Ingredients

Cleanser 101: Jenis-Jenis Cleanser Dan Cara Memilih Cleanser Mengikut Jenis Kulit

Pernah tak korang terfikir kenapa segala produk penjagaan kulit tak pernah berkesan dekat kulit walaupun beli mahal-mahal?

Korang ada pernah check cleanser korang atau cara korang cuci muka tak?

Keberkesanan produk kulit sebenarnya datang dari lapisan kulit yang bersih.

Jadi, jenis cleanser sangatlah memain peranan untuk memastikan kulit yang bersih dan bebas daripada kotoran yang boleh menghalang produk seperti serum, essence, ampoule, dan mask daripada meresap dengan baik ke dalam lapisan kulit.

Dengan begitu banyak pilihan cleanser kulit di pasaran, semua member manfaat yang berbeza. Jadi, mengetahui tentang jenis cleanser untuk kesemua jenis kulit dapat membantu untuk pilih cleanser yang betul menepati keperluan kulit.

Jadi, jom kita belajar tentang jenis cleanser yang wujud dalam dunia ni dan yang mana satu sesuai  untuk korang semua.

Baca: Cara mechanism cleanser berfungsi

Gel Cleanser

Gel cleanser mempunyai tekstur yang ringan dan menyejukkan. Gel cleanser direka untuk deep cleansing, dan sangat effective dalam membersih pori yang tersumbat, menghilangkan lebihan minyak dan sebum dan juga membunuh kuman penyebab bacteria kerana gel cleanser bersifat exfoliating dan antiseptic.

Sesuai untuk: Kulit jenis berminyak dan kombinasi, jerawat

Cream Cleanser

CeraVe Hydrating Facial Cleanser – RM 92.50

Cream cleanser pula bertekstur lebih berat dan creamy sebab cream cleanser mengandungi bahan pelembap dan takkan buatkan kulit rasa ketat dan kering. Cream cleanser juga dikenali sebagai “milk cleanser” atau “lotion cleanser” di Jepun dan Korea.

Sesuai untuk: kulit kering dan sensitif

Foam Cleanser

Foam cleanser ialah gel atau cream cleanser yang bertukar menjadi buih lembut dan gebu. Sangat popular di Jepun dan Korea, foam cleanser berfungsi sama seperi gel cleanser Cuma, tekstur gebu daripada buih foam cleanser itu akan membuatkan kulit lembut dan licin dan sangat berbeza jika menggunakan gel cleanser yang biasa.

Sesuai untuk: Kulit jenis berminyak dan kombinasi

Oil Cleanser

Bila korang dengar je oil cleanser mesti korang takut breakout kan? Sebab takut minyak buatkan pori tersumbat. Tetapi kebanyakan oil cleanser dah dicampur dengan bahan lain yang membuatkan oil cleanser larut dengan air. Jadi, kalau guna oil cleanser pun, ianya takkat meninggalkan lapisan minyak atas kulit.

Bukan itu sahaja, oil cleanser menggunakan method oil pulling yang akan memerangkap segala kotoran dan sebum ke dalam lapisan minyak dan menarik keluar segala kotoran daripada kulit sebab itulah oil cleanser kebanyakannya digunakan sebagai makeup remover – termasuklah makeup waterproof.

Oil cleanser juga takkan mengeringkan muka, malah melembapkan juga. Tapi kulit jenis berminyak dan jerawat juga boleh guna sebab oil cleanser takkan membuatkan kulit tersumbat. Oil cleanser juga amat popular dekat Korea sebagai salah satu cleanser dalam rutin double cleansing.

Sesuai untuk: semua jenis kulit

Clay Cleanser

Neogen Canadian Clay Pore Cleanser Special Kit – RM 79

Clay cleanser diperbuat daripada tanah liat seperti white kaoline, betonite ataupun tanah liat daripada debu gunung berapi. Trend ‘clay’ dalam semua produk penjagaan kulit menjadi trend di Korea pada tahun 2017/2018 yang sangat popular dalam menyedut segala kotoran dalam pori dan menyingkirkan masalah kulit berminyak dan juga menyedut blackhead yang degil.

