Use coupon code "WELCOME15" for first time customer and get 15% off! Dismiss
Ingredients

Moisturizer 101: Cara Untuk Memilih Moisturizer Yang Betul

Formula moisturizer yang  mana sesuai untuk korang? Krim, gel, atau minyak?

Macam mana nak tahu yang kita pakai salah moisturizer?

Kalau moisturizer you all buatkan muka korang jadi lagi kering, berminyak, pedih atau buatkan muka kusam, ha! Korang salah guna moisturizer la tu. So, kalau nak tahu cara betul untuk pilih moisturizer, baca bawah sampai habis okay!

Faktor yang menyebabkan kekeringan atau berminyak dan dehidrasi pada kulit.

Kita dan bincang tentang jenis moisturizer dalam part 1 dan 2 tentang jenis moisturizer dan cara moisturizer berfungsi. Sekarang kita mula dengan faktor kulit kita boleh jadi kering.Kulitmenghasilkan minyak atau sebum iaitu minyak semulajadi, namun, jumlahnya bergantung kepada seseorang itu, samada overly produced ataupun under produced.

muka berminyak tanda dehidrasi kerana kurang moisturizer
Kulit berminyak kerana pengeluaran sebum berlebihan

Overly produced sebum ialah sebum yang terlebih dihasilkan yang membuatkan kulit berminyak atapun dehidrasi. Sebab sebum itu sendiri ialah satu bentuk minyak. Kulit menghasilkan sebum berlebihan kerana dua perkara iaitu:

  • Memakai produk yang tidak kena pada kulit yang membuatkan pori tersumbat lalu kulit berminyak.
  • Tidak memakai produk pelembap lalu membuatkan sebum dihasilkan secara berlebihan. kerana menggantikan lembapan yang hilang pada kulit. Ini ialah jenis kulit dehidrasi.
Kulit kering dan flaky kerana kurang pengeluaran sebum

Under produced sebum ialah sebum yang kurang dihasilkan kerana acid mantle pada kulit berkurangan dan skin barrier yang rosak kerana kurangnya kehadiran air dan lembapan pada kulit. Ini boleh terjadi atas beberapa factor, iaitu:

  • Menggunakan pencuci muka dengan kadar pH yang tidak seimbang (terlalu tinggi, pH 5.5 >)
  • Menggunakan produk skrub berlebihan yang menyebabkan koyakan mikro pada lapisan kulit.
  • Mempunyai masalah kulit seperti eczema dan proriasis.

Cara memilih moisturizer yang betul untuk kulit berminyak

Walaupun kulit jenis berminyak bermaksud korang punya kulit boleh menyimpan kadar lembapan dengan lama, tapi dengan keadaan cuaca, lagi-lagi di Malaysia yang panas dan lembap, kulit yang berminyak lebih cenderung untuk menghasilkan lebihan sebum dan minyak kerana lembapan dari udara akan senang terserap ke dalam kulit, jadi, bila sebum dan lembapan dari udara bercampur, kulit akan kelihatan kusam dan lebih gelap.

Jadi untuk pilih moisturizer yang sesuai dengan kulit berminyak, pastikan korang jauhkan diri daripada bahan emollient dan minyak. Untuk mengurangkan rasa greasy dan kusam yang menyebabkan kulit ‘shiny’.

Moisturizer yang paling sesuai untuk kulit berminyak dan jerawat dari Monoskin

Korang juga kena elakkan guna produk yang ada bahan comodegenic iaitu bahan yang boleh menyebabkan pori tersumbat. Kulit jenis berminyak lebih cenderung untuk senang tersumbat, jadi ini adalah bahan yang harus dielakkan:

  • Minyak kelapa
  • Cocoa butter
  • Minyak avocado
  • Minyak badam
  • Beeswax
  • Lanolin

Apa yang patut korang guna?

Kulit jenis berminyak sesuai dengan moisturizer jenis humectants sebab, walaupun humectants menarik lembapan dalam kulit, bahan humectants takkan menyebabkan kulit berminyak dan boleh kawal penghasilan sebum.

Kalau humectants wujud dalam lapisan kulit korang, sebum pun akan mula ‘behave’ dan takkan buat kulit berminyak. Ini ialah apa yang korang boleh guna untuk kulit berminyak:

  • Jenis moisturizer: Humectant
  • Formula: water-based gel, essence, serum atau liquid moisturizer
  • Bahan utama: Hyaluronic acid dan glycerine
Moisturizer jenis humectant yang sesuai untuk kulit berminyak (Source: Allure)

Cara memilih moisturizer yang betul untuk kulit kering

Kulit kering selalunya berdepan dengan masalah kulit nampak tak sihat, kusam, ashy, scaly dan merekah. Ini juga boleh jadi kalau korang ada eczema. Tapi menggunakan moisturizer yang random je pun tak akan menyelesaikan masalah kulit kering sebab untuk kulit kering ni kita ada formula yang kita kena paham.

Apa yang patut korang guna?

