Uncategorized
Posted in

4 Rahsia Mengunci Hidrasi Untuk Wajah Bebas Jerawat

Posted in

Ramai yang menyangka bahawa kulit dehidrasi adalah kulit kering. Namun ternyata mereka silap besar, kulit dehidrasi ternyata bukanlah kulit kering.

Mengetahui perbezaan antara jenis kulit dan keadaan kulit adalah penting untuk merawat keperluan kulit anda. Pertama, anda dilahirkan dengan jenis kulit. Jenis kulit termasuk kering, normal, berminyak dan gabungan. Keadaan kulit pula yang menentukan anda mengalami kulit yang dehidrasi atau sensitif.

Tahukah anda bahawa 70 peratus daripada badan anda terdiri daripada air? Kekurangan kandungan hidrat atau air dalam badan akan terlihat jelas pada kulit anda. Kesannya, kulit anda akan menjadi dehidrasi. 

Adakah jerawat yang muncul tanda kulit anda dehidrasi?

Cara-cara wanita korea mendapatkan ‘glass skin’

 Kulit wajah yang terhidrat dan bebas masalah adalah impian setiap wanita di dunia. Terhidrat dengan hidrasi yang optimum, kulit wajah akan tampil lebih sihat dan bebas masalah seperti jerawat. Biasanya kulit yang terhidrat dengan optimum akan kelihatan lebih anjal, berseri, awet muda dan kurang terdedah dengan masalah kedutan halus. 

Ya, jerawat yang muncul boleh jadi tanda dehirasi yang diberikan oleh sistem badan anda. Seperti yang dibincangkan, kulit kering bukanlah kulit dehidrasi. Namun, persamaannya adalah kedua-duanya menyebabkan anda berisiko untuk mengalami masalah jeragat.  

Anda pasti tidak mahukan kulit yang penuh jerawat dan jeragat, betul bukan?

Keadaan kulit dehirasi sebenarnya berpunca kulit anda tidak mengandungi kadar air yang optimum. Akibatnya, kekurangan kadar air tersebut menyebabkan perubahan terhadap tekstur kulit anda. Berbeza pula dengan keadaan kulit kering, ianya terjadi kerana kulit anda tidak mengandungi minyak atau sebum yang mencukupi.

Apa yang anda perlu untuk dapatkan kulit yang terhidrat pada kadar optimum?

Minum Air Yang Secukupnya

Seperti mana yang ramai sudah maklum, kunci utama untuk hidrasi kulit demi menangani masalah jerawat adalah melalui pengambilan air yang mencukupi. Bergantung dengan berat badan dan aktiviti seharian anda, jumlah keperluan air dalam badan adalah berbeza bagi setiap individu. 

Nisbahnya mudah 1 liter air bersamaan 25 kilogram. Misalnya berat badan anda adalah 50kg, badan anda perlukan 2 liter air sehari. Pengambilan air minuman yang secukupnya bukan saja boleh memperbaiki kulit wajah yang berjerawat malah juga melancarkan sistem darah dalam badan sekaligus meningkatkan tahap kesihatan seseorang. 

Segelas cawan kopi atau air bersoda tidak sama dengan air putih. Kedua-dua jenis air ini mengandungi kafein yang boleh mengurangkan air dalam badan melalui proses diuratik iaitu penyebab laju urinasi atau bahasa mudahnya buang air kecil. 

Makan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran Yang Tinggi Kandungan Air
Senarai buah-buahan yang mengandungi kadar air tinggi

Selain daripada minum air anda juga boleh ‘makan’ air yang diperlukan oleh badan untuk merawat jerawat anda. Apa yang anda perlukan hanyalah masukkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dalam diet pemakanan seharian anda. 

Sebagai contoh, mulakan hari anda dengan semangkuk bijirin oat dihiasi dengan strawberi sebagai sarapan. Strawberi mengandungi kira-kira 97% air. Bukan saja mencantikkan kulit wajah, malah meningkatkan daya ketahanan imunisasi badan dengan Vitamin C yang tinggi. 

Amalkan cara pemakanan suku-suku separuh untuk hidangan makanan tengah hari. Misalnya, separuh pinggan salad sayur atau separuh pinggan potongan tembikai. Tembikai mengandungi lebih kurang 92% air. Tembikai bukan saja baik untuk merawat kulit wajah malah mengandungi serat yang tinggi serta baik untuk sistem percernaan.

Gunakan Produk Penjagaan Kulit Wajah Yang Berasaskan Humectant
produk yang membantu hidrasi kulit
Serum wajah yang mengandungi bahan hidrasi daripada The Skincare Edit

Di samping menambah kandungan air dari dalam badan, anda juga boleh lakukan pekara yang sama dari luar badan. Antara kebaikan produk skincare yang berasaskan bahan humectant adalah ianya sesuai untuk semua jenis kulit dan yang pastinya juga sesuai dengan kulit yang dehidrasi. 

Humectant ialah bahan yang menarik air dan lembapan dari udara kedalam kulit. Menjadikan kulit lebih anjal, lembut, lembap dan terhidrat. Contoh humectant yang popular digunakan didalam produk penjagaan wajah ialah gliserin, asid hyaluronik dan ceramide.

Hyaluronic Acid (yang mungkin anda dapati bersembunyi di label beberapa produk penjagaan kulit anda sebagai HA), secara semula jadi berada di dalam tubuh manusia. Bahan ini berfungsi sebagai magnet untuk kelembapan. Hyaluronic Acid membantu sel-sel anda mengekalkan sebanyak mungkin kelembapan agar kulit anda terasa dan kelihatan terhidrat, anjal dan sihat.

Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat 

Kesihatan kulit wajah banyak berkait rapat dengan tubuh badan anda. Seperti poin pertama dan kedua yang dibincangkan, bukan saja ianya baik untuk kulit wajah, malah memberi manfaat pada anggota tubuh anda. 

Amalkan gaya hidup yang sihat demi kulit bebas jerawat. Pastikan anda mengambil diet pemakanan yang sihat dengan tema suku-suku separuh. Jagalah stamina dan kesihatan badan anda dengan bersenam sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. 

Baca: Tabiat Harian Yang Menyumbang Kepada Pembiakan Jerawat

Anda pernah dengar tentang “Beauty Sleep”? Kurangkan berjaga malam untuk mengelakkan keletihan melampau pada badan anda. Elakkan tekanan emosi yang berpanjangan. Ingat, anda perlukan kulit wajah yang bebas jerawat. 

Pastikan anda praktik gaya hidup yang sihat, seiring dengan produk penjagaan yang betul. Kulit bebas jerawat? Mudah sahaja!

One Reply to “4 Rahsia Mengunci Hidrasi Untuk Wajah Bebas Jerawat”

  1. Moisturizer 101: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Tentang Moisturizer

    […] Baca: Cara Kunci Hidrasi Untuk Hilangkan Jerawat […]

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Wishlist

Login

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!