Use coupon code "WELCOME15" for first time customer and get 15% off! Dismiss
Jerawat

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Kaedah Exfoliating: Yay Or Nay?

Pernah tak anda cuba sesuatu produk skincare setelah sekian lama namun masih tiada kesan pada kulit jenis jerawat anda. Yang peliknya produk yang anda gunakan terbukti berkesan dengan ribuan testimoni.

Bagaimana hal ini boleh terjadi sedangkan anda telah menggunakan set lengkap yang disarankan oleh pakar kecantikan?

Baca : Bagaimana jerawat terjadi?

Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapapun akibat daripada tidak menggalakkan lagi proses pengelupasan kulit dengan langkah exfoliate.

Apakah sebenarnya proses exfoliate ini?

Kepentingan proses mengelupas ini adalah menghilangkan sel kulit jerawat mati pada kulit wajah. Apabila set kulit mati menebal, ianya akan menghalang kulit untuk menerima kebaikan kandungan sesuatu produk penjagaan kulit wajah.

Terdapat dua jenis kaedah exfoliation, iaitu pengelupasan secara bahan kimia (chemical exfoliation) dan pengelupasan secara fizikal (physical exfoliation).

Pengelupasan kulit melalui kaedah chemical exfoliation adalah dengan menggunakan bahan kimia seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) dan BHA (Beta Hydroxy Acid), glycolic acid dan juga retinol. Chemical exfoliation ini lebih digemari kerana langkahnya yang mudah.

Hanya perlu ratakan pada wajah anda dengan sentuhan yang lembut kemudian biarkan seketika dan siap!

Cara pengelupasan kulit yang semudah ABC ini terbahagi kepada dua cara yang berbeza. Dua cara tersebut adalah mengelupas kulit dengan bahan kimia atau chemical peeling dan toner pengelupasan atau exfoliating toner.

Chemical Exfoliation

Chemical Peel

Gambar sebelum dan selepas menjalani kaedah Chemical Peeling

Chemical peeling boleh meningkatkan penampilan kulit wajah. Dalam rawatan ini, bahan kimia digunakan ke atas kulit yang perlu dirawat, kemudiannya menjadikannya “lepuh” dan akhirnya mengelupas.


Kulit baru biasanya licin dan kurang berkedut daripada kulit lama akan terhasil. Pakar kulit yang akan melakukan chemical exfoliation pada anda akan membersihkan kulit anda dengan teliti terlebih dahulu.

Kemudian dia akan menyapu satu atau lebih lapisan bahan kimia – seperti asid glikolik, asid trichloroacetic, asid salisilik, asid laktik, atau asid carbolik (phenol) – ke kawasan kecil kulit anda. Kemudian menghasilkan luka terkawal, membiarkan kulit baru mengambil tempatnya.

Semasa chemical peeling, kebanyakan orang akan merasa sensasi terbakar yang berlangsung sekitar lima hingga sepuluh minit, diikuti dengan sensasi yang menyengat pada kulit wajah.

Meletakkan sesuatu yang sejuk ke atas kulit boleh mengurangkan rasa pedih pada kulit.

Anda mungkin memerlukan ubat tahan sakit selama atau selepas proses pengelupasan kulit yang lebih mendalam.

Selepas kaedah ini dijalankan, kulit akan menjadi sensitif terhadap sinaran cahaya matahari buat sementara. Chemical peel tidak disarankan kepada sesiapa yang mempunyai jerawat aktif dan ianya lebih sesuai untuk membuang parut jerawat.

Exfoliating Toner

Namun apa pula exfoliating toner?

Toner sepatutnya membantu menghidrat dan mengimbangi kulit, memulihkan kulit ke pH yang ideal (biasanya sekitar 5.5), dan menyediakan kulit anda untuk menerima kebaikan daripada produk penjagaan kulit anda yang lain.

Exfoliating toner yang juga dipanggil toner asid ini membantu kulit anda dengan memberikan dos pengelupasan dan asid kimia pengelupasan kulit pada rutin kecantikan anda.

Toner asid sangat bagus untuk orang yang menghadapi masalah kulit kering tetapi juga mempunyai kulit yang sensitif.

Salah satu toner exfoliating ajaib yang popular di Hermo

Kandungan toner asid menjadikan ianya kurang agresif daripada produk pengelupasan lain dengan kepekatan asid yang lebih rendah.

Jika chemical exfoliation kaedahnya lebih mudah dan lembut, pengelupasan kulit secara fizikal atau physical exfoliation ini lebih susah dan kasar.

Jangan khuatir dengan namanya yang menakutkan kerana produk exfoliating toner ini kebnyakannya bebas alkohol dan tidak memedihkan sama sekali untuk kulit sensitif dan mengalami masalah jerawat. Malah, toner ini amat sesuai untuk yang ingin menghapuskan maslaah jerawat dengan cepat.

Physical Exfoliation

Ramai yang menyangka bahawa langkah physical exfoliation ini adalah dengan menggunakan skrub wajah yang bertekstur kasar.

Terdapat pelbagai jenis produk physical exfoliation yang ada di pasaran, antaranya mengandungi bahan utama seperti coffee ground, apricot seed dan juga black sugar.

Namun sebenarnya proses ini terbahagi kepada lima cara yang amat berbeza dan membersihkan wajah menggunakan skrub hanyalah salah satu daripadanya.

