Jerawat

7 Gadjet Penjagaan Wajah Yang Berkesan Untuk Kulit Jerawat

Zaman moden pada abad 21 ini makin terasa dengan kemajuan teknologi yang semakin membangun hari demi hari.

Jika zaman dulu, nenek moyang kita menggunakan air basuhan beras untuk kecantikan kulit wajah, kini kita sudah ada pelbagai produk set penjagaan kulit wajah yang berkesan dan canggih yang dapat membantu mengurangkan masalah jerawat.

Ya, bab kecantikan juga tidak ketinggalan dalam dunia yang serba moden ini, terdapat pelbagai gajet penjagaan kulit wajah yang berteknologi tinggi untuk membantu produk penjagaan wajah memberi kesan yang maksimum lagi-lagi pada kulit yang rawan jerawat (acne prone skin), yang memerlukan penjagaan ekstra.

Pernahkah anda bingung memikirkan tentang punca sebenar masalah jerawat pada kulit wajah anda, sedangkan anda telah menggunakan berpuluh-puluh jenis skincare.

Seperti yang diketahui ramai terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan masalah jerawat.

Ada yang berpendapat bahawa jerawat diakibatkan oleh pemakanan, tekanan emosi dan juga salah guna produk set penjagaan kulit wajah.

Namun, tahukah anda aspek paling utama bagi masalah jerawat adalah kebersihan dan terdapat pelbagai jenis gajet yang mampu memperbaiki cara anda membersihkan muka?

Jika cara untuk menghilangkan kotoran degil pada kain adalah dengan berus dan kuasa sentalan, begitu juga dengan kulit wajah anda.

Tetapi apa yang berbeza ialah anda tidak boleh menyental kulit wajah anda dengan tekanan yang kuat dan kasar. Hal ini adalah kerana ianya boleh memburukkan lagi masalah kulit yang dihadapi, acne prone skin misalannya.

Untuk membersihkan kulit wajah anda perlukan tekanan yang lembut, tangan anda mampu menjalankan tugas ini namun untuk memaksimumkan pembersihkan kulit wajah anda memerlukan sesuatu yang lebih ‘detail’ yang akan membersihkan bukan sahaja permukaan kulit wajah anda, akan tetapi membersih secara ekstra ke dalam liang pori.

Spinning Brush

Spinning Brush menggunakan konsep yang lebih kurang sama dengan berus gigi elektrik iaitu bertujuan untuk pembersihan yang menyeluruh.

Terdapat pelbagai jenama spinning brush yang ada di pasaran bagi memudahkan anda.

Kebiasaanya didatangkan dengan set berus yang berlainan saiz atau jenis seperti kecil, besar, span dan juga silikon.

Cara penggunaannya juga sangat mudah, spinning brush ini menggunakan tenaga bateri yang menjadikannya suatu gajet mudah alih.

Anda hanya perlu lembabkan bahagian berus yang hendak digunakan setelah membasuh muka anda dengan air. Kemudian letakkan sedikit pembersih wajah pada berus dan biarkan spinning brush menjalankan tugasnya. Gerakkan spinning brush sehingga ianya selesai membersihkan seluruh muka anda.

Berus ini, ditambah dengan pencuci muka yang betul, akan membantu mengurangkan pembentukan jerawat dan juga akan membantu mengecutkan jerawat dengan cepat. bukan itu sahaja, berus ini berfungsi sebagai ‘mild exfoliator’ yang akan menanggalkan sel kulit mati untuk mempercepat proses pembaharuan dan pertukaran kulit yang lebih sihat.

Berus pembersih muka daripada Shopee

Hand Brush

Jika spinning brush menggunakan fungsi automatik yang bergerak dengan tenaga bateri, hand brush memerlukan sedikit tenaga anda untuk berfungsi.

Bentuknya yang lebih kurang sama pastinya juga mampu memudahkan anda untuk pembersihan kulit wajah.

Cara menggunakannya sama dengan spinning brush dan fungsinya juga sama cuma spinning brush membersihkan kulit muka dengan lebih mendalam.

