6 Bahan Skincare Yang Anda Patut Elak Untuk Kulit Sensitif 1

6 Bahan Skincare Yang Anda Patut Elak Untuk Kulit Sensitif

Sesiapa yang mempunyai masalah kulit sensitif pasti tahu kan bagaimana takutnya rasa kalau nak cuba pakai produk dengan bahan skincare yang baru. Mesti rasa takut tak sesuai dengan kulit kan?

Lagi-lagi kalau korang ada masalah kulit jenis eczema yang selalu meradang kalau tersentuh bahan skincare yang bukan sensitive skin friendly. Kalau pakai salah produk je kulit mesti jadi merah, rasa terbakar, kering dan flakey. Rimasnya!

BAWAK BERTENANG!

Sebagai seseorang yang mengalami kulit sensitif disebabkan eczema, boleh dikatakan saya sendiri dah mahir dalam mengelakkan kulit daripada iritasi.

Tips dia ialah, kita kena kenal pasti bahan yang ada dalam produk tu sendiri. Yang ini, kita kena banyakkan membaca artikel pasal produk untuk kulit sensitif dan bahan apa yang harus dielak untuk tak menyebabkan kulit meradang.

Jom kita start!

Jika korang mengalami masalah kulit sensitif, cuba elak bahan-bahan yang ada dalam senarai dekat bawah ni!

Fragrance

Banyak produk skincare mengandungi fragrance untuk membangkit deria bau yang enak dan hilangkan bau yang tak menyenangkan daripada bahan-bahan yang digunakan, contohnya Vitamin C mempunyai bau-bau masam, dan minyak castor pula ada bau macam bauan plastik.

Iyek. Tak sedapnya.

Ha, sebab itulah kebanyakan produk, mengandungi fragrance yang wangi-wangi. Tapi fragrance ni pulak harsh chemical yang kalau dipakai secara berlebihan, mesti akan buat kulit pedih.

Satu produk je bau wangi takpe lagi. Cuba bayangkan kalau kesemua produk yang korang pakai ada frangrance, mesti kulit selalu pedih-pedih, kemerahan, dan cepat kering.

bahan skincare untuk kulit sensitif tanpa fragrance
Senarai produk fragrance free yang top. Source: Allure

Jadi, cuba korang cari produk yang ‘fragrance free’ dan ‘unscented’. ‘Fragrance free’ tu maksudnya bukan tak ada bau tau, itu maksudnya tak ada apa-apa bahan tambahan ke dalam produk tersebut dan bau yang ada dekat produk tu pun bau natural bahan-bahan yang digunakan.

‘Unscented’ pula, ada bahan lain yang dicampurkan dalam produk tersebut untuk menghilangkan bau dalam produk tu.

Chemical Sunscreen

Terdapat dua jenis sunscreen: mineral (physical) dan chemical. Macam mana nak tahu secara kasar? Mineral tu yang buat muka putih kelabu dan tak meresap dan mengandungi zinc oxide dan titanium oxide. Mineral sunscreen duduk dekat atas kulit je and memantulkan sinaran UV.

6 Bahan Skincare Yang Anda Patut Elak Untuk Kulit Sensitif 2
Source: American Academy of Dermatology

Chemical sunscreen pulak, meresap, dan tak melekit. Kebanyakan orang suka chemical sunscreen tapi tahu tak chemical sunscreen ni cara dia berfungsi ialah dengan menyerap sinaran UV dan menukarkan sinaran UV tu kepada haba selepas reaksi kimia berlaku.

Chemical sunscreen selalunya mengandungi bahan-bahan yang akan menyebabkan kulit pedih dan iritasi.

Jadi, kalau korang berkulit sensitif, gunalah mineral sunscreen. Mineral sunscreen selalunya tak ada fragrance, alcohol dan bahan yang digunakan pun simple je.

Zinc oxide yang ada dalam mineral sunscreen pulak dapat menolong mengecutkan jerawat tau.

Baca: Gadjet unik dan aneh untuk hilangkan jerawat?

