Use coupon code "WELCOME15" for first time customer and get 15% off! Dismiss
Acne

Segalanya tentang jerawat: 6 Jenis Jerawat, Gejala Dan Penyebab

Fasa akil baligh adalah satu proses yang harus dilalui oleh setiap manusia normal yang akan menginjak ke alam remaja kemudian terus ke alam dewasa. Perubahan hormon yang berlaku disebabkan proses ini menyebabkan seseorang mengalami transformasi fizikal.

Perubahan hormon ini mengukur tanda kematangan fizikal seseorang. Namun, yang paling tidak digemari oleh semua yang melalui fasa transformasi ini adalah masalah kulit wajah seperti jerawat.

Bermacam-macam nama diberikan kepada jerawat, ada yang dipanggil jerawat nasi ada pula yang dipanggil jerawat batu. Namun apa sebenarnya jerawat ?

Jerawat

Acne Vulgaris atau nama umumnya jerawat terhasil akibat daripada keradangan atau inflamasi tisu pada bahagian kelenjar minyak atau sebaceous/oil gland pada bahagian kulit manusia. Ianya merupakan satu penyakit yang berlaku pada unit pilasebaceous pada bahagian kulit.Pilasebaceous terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak. Jerawat jenis  acne vulgaris sering dialami oleh para remaja dan golongan awal 20-an.

Masalah jerawat pada tahap biasa dapat dirawat dengan penjagaan kulit wajah yang betul. Manakala masalah jerawat pada tahap serius pula memerlukan nasihat dan rawatan dari pihak dermatologis.

Klik: Punca Jerawat dan Cara Untuk Menanganinya

Jerawat adalah sejenis bintik atau benjolan pada permukaan kulit. Terdapat dua jenis jerawat yang pertama adalah jerawat tanpa radang kulit seperti blackhead dan whitehead. Jenis jerawat yang kedua pula jerawat berserta radang kulit dan bernanah, misalnya jerawat batu.

Info yang diketahui ramai, apabila liang pori tersumbat dengan sebum (minyak semulajadi yang dihasilkan oleh badan), sel kulit mati dan bakteria boleh menyebabkan permukaan kulit membengkak dan menghasilkan jerawat.

Namun, mengapa terdapat beberapa jenis jerawat yang berbeza? Mari kita fahami jenis-jenis jerawat satu per satu bermula dengan jerawat tanpa radang kulit iaitu bintik putih (whitehead) dan bintik hitam (blackhead).

peringkat jerawat daripada bawah kulit (credit: Exposed Skincare)

WHITEHEAD & BLACKHEAD

Sekiranya sebum atau kotoran seperti debu dan sisa mekap yang menyebabkan liang pori tersumbat dan tidak menyebabkan keradangan ianya digelar sebagai (whitehead) bintik putih. 

Tetapi apabila bintik putih ini terdedah kepada udara ianya akan bertukar warna menjadi gelap dan menghasilkan bintik hitam ataupun blackhead. Walaupun kelihatan seperti tersumbat dengan kotoran kerana warnanya yang gelap tetapi sebenarnya liang pori tersebut dipenuhi dengan kuman dan sebum.

PAPULES

Jerawat jenis papules

Kemudian kita beralih pula kepada jerawat yang menyebabkan keradangan. Terdapat empat jenis jerawat yang berserta radang dan bernanah seperti papules, pastules, nodules dan juga cystic lesions yang juga digelar sebagai cyst.

Apakah jerawat papules? Papules ada sejenis keadaan terdapat benjolan berwarna merah di permukaan kulit. Saiznya pula tidak tetap, ada yang besar ada juga yang kecil. Papules mengakibatkan dinding folikel rambut atau yang sering kita panggil liang roma, pecah. Ini membolehkan serpihan dan bakteria selular tumpah ke bahagian dermis (lapisan kulit paling dalam).

Kebocoran di dinding liang roma berlaku apabila folikel menjadi tersumbat bersama dengan sel-sel kulit mati dan minyak. Tekanan dari memicit bintik hitam atau pori-pori tersekat juga boleh menyebabkan dinding folikal rambut pecah.

Tidak kira apa pun yang menyebabkan kebocoran ini, ia mencetuskan keradangan di dalam dan di sekitar folikel. Kawasan ini bertukar menjadi merah dan membengkak, menjadikan benjolan merah itu tegang yang kita sebut sebagai jerawat.

PUSTULES

Jerawat jenis pustules

Jerawat pustules pula jerawat yang “dikenali ramai” ciri-cirinya merah meradang dan ada bahagian kepalanya tersembul yang berwarna putih atau putih kekuningan. Kadang-kadang terdapat warna kuning kecoklatan yang boleh dilihat di tengah-tengah kepala cela. Ini adalah inti comedonal, atau serpihan dinding dalam liang.

Punca jerawat pastules adalah daripada jerawat papules. Bahagian putih kekuningan itu sebenarnya hasil gabungan sebum, sel kulit mati dan nanah. Apabila badan mengesan terdapat kebocoran pada dinding folikal, ianya bergegas menghantar sel darah putih untuk melawan bakteria dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. Maka terhasillah jerawat bernanah.

NODULES

Jerawat jenis nodules

Tahap jerawat yang lebih serius adalah jerawat nodules. Saiznya yang lebih besar dan kelihatan lebih meradang berbanding jerawat biasa. Jerawat pastules dan papules terbentuk di bahagian permukaan kulit tetapi jerawat nodules pula terbentuk jauh di bahagian dalam kulit.

Jika disentuh dengan tangan, anda akan merasakan jerawat nodules ini keras dan lebih menyakitkan berbanding jerawat biasa. Masalah jerawat nodules ini juga bernanah namun anda mungkin tidak akan perasan dengan bahagian kepalanya kerana jerawat ini terbenam jauh di dalam kulit.

CYST

jerawat batu
Jerawat cystic

Jerawat cystic pula ialah jerawat batu, yang jauh lebih serious berbanding nodules. Jerawat ini saiznya sangat besar berbanding jerawat biasa. Apabila disentuh dengan tangan, anda akan dapati bahwa jerawat cyst ini adalah benjolan lembut yang berisi dengan air .

Seperti nodules, jerawat cyst bermula dengan kebocoran yang mendalam pada dinding folikel. Membran membesar di sekitar jangkitan pada bahagian dermis, kerana badan cuba melawan jangkitan dan melindungi seluruh kulit. Oleh kerana jerawat cyst akan bergerak ke bahagian permukaan kulit, ia merosakkan tisu kulit yang sihat dan turut memusnahkan folikel. Kemungkinan untuk mengalami masalah parut jerawat adalah sangat tinggi.

Jerawat cyst ini kebiasaannya dipenuhi dengan nanah dan darah. Jangan sesekali rawat masalah jerawat ini sendiri kerana anda memerlukan bantuan seorang dermatologis atau pakar kulit.

One Reply to “Segalanya tentang jerawat: 6 Jenis Jerawat, Gejala Dan Penyebab”

  1. Jerawat Batu: Segalanya Yang Anda Perlukan Dalam 7 Langkah Untuk Merawat Jerawat Batu Mengikut Pakar Kulit

    […] pakar kulit yang kami ikuti dan membuat kajian di Google, jerawat batu atau nama glamour-nya ialah Cystic Acne, adalah jerawat yang paling teruk daripada jenis jerawat yang lain. Walaupun cara perawatannya yang […]

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)