Cleanser Scrub

Skrub pencuci muka terbaik untuk kulit jerawat jenis berminyak mengikut StylesAtLife

Seperti yang diketahui ramai, cara paling mudah dan cepat untuk menyelesaikan masalah kulit dan tona tidak sekata adalah dengan skrub wajah.

Tapi apa yang diketahui ramai adalah pemilihan skrub yang betul bagi jenis-jenis kulit wajah.

Bergantung pada jenis skrub, skrub yang diperbuat daripada biji apricot, kulit kacang walnut, badam ataupun aluminium oksida lebih sesuai digunakan ke atas kulit yang normal ataupun berminyak.


Skrub wajah yang mempunyai kandungan manik plastik, AHA dan BHA lebih sesuai digunakan bagi mereka yang berkulit kering, sensitif dan juga jerawat kerana skrub yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti kekacang dan bijian dapat menyebabkan koyakan ikro pada kulit dan membuatkan jerawat menjadi lebih teruk.

Kepada sesiapa yang mengalami masalah jerawat, lebih disarankan menggunakan exfoliating toner yang jauh lebih lembut kepada kulit.

Scrub Mask

Scrub mask sedikit berbeza berbanding facial scrub yang telah dibincangkan sebentar tadi. Teksturnya yang sedikit kasar berbanding pencuci muka yang biasa serta sifatnya yang mild atau lembut membolehkannya dibiarkan seketika untuk dijadikan masker.

Fomulanya juga lebih pekat dan likat kerana ia bertindak sebagai masker yang bertjuan memberi ekstra nutrien kepada kulit.

Sesuai dengan semua jenis kulit termasuklah kulit berjerawat jika bijian skrubnya tidak besar dan menyakitkan seperti skrub masker yang menggunakan skrub jenis gula dan kopi kerana ianya akan larut dan tidak melukakan kulit.

Microdermabrasion

Microdermabrasion, pastikan anda menyebut perkataan ini dengan sebutan yang betul. Microdermabrasion adalah prosedur invasif yang minimum yang digunakan untuk memperbaharui nada dan tekstur keseluruhan kulit.

Prosedur ini menggunakan alatan atau aplikator khas dengan permukaan kasar untuk menghakis keluar lapisan tebal sel kulit mati untuk mengembalikan keremajaan wajah.

Terdapat satu lagi teknik microdermabrasion yang berbeza, menyemburkan zarah halus aluminium oksida atau natrium bikarbonat dengan vakum atau sedutan untuk mencapai hasil yang sama.

Spinning Brush

Langkah seterusnya dalam physical exfoliation adalah menggunakan spinning brush. Ianya sejenis alat bantuan untuk membersihkan wajah dengan lebih efektif berbanding hanya menggunakan kedua belah tangan anda.

Bergantung kepada jenis spinning brush yang ada miliki, ianya terdapat fungsi putaran mengikut arah jam dan lawan jam. Peralatan ini terbukti berkesan dengan berusnya yang lembut dan mampu membersihkan liang pori yang tersumbat.

Berus pencuci muka ini boleh didapati di Lazada

Cara penggunaanya sangat easy peasy! Letakkan pencuci muka kegemaran anda pada berusnya yang halus dan gerakkan hingga ianya membersihkan seluruh kawasan wajah anda.

Konjac Sponge

Membersihkan wajah dengan konjac sponge mungkin kurang dikenali di Malaysia, namun kaedah ini sudah lebih seabad lamanya digunakan di negara matahari terbit-Jepun.

Span ini 100 diperbuat daripada gentian sayur Konjac (Konnyaku). Ianya tersangat lembut dan digunakan sebagai span mandian untuk bayi sebelum digunakan dalam bidang kecantikan.

Konjac Sponge yang diperbuat secara semula jadi ini mempunyai tekstur yang lembut menjadikannya selamat dan tidak mencalarkan permukaan kulit wajah ketika membersihakan wajah.

Kaya dengan pelbagai kebaikan vitamin (A, B1, B2, B6, B12, C, D, & E), protein, lipid, asid lemak dan mineral semulajadi seperti tembaga, zink, besi dan magnesium.

Bahan-bahan ini membantu menyuburkan dan melicinkan kulit secara semulajadi. Kelebihannya yang tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya, menjadikannya sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif dan kering.

Konjac Sponge mempunyai lapisan unik yang boleh “memegang” air dengan baik.

Apabila span dibasahkan dengan air, permukaannya diliputi oleh lapisan air. Lapisan air di permukaan span sentiasa bertindak sebagai penyangga kepada kulit dan menghalang geseran antara span dan kulit.

Akibatnya, kulit tidak pernah bersentuhan langsung dengan serat konjac dan ia tidak akan mencalarkan atau merosakkan kulit walaupun dengan sentalan yang kasar.

One Reply to “Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Kaedah Exfoliating: Yay Or Nay?”

  1. Cara Hilangkan Jerawat Pasir Dengan Mudah Menggunakan 2 Produk Sahaja | MONOSKIN

    […] cara chemical exfoliating menggunakan Alpha Hydroxy Acid dan Beta Hydroxy Acid. Baca selanjutnya disini untuk memahami lebih lagi tentang AHA dan […]

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)