang kulit ni rosak dan tak dijaga, proses penyejatan lembapan boleh berlaku dengan laju tau. Kesimpulannya, kalau kulit takde air dan lembapan, jadi apa? Jadi lah macam kismis…

skin barrier yang rosak
Keadaan skin barrier yang rosak (Credit: Dryskinadvice)

Kalau skin barrier atau penghadang kulit ni sihat, kulit akan nampak berseri, plumper, gebu dan garis halus pun hilang. Jadi, sebenarnya, sangatlah penting kalau nak kekalkan kulit yang sihat dan awet muda.

Sebab, factor kedut terjadi dekat muda bukan kerana kurang elasticity dan collagen je tau, tapi sebab skin barrier rosak jugak yang menyebabkan kulit jadi cepat berkedut.

skin barrier yang sihat
Keadaan skin barrier yang sihat akan membuatkan kulit glowing (credit: Pinterest)

Macam Mana Nak Tahu Penghadang Kulit Kita Rosak?

Nak senang detect, kulit yang skin barrier dia rosak selalunya ada problem sensitivity, flaky, selalu pedih, gatal, kering dan sangat kusam. Semua ni sebenarnya kekurangan hidrasi iaitu air (H2O).

Sebab dia?

Selalunya sebab guna bahan yang tak sesuai dengan kulit, bahan aktif yang terlampau potent atau yang tinggi percentage, over-exfoliate dengan skrub yang terlampau kasar, ataupun keadaan udara persekitaran yang terlampau kasar macam angin kuat ataupun suhu sejuk.

Ugh. Macam Mana Nak Baiki?

Secara amnya, penghadang kulit kan akan rosak bila kulit hilang air, jadi, untuk repair dan maintain kan kulit punya barrier yang sihat, kena la rajin pakai produk hydration dengan kombinasi yang sesuai untuk jenis kulit. Tak semua jenis kulit perlukan produk yang sama tau!

The key is:

1 bahan hydration + 1 bahan pengunci hydration = skin barrier yang sihat!

Jom tengok apa jenis kulit korang perlukan untuk repair skin barrier.

Kulit Jenis Berminyak/Dehidrasi dan Jerawat

Kulit yang jenis berminyak ni pun boleh jadi dehidrasi tau, bukan kulit kering je.

Bila kulit berminyak dengan extreme, mesti ada masalah jerawat jugak, jerawat pun satu symptom skin barrier rosak.

So untuk fix kan masalah kulit berminyak dehidrasi ni, boleh guna bahan bersifat menghidratkan dan produk yang akan kunci hydration tersebut daripada tersejat dengan cepat.

hyaluroic acid untuk repair skin barrier

Formula produk pulak kena lah bersesuaian dengan jenis kulit.

Kalau berminyak, gunakan produk formula gel, emulsion, atau essence. Bahan hydration yang sesuai pulak ialah Hyaluronic Acid dan Niacinamide. Kedua bahan ini mempunyai partikel yang sangat kecil dan senang menyerap. Tetapi, disebabkan partikelnya yang kecil, mestilah senang tersejat juga.

Jadi, kena ada pengunci hydration . Yang famous dalam kalangan kulit berminyak ialah water-burst based moisturizer yang menggunakan bahan natural macam aloe vera.

Monoskin Bioplant Moisturizer with Glow Effect ni ada bahan natural seperti aloe vera dan mampu mengunci hidrasi dengan lebih lama dari moisturizer biasa.

Baca: Produk Water-burst Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak

Kulit Jenis Kering Dan Sensitif

Selalunya kulit kering ni mesti sensitif, sebab bila kulit kering, skin barrier rosak, dah takde apa yang melindung kulit dari bahan yang akan membuatkan kulit pedih. Sebab tu kulit yang kering selalu pedih bila pakai produk yang tak sesuai. Tambah pulak dengan kulit flaky, sebab kurangnya lembapan dalam lapisan kulit.

Jadi bahan yang sesuai untuk kulit kering dan sensitif ialah 1 bahan hydration + 1 bahan emollient + 1 bahan pengunci.

Bahan hydration boleh gunakan Hyaluronic Acid, Glycerine, dan Niacinamide, manakala bahan emollient pulak boleh gunakan Ceramide dan Peptide untuk meratakan semula permukaan kulit yang dah mengelupas supaya kulit jadi plump balik.

Bahan pengunci boleh gunakan oil based (rosehip oil, jojoba oil, argan oil) yang akan menutup lapisan kulit dan mengelak lembapan dari tersejat.

Cara emollient berfungsi ke atas kulit kering seperti eczema (credit: Lenseofbeauty)

Baca: Produk sesuai untuk kulit kering dan sensitif

Secara Ringkasnya:

Kulit berminyak dan berjerawat: Hyaluronic Acid / Niacinamide + Aloe Vera

Kulit kering dan sensitif: Hyalurinic Acid / Glycerin / Niacinamide + Ceramide / Peptide + Oil

As a result menjaga skin barrier ni sebenarnya tak susah pun, kena tahu keperluan dan kondisi kulit je sebenarnya.

Kalau kita kenal kulit kita, mesti senang untuk tahu apa kulit kita perlukan. Jadi, lepasni senang la nak beli produk yang sesuai untuk kulit kita kan. Good luck guys!

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)