Clay cleanser sangatlah berkesan untuk kulit berminyak dan kulit berjerawat kerana ciri-ciri tanah liat yang bersifat detoxifying dan purifying.

Sesuai untuk: kulit berminyak dan kombinasi, jerawat

Micellar Water Cleanser

Micellar water sangat popular sebagai makeup remover yang berfungsi dengan partikel Micelle yang kecil memerangkap kotoran seperti magnet. Dan yang paling bagusnya micellar water ni ialah, korang tak payah cuci balik pun dengan air.

Dan disebabkan bahan didalam micellar water ini sikit dan juga water based, micellar water famous dalam kalangan individu kulit jenis sensitif.

Micellar water juga terkenal dengan sumbangannya dalam method double cleanse nya yang selalu digandingkan dengan gel cleanser atau cream cleanser.

Sesuai untuk: kulit kering dan sensitif, berminyak

Powder Cleanser

Powder cleanser ni dia macam serbuk yang dilarutkan dengan air waktu nak guna, dan dia akan transform into creamy tekstur. Namun, powder cleanser ini sesuai untuk kulit berminyak atau kusam sebab, tesktur dia juga macam berbiji dan boleh dijadikan sebagai mild exfoliating cleanser.

Cleanser macam ni sangat sesuai kalau korang ada masalah kulit bertekstur dan kusam supaya tekstur cleanser yang berbiji tu akan exfoliate kulit sekaligus membersihkan kulit juga.

Sesuai untuk: kulit berminyak dan kusam

Bar Soap Cleanser

Mesti korang tak terfikir kan yang bar soap cleanser ni wujud. Macam sabun badan Fruitale je? Sebenarnya bar soap cleanser dah wujud lama dah cuma tak terkenal je dengan trend sekarang. Tapi sangat popular di Afrika yang gemar dengan African Black Soap yang diperbuat dengan kulit pisang tanduk, serbuk cocoa, minyak sawit dan shea butter yang terkenal dalam merawat masalah jerawat teruk.

Bukan dekat Afrika je tau, dekat Filipina pulak famous dengan papaya soap atau dekat Jepun, papaya soap dipanggil Kojic Acid Soap yang sangat sesuai untuk hyperpigmentation dan parut hitam.

Sabun macam ni sebenarnya banyak manfaat sebab dia dibuat dalam bentuk solid jadi dia tak memerlukan surfactant yang banyak dan juga tidak berbuih.

pH level bar soap pulak sangat rendah dan sangat sesuai untuk kulit jenis eczema dan berjerawat. Bahan bar soap yang sesuai dengan kulit berjerawat pulak ialah sulphur. Bunyi macam menyeramkan kan? Tapi sulphur yang digunakan ialah semulajadi yang akann membantu mengeringkan jerawat dengan cepat tetapi disebabkan pH level rendah, jadi kulit takkan mengering dan rasa ketat.

Sesuai untuk: semua jenis kulit

Cleansing Balm

Kalau bukan Korean Beauty cult yang buatkan cleansing balm ni famous siapa lagi. Cleansing balm ni fungsi dia sama macam oil cleanser cuma dia dalam bentuk balm yang semi-solid. Bila balm ni digeserkan ke atas permukaan kulit, dia terus cair dan bertukar jadi minyak. Sangat sesuai untuk double cleansing dan dijadikan makeup remover.

Sesuai untuk: kulit kering

Fuhhh. Banyak rupanya jenis cleanser ni. Pelbagai formula yang dibuat khas untuk jenis kulit dan masalah kulit korang. So lepasni takkan ada yang pening-pening pilih cleanser kan? Good luck korang~

Join the conversation

Search www.monoskin.co

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!