Use coupon code "WELCOME15" for first time customer and get 15% off! Dismiss
Ingredients

Moisturizer 101: Jenis-Jenis Moisturizer Dan Fungsi Untuk Setiap Jenis Kulit

Jom kita teruskan journey kita dalam memahami apa itu MOISTURIZER.

Ini adalah Part 2 Moisturizer 101, yang akan membincangkan tentang jenis-jenis, dan fungsi untuk setiap jenis kulit. Kalau korang tak baca lagi Part 1 tentang cara moisturizer berfungsi, dan kenapa korang WAJIB pakai moisturizer, boleh klik sini!

Okay, jom start. Macam biasa, relax, make some tea and get cozy. Because, harini kita keep everything sweet and simple untuk panjangkan lagi pengetahuan tentang pelembap.

Pelembap yang bagus bukan sekadar menambah lembapan pada kulit, ia juga menarik lembapan daripada udara kepada lapisan kulit supaya lembapan tahan lebih lama. Kenapa nak kena tahan lebih lama?

Kalau tak make sure lembapan tahan lama, sel kulit tak akan ada peluang untuk baiki barrier. Kenapa kena baiki barrier? Kerana, untuk memastikan kulit licin, lembut, tak cracked, scaly, mahupun berkedut.

Pelembap yang bagus mengandungi 3 jenis bahan pelembap yang powerful iaitu humectants, ceramide dan emollients.

Humectant

Humectant menarik air dan lembapan dari udara ke dalam kulit dan mengunci segala lembapan yang ada dalam kulit. Menjadikan lembapan tahan lebih lama dan mengelak daripada ianya cepat tersejat. Humectant sangat bagus untuk sesiapa yang tinggal di negara beriklim lembap sebab humectants berfungsi dengan cekap di sekitar udara yang lembap.

Bahan Utama Humectants?

  • Glycerin
  • Lactic acid
  • Urea
  • Hyaluronic acid
  • Alpha Hydroxy Acid

Siapa Boleh Pakai Humectant?

Humectant sesuai untuk kesemua jenis kulit. Humectant tak akan membuatkan kulit jenis berminyak menjadi lebih berminyak kerana ianya tidak menyebabkan sebum terhasil dan juga kerana kulit jenis berminyak, jerawat dan kombinasi lebih cenderung untuk elak gunakan product yang megandungi minyak, jadi humectants amat sesuai untuk menggantikan pelembap didalam skincare routine anda.

moisturizer humectant
Moisturizer daripada Monoskin ni mempunyai Glycerin sebagai humectant!

Jadi, humectants is a win-win untuk kesemua jenis kulit!

Emollients

Emollient berfungsi dengan mengisi ruangan kosong atau merekah dan scaly pada kulit kering yang kehilangan pelembap lipid. Emollient yang selalunya berasakan minyak dan juga air, mengisi ruang diatas lapisan kulit dan akan mebuatkan kulit licin dan lembut.

Bahan Utama Emollient?

  • Minyak tumbuhan (minyak kelapa, zaitun)
  • Shea butter
  • Cocoa butter
  • Petrolatum
  • Fatty acids (minyak dari sumber haiwan)
  • Mineral oil

Tetapi, sekarang ni tak banyak product yang gunakan mineral oil dan fatty acid daripada haiwan untuk kekalkan formula vegan didalam produk mereka.

Siapa Boleh Pakai Emollient?

Emollient sesuai dipakai oleh kulit yang kering terlampau, kulit matang dan eczema. Ini kerana, kulit yang kering selalunya mempunyai lapisan kulit yang merekah dan scaly. Jadi emollient akan melembutkan lapisan kulit merekah tersebut.

Krim ekzema terbaik yang mengandungi emollient. Source: Stylecaster

Tetapi, kulit jenis berminyak tak boleh pakai pelembap yang mengandungi emollient ya, sebab kebanyakan emollient ialah comedogenic iaitu boleh mengakibatkan pori tersumbat jika digunakan atas kulit yang cepat berminyak.

Sesetengah emollient juga dapat membantu kulit kering menghasilkan minyak semula jadi untuk ekstra lembapan, jadi kalau kulit jenis berminyak pakai pelembap berasaskan emollient mesti kulit jadi lagi melekit dan berminyak.

Ceramide

Ceramide bertindak sebagai ‘gam’ yang membantu lembapan tahan lama dalam kulit. Ceramide juga akan membantu menambah lembapan.

Bahan Utama Ceramide?

  • Ceramide

Siapa Yang Boleh Pakai Ceramide?

Ceramide sesuai untuk yang mempunyai kulit normal, kombinasi, sedikit kering dan juga kulit yang rosak seperti eczema.

Moisturizer dengan ceramide yang terbaik. Source: imanabdulrahim

Occlusives

Occlusives ialah pengunci lembapan. Sesuai untuk kulit lebih matang dan berkedut, occlusives akan membantu melembapkan kulit matang supaya kulit lebih lembut dan garisan kedut akan menjadi lembut, lalu kelama-lamaan akan hilang.

Tetapi selalunya occlusivees sesuai digunaka untuk badan kerana kulit badan bersifat lebih tebal daripada kulit muka. Kerana occlusives dijumpai dalam minyak-minyak tumbuhan, ianya boleh dikatakan sebagai pelembap berat (heavy moisturizer).

Bahan Utama Occlusives?

  • Minyak rose hip
  • Minyak avocado
  • Minyak hazelnut
  • Minyak badam

Siapa Boleh Pakai Occlusives?

Occlusives sesuai untuk kulit yang matang, dan dehidrasi. Sesuai juga untuk sesiapa yang tinggal di kawasan yang kurang lembap dan lebih kepada kering.

Okay, sekarang kita dah tahu banyak tentang moisturizer. Belum habis lagi tau! Nantikan pula part 3 untuk tahu tentang formula moisturizer dan cara untuk memilih moisturizer mengikut jenis kulit pulak!

2 Replies to “Moisturizer 101: Jenis-Jenis Moisturizer Dan Fungsi Untuk Setiap Jenis Kulit”

  1. Moisturizer 101: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Tentang Moisturizer

    […] sambungan Moisturizer 101 ni dalam part 2:  Jenis-jenis Moisturizer pulak. To be […]

  2. Moisturizer 101: Cara Untuk Memilih Moisturizer Yang Betul | MONOSKIN

    […] dan bincang tentang jenis moisturizer dalam part 1 dan 2 tentang jenis moisturizer dan cara moisturizer berfungsi. Sekarang kita mula dengan faktor kulit kita boleh jadi […]

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)