Namun berus tangan ini juga amat sesuai untuk sesiapa yang baru mula untuk menggunakan gajet pembersih wajah supaya kulit anda akan berasa selesa dan terbiasa dengan bulu berus tersebut.

Berus muka yang popular di Daiso

Silicone Brush

Sedikit berbeza dengan dua jenis skincare gadjet yang dibahaskan di atas, silicone brush mempunyai ciri yang berbeza iaitu berusnya diperbuat daripada bahan silikon. Ditawarkan dalam dua jenis iaitu samada menggunakan tenaga bateri atau tidak, dijamin dapat memudahkan anda membuat pilihan.

Bagi yang menggunakan tenaga bateri, fungsi pembersihannya yang lebih hebat kerana berus bertenaga bateri menghasilkan getaran yang akan membantu membersih kulit dengan ekstra.

Juga sama dengan berus yang dibahaskan sebelum ini, cara penggunaan berus silikon ini ialah dengan letakkan pencuci pada wajah dan nikmati pembersihkan kulit wajah hingga ke liang pori dengan selesa tanpa perlu menghabiskan masa di salon kecantikan.

Pencuci muka silikon elektrik boleh didapati di Shopee

Konjac Sponge

Seperti yang telah diberitahu pada bahagian namanya, konjac sponge adalah sejenis span semula jadi. Apa yang membuatkan ianya begitu istimewa adalah kerana teksturnya yang lembut dan halus seperti agar-agar.

Teksturnya yang gebu dan penyerapan air yang efektif semestinya dijamin sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif dan kulit berjerawat.

Kalau zaman dahulu konjac sponge ini hanya digunakan untuk berus mandian bayi dan golongan yang ternama, kini ianya digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan.

Konjac sponge ini adalah 100% natural dari akar pokok Konjac (Konyaku) daripada Jepun dan tidak akan memberikan kesan sampingan dan masalah toksik pada kulit muka.

Terdapat pelbagai jenis konjac sponge yang mempunyai fungsi berbeza. Kebiasaanya konjac sponge berwarna putih adalah yang original.

Iaitu konjac sponge yang tidak mempunyai apa-apa bahan tambahan didalamnya.

Manakala konjac sponge bewarna hitam pula mempunyai serbuk arang didalamnya, sesuai untuk kulit berminyak, dan jerawat. Hijau pula untuk konjac sponge yang mengandungi teh hijau.

Bukan itu saja malah ianya mampu memberikan kelembapan yang diperlukan dan juga menstabilkan pH pada kulit wajah.

Anda perlu rendamkannya seketika untuk membasahkan dan melembutkan konjac sponge dengan betul.

Kemudian perahkan dengan cara menekan untuk mengeluarkan lebihan air dan konjac sponge sedia untuk membersihkan kulit wajah anda dengan lebih berkesan.

Pelbagai jenis konjac sponge yang boleh didapati di Shopee

Facial Steamer

Anda sudah pastinya pernah dengar tentang menguapkan wajah anda dengan wap panas kan?

Cara ini banyak dipilih oleh mereka yang bermasalah kulit wajah seperti jerawat namun tidak mahu exfoliate kulit wajah mereka.

Walaubagaimanapun, untuk manfaat yang maksimum kedua-duanya adalah diperlukan.

Mengikut cara tradisional, letakkan satu bekas berisi air suam di hadapan anda.

Lalu hadapkan wajah anda supaya terkena dengan wap air yang menyejat ke udara. Perangkap wap air tersebut dengan meletakkan kain di atas kepala anda.

Pada zaman kini, facial steamer telah diciptakan untuk memudahkan proses membersihkan muka dengan lebih mendalam.

Namun kenapa facial steamer diperlukan ? Konsep penguapan atau penyejatan wap air mampu membuka liang roma roma dengan lebih luas, itulah sebabnya lebih baik menggunakan air suam untuk membersihkan kulit wajah terdahulu.

Liang roma yang terbuka luas dapat memngeluarkan segala kotoran yang tersekat pada kulit wajah. Proses ini amat sesuai untuk sesiapa yang mengalami masalah jerawat.