Kulit kering lebih sesuai untuk menggunakan dua produk moisturizer yang, pertama, menambah lembapan (ceramide) atau menarik lembapan kedalam kulit (humectants) dan keduanya mengunci lembapan didalam kulit dengan menambah lapisan lembapan perlindungan ke atas lapisan kulit (occlusives).

Untuk kulit jenis kering yang ekstreme dan merekah, korang perlukan pelembap tambahan untuk melembutkan dan meratakan permukaan kulit yang merekah dan scaly. Ini apa yang korang boleh guna:

  • Jenis moisturizer: humectants, emollient, occlusives
  • Formula: Cream-based, minyak
  • Bahan utama: hyaluronic acid, shea butter, jojoba oil, ceramide
Moisturuzer yang mengandungi emollient untuk kulit kering ekstreme (Source: Prevention)

Cara memilih moisturizer yang betul untuk kulit sensitif

Kulit sensitif senang terensang dan iritasi jika didedahkan dengan bahan seperti alcohol dan pewangi. Cuba gunakan moisturizer jenis occlusives yang banyak didapati dalam minyak tumbuhan semula jadi yang dapat melegakan kulit kerengsangan. Elakkan juga guna bahan aktif yang jenis menghakis kulit seperti Retinol, Alpha Hydroxy Acid (AHA) , Beta Hydroxy Acid (BHA) dan Vitamin C.

Baca: Bahan yang patut dielakkan oleh kulit sensitif

Kulit sensitif menjadi kemerahan dan pedih (source: The skincare edit)

Apa yang patut korang guna?

Gunakan bahan yang melegakan kulit, bebas alcohol dan pewangi dan juga jenis hypoallergenic yang tidak akan membuatkan kulit kegatalan dan kepedihan seperti:

  • Jenis moisturizer: Emollient dan occlusives
  • Formula: Gel-based (melegakan kulit iritasi) atau Cream-based (melembap dengan mendalam)
  • Bahan utama: Ceramide, Shea butter, Minyak rosehip, Minyak jojoba, Aloe vera, Chamomile.
Moisturizer untuk kulit sensitif (Source: The skincre edit)

Cara memilih moisturizer yang betul untuk kulit normal

Kalau korang punya kulit rasa macam tak terlalu berminyak atau tak terlalu kering, maknanya korang punya kulit jenis normal. Jadi korang boleh gunakan moisturizer yang ringan dan nipis, cukup untuk mengekalkan lembapan dalam kulit lebih lama seperti minyak dan humectants.

  • Jenis moisturizer: occlusives dan humectants
  • Formula: Gel-based atau minyak semula jadi
  • Bahan utama: Minyak rosehip, minyak argan, minyak jojoba, hyaluronic acid dan glycerine

Cara memilih moisturizer yang betul untuk kulit kombinasi

Kulit kombinasi selalunya mempunyai kulit yang normal di kawasan pipi dan berminyak di kawasan T-zone. Jadi, sama seperti kulit jenis normal, korang boleh menggunakan moisturizer yang ringan sahaja untuk mengelakkan kawasan T-zone anda lebih berminyak. Jadi elakkan guna moisturizer jenis minyak, dan gunakan jenis gel dan juga krim ringan.

  • Jenis moisturizer: humectants
  • Formula: Gel-based dan krim ringan
  • Bahan utama: Hyaluronic acid, glycerine

Adjust moisturizer dengan musim dan cuaca

Jangan terkejut kalau moisturizer korang tiba-tiba tak berkesan satu hari, sebab faktor cuaca juga memainkan peranan kepada kulit korang. Macam kalau cuaca lebih panas dan lembap, selaunya kulit lebih cenderung untuk jadi berminyak lebih senang.

Jadi korang boleh guna gel based yang melembap tapi dalam masa yang sama menyejukkan kulit yang kepanasan.

Kalau waku cuaca sejuk dan kering, kulit akan jadi lebih kering dan scaly. So, gunakan pelembap krim yang berat untuk buatkan lembapan tahan lebih lama dalam lapisan kulit dan juga melembutkan lapisan kulit yang scaly.  

Untuk elakkan kulit kering, korang boleh cuba amalkan kurang menggunakan air panas ketika mandi, sebab air panas akan keringkan kulit dan menyebabkan kulit gatal-gatal. Gunakan air humidifier waktu cuaca sejuk dan kering untuk melembapkan kawasan bilik dan juga membantu meningkatkan lembapan yang akan ditarik ke dalam kulit.

Sekarang korang dah tahu segalanya tentang moisturizer, jadi, boleh tak cuba pilih moisturizer sendiri lepas ni???

One Reply to “Moisturizer 101: Cara Untuk Memilih Moisturizer Yang Betul”

  1. Moisturizer 101: Jenis-Jenis Moisturizer Dan Fungsi Untuk Setiap Jenis Kulit | MONOSKIN

    […] sekarang kita dah tahu banyak tentang moisturizer. Belum habis lagi tau! Nantikan pula part 3 untuk tahu tentang formula moisturizer dan cara untuk memilih moisturizer mengikut jenis kulit […]

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)