Baca: Cara hilangkan jerawat pasir di dahi dan dagu dengan 2 bahan mudah.

Exfoliants Fizikal

Exfoliants tu ialah bahan yang boleh mengelupaskan lapisan sel kulit mati.

Terdapat dua jenis exfoliant. Chemical dengan physical.

Bila dengar chemical exfoliant mesti rasa takut kan. Sebenarnya chemical exfoliant lagi elok daripada physical exfoliant.

Chemical exfoliant ni dibuat daripada Alpha Hydroxy Acid (AHA) dan Beta Hyrdroxy Acid (BHA). Dia sangat mild dan sesuai digunakan oleh kulit sensitif sebab cara guna dia ialah selalunya daripada serum atau pun toner je. Dan produk yang mnegandungi AHA dan BHA ni selalunya akan ada pelembap yang bertujuan untuk tidak memedihkan kulit.

6 Bahan Skincare Yang Anda Patut Elak Untuk Kulit Sensitif 3
Segalanya yang anda perlu tahu tentang acids. Source: Project Vanity

Physical exfoliant pula ala, yang skrub skrub tu. Macam skrub gula, coffee, sea salt, oatmeal, biji apricot. Skrub tu semua tak elok digunakan atas muka tau. Kalau dekat badan, lagi baik sebab kulit badan lebih tebal daripada kulit muka.

Kulit muka pula cepat sensitif dan nipis. Kalau gunakan physical exfoliant macam skrub gula semua tu, kulit akan cepat menipis, dan terjadinya mikro-koyakan.

Mikro-koyakan (micro-tear), akan membuatkan kulit berasa kasar, kering dan tegang. Time nil ah bacteria berlumba-lumba nak masuk dekat celah-celah kawasan kulit yang koyak tu. Haaa~

6 Bahan Skincare Yang Anda Patut Elak Untuk Kulit Sensitif 4
Source: Fashionista

Jadi, cubalah chemical exfoliant yang mild untuk kulit jenis sensitif seperti Lactic Acid dan Madelic Acid.

Baca: Produk Monoskin Bioplant yang mengandungi Lactic Acid

Sodium Lauryl Sulfates (SLS)

Kebanyakannya SLS ada dekat dalam syampu kita. SLS ni lah yang buat syampu berbuih dan menjadi pengawet tapi SLS ni bersifat carcinogen tau. SLS ni boleh meresap ke dalam kulit dan buatkan kulit merenyam dan gatal-gatal.

SLS ni juga ada dekat dalam sunscreen dan cleanser. Kalau korang ada kulit sensitif, sekali je terkena SLS ni mesti kulit akan memedih.

Ha, baik pegi ambik cleanser dalam bilik air dan baca sekarang list bahan-bahan dalam tu cepat!

Baca: Bahan skincare yang menyebabkan kanser

Alcohol

Jangan panic. Bukan alcohol untuk minum tu. Ni alcohol jenis Ethanol, Ethyl alcohol dan denatured alcohol yang bertujuan sebagai pengawet kepada produk skincare.

Tapi alcohol ni lah penghulu segala penyebab kulit sensitif ememdih, sebab alcohol boleh buat kulit kering dan buatkan lembapan dalam kulit tersejat.

Tapi, kalau produk tu tulis ‘alcohol free’, tapi masih ada lagi nama alcohol dalam senarai bahan dekat belakang botol tu, jangan terkejut pulak. Ada banyak jenis alcohol baik yang dibuat daripada sumber tumbuh-tumbuhan yang bertindak sebagai pelembap.

Okay, sekarang korang dah boleh bangun daripada katil, jalan laju-laju pegi check bahan apa yang dalam skincare products korang yang ada bahan-bahan tak patut ni. Mungkin, korang boleh put two and two together tentang kenapa kulit korang asyik sensitiffff je.

6 Bahan Skincare Yang Anda Patut Elak Untuk Kulit Sensitif 6

Selamat mencuba~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Sign in

Close

Cart (0)

Cart is empty No products in the cart.

MONOSKIN

Fix Your Acne!



Currency