Setelah selesai menggunakan pencuci muka, bilaskan dengan air yang sejuk untuk tujuan mengecilkan liang pori kembali.

Facial steamer yang terdapat di pasaran biasanya menggunakan tenaga elektrik.

Cara menggunakannya hanya hidupkan suis setelah facial steamer berisi air. Apabila wap air mula tersejat, hadapkan muka anda pada wap tersebut.

Jika anda menginginkan suasana berspa di rumah, titiskan sedikit essential oil yang sesuai dengan kulit wajah anda seperti frankincence untuk melegakan keradangan pada wajah atau lavendar untuk memberikan ketenangan pada kulit dan tea tree jika mempunyai masalah jerawat.

Alat stim wajah daripada Panasonic

Derma Roller

Diasaskan dengan idea tentang Vampire Facial iaitu menyuntik darah sendiri ke dalam kulit menggunakan teknik microneedling, dermaroller merupakan pilihan yang lebih mudah dan selamat.

Bentuknya seperti roda yang memiliki beratus jarum halus bertujuan untuk mencucuk permukaan kulit wajah dengan lembut.

Dermaroller adalah peralatan yang menghasilkan jalur mikro dalam kulit untuk memberikan kesan penyerapan produk yang lebih baik.

Dermaroller menghasilkan liang kecil di sekeliling kulit dan memberikan ruang yang cukup supaya tindak balas penyembuhan luka mengambil alih.

Dengan ini anda akan tumbuh kulit baru yang lebih sekata, licin dan sihat. Seseorang yang mempunyai parut jerawat, atau seseorang dengan liang roma lebih besar, mahupun seseorang yang hanya inginkan meningkatkan ketegangan kulit sangat sesuai menggunakan Dermaroller.

Saiz jarum halus bergantung kepada keperluan kulit dan anda memerlukan saiz jarum yang betul untuk dermaroller anda.

Pastikan anda menjaga kebersihan dengan betul ketika penggunaan kerana dermaroller melibatkan luka halus pada kulit yang akan menyebabkan infeksi bakteria kepada muka anda dan akan membuatkan kulit anda lebih teruk.

Dermaroller boleh didapati dalam pelbagai saiz mengikut kesesuaian jenis masalah kulit wajah daripada Shopee

Jade Roller

Kelihatan hampir sama seperti Dermaroller, Jade Roller mempunyai permukaan yang licin. Peralatan mengurut kulit wajah ini telah mula digunakan pada kurun ke 7 dalam rutin penjagaan kulit wajah masyarakat Cina.

Jade Roller kebiasaaannya diperbuat daripada jed hijau atau kuarza merah jambu yang cantik.

Kebaikan menggunakan Jade Roller ini dipercayai mempunyai sifat penyembuhan dan pelindung untuk kulit.

Selain itu, ianya juga boleh meningkatkan peredaran darah, mengurangkan bengkak, dan membolehkan penembusan produk penjagaan kulit yang lebih mendalam.

Langkah penggunaannya mudah, hanya sapu nipis produk yang ingin digunakan pada wajah menggunakan tangan.

Kemudian urutkan kulit wajah dengan menggunakan Jade Roller dengan gerakan menaik.

Jika ingin memberikan Jade Roller kesan yang lebih lagi, anda boleh menyejukkan Jade Roller didalam peti sejuk anda semalaman dan gunakannya pada esok hari. Kesan penyejukannya akan menghilangkan kesan bengkakan pada wajah dengan serta-merta.

Jade Roller yang murah dan berkesan di Shopee

Baca Petua Hilangkan Jerawat Secara Natural disini.

2 Replies to “7 Gadjet Penjagaan Wajah Yang Berkesan Untuk Kulit Jerawat”

  1. Jerawat: 5 Do's Dan Don'ts Untuk Kulit Berjerawat | MONOSKIN

    […] Baca : Gajet Untuk Merawat Jerawat? […]

  2. 6 Bahan Skincare Yang Anda Patut Elak Untuk Kulit Sensitif | MONOSKIN

    […] Baca: Gadjet unik dan aneh untuk hilangkan jerawat? […]

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Wishlist

Login

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!