Acne
Posted in

4 Krim Jerawat Paling Magic

4 Krim Jerawat Paling Magic 1
Posted in

Jerawat ni, kalau tiba-tiba timbul, memang rasa tak best kan?

Ramai yang sudah tahu tentang cara yang paling baik untuk hilangkan masalah jerawat pada kulit wajah.

Antaranya adalah mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.

Makanan berlemak dan berminyak contohnya boleh memburukkan lagi masalah kulit berjerawat.

Sebaliknya amalkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih sihat dan berseri.

Selain daripada itu, ada juga yang menganggap bahawa menjaga kebersihan adalah kunci utama untuk rawat jerawat.

Misalnya, tukar sarung bantal tidur anda dengan kerap untuk mengelakkan penyebaran bakteria pada jerawat anda.

4 Krim Jerawat Paling Magic 2

Namun apakah yang patut anda lakukan ketika jerawat mula muncul pada kulit wajah anda?

Pernahkah anda terfikit tentang krim jerawat yang berkesan untuk merawat jerawat dengan lebih pantas?

Krim jerawat ataupun spot treatment sebenarnya sangat berguna untuk masalah jerawat.

Antara manfaatnya adalah krim jerawat mampu mempercepatkan proses pemulihan untuk menyihatkan kembali permukaan kulit yang terkena jerawat.

Selain itu, krim jerawat juga boleh mengecutkan jerawat yang radang dengan lebih cepat.

Di samping kesemua kebaikan krim jerawat tersebut, ianya juga mampu mengelak parut jerawat daripada terbentuk. A

pakah krim jerawat yang paling berkesan dan magic di drugstore sekarang? Pastinya ini yang ada di dalam fikiran anda sekarang.

Terdapat pelbagai jenama dan jenis krim jerawat di pasaran. Krim jerawat terdapat dalam bentuk losyen dan gel. Ikuti senarai dibawah untuk mengetahui krim jerawat yang paling berkesan untuk hilangkan jerawat pada kulit wajah anda.

Monoskin Bioplant Series Fast Acne Corrector

4 Krim Jerawat Paling Magic 3
Beli Monoskin Bioplant Acne Fast Corrector disini

Produk daripada Monoskin ini amat bagus dan sesuai untuk kulit sensitif kerana ianya tidak akan memedihkan kulit dan meradangkan jerawat anda. Produk jerawat Monoskin ini juga tidak mempunyai bahan yang akan mengeringkan dan menyebabkan kulit flaky.

Ianya diformulasikan dengan kombinasi bahan efektif yang berkesan menentang kesemua simptom jerawat tanpa mengeringkan kulit mahupun menyebabkan kulit berminyak.

Bahan-bahan yang digunakan didalam spot treatment ini ialah ekstrak blackcurrent dan raspberi.

Produk ini juga mengandungi lactic acid untuk menghakis permukaan sel kulit mati dengan lembut tanpa menyakitkan jerawat. Krim jerawat ini juga mempunyai kemasan matte yang akan menghilangkan kesan kilauan pada wajah berminyak.

Eucerin Pro Acne Solution AI Clearing Treatment

4 Krim Jerawat Paling Magic 4
Eucerin Pro Acne Solution AI Clearing Treatment

Produk dari syarikat ternama Eucerin ini direka khas untuk membersihkan liang pori, mengelakkan pertumbuhan jerawat di samping mengekalkan kelembapan kulit wajah.

Ianya bukan saja boleh digunakan sebagai krim jerawat malah juga sesuai digunakan sebagai pelembab untuk jenis kulit berminyak.

Produk Eucerin ini terdiri daripada bahan-bahan hebat seperti 10% Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu  AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat.

Selain itu ianya juga mengandungi Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah.

Dexpanthenol juga antara bahan kandungan yang ada dalam produk dari Eucerin ini.

Dexpanthenol yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah. Manfaat yang diberikan termasuklah meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pendedahan pencemaran udara sekeliling.

Oxy Pimple Medication

4 Krim Jerawat Paling Magic 5
Oxy Pimple Medication Regular and Maximum

Terdapat 3 jenis krim jerawat dari keluaran jenama Oxy, antaranya adalah Oxy 5 Pimple Medication, Oxy 10 Pimple Medication, dan juga Oxy Cover Acne Pimple Medication.

Oxy 10 dan Oxy Cover khusus untuk digunakan pada jerawat degil. Jika anda mempunyai masalah jerawat biasa, cukup sekadar menggunakan Oxy 5 untuk hilangkan jerawat anda.

Menggunakan Benzoyl Peroxide sebagai bahan aktif, produk daripada Oxy ini mampu membunuh bakteria di atas permukaan kulit berjerawat serta bakteria di dalam liang pori.

Selain itu, produk ini juga mampu mengeringkan minyak (sebum) berlebihan supaya tidak menyebabkan liang pori tersumbat.

Hasilnya, produk berjenama Oxy ini mampu juga mencegah pertumbuhan jerawat yang baru.

Teksturnya tidak berminyak dan tidak berbau, sesuai untuk digunakan untuk yang tidak suka bau ubat-ubatan yang menusuk hidung. Sapukan saja pada jerawat anda 1-2 kali sehari untuk hilangkan jerawat dengan segera.

Tidact Gel 1%

4 Krim Jerawat Paling Magic 6
Tidact Gel 1%

Krim jerawat mampu milik ini juga tidak kurang hebatnya. Bahan kandungan produk Tidact ini termasuklah 1% Clindamycin Phosphate,Isopropyl Alcohol, Propyl Paraben dan juga Methyl Paraben.

Bahan-bahan inilah yang bertindak sebagai penghalang penyebaran bakteria jerawat Propionibacterium. Teksturnya ringan seperti gel dan sangat mudah digunakan. Sapukan saja selepas anda bersihkan muka pada waktu malam dan biarkan Tidact merawat kulit wajah anda semalaman.

Demikianlah antara krim jerawat terbaik yang boleh anda gunakan untuk hilangkan jerawat anda. Pastikan anda tidak terlalu bergantung dengan krim jerawat dan amalkan gaya hidup yang lebih sihat tanpa tekanan.

Di samping itu, jaga kebersihan diri anda sebaiknya seiring dengan penggunaan produk penjagaan kulit wajah yang sesuai untuk jenis kulit dan masalah kulit anda juga turut sama membantu.

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)