Acne

Mengapa Kulit Berminyak Boleh Menyebabkan Jerawat?

Kulit bermiyak ialah salah satu penyebab jerawat. Tapi mesti korang pening kepala nak selesaikan masalah kulit berminyak ni kan? Tapi sebelum itu, korang kena tahu tentang bagaimana kulit berminyak boleh terjadi, macam mana minyak boleh menyebabkan jerawat dan jugak barulah boleh fikir cara nak hilangkan minyak dekat kulit. 

Minyak yang terjadi dekat kulit tu sebenarnya dipanggil sebum, yang bertugas sebagai lapisan minyak dan wax yang membantu mengekalkan skin barrier kulit, hidrasi dan juga melindungi kulit daripada mengering. 

Ok jom kita mulakan!

Bagaimana Kulit Berminyak Terjadi?

kulit berminyak

Sebelum itu! Minyak yang terhasil dekat kulit sebenarnya bukanlah benda yang buruk tau. Minyak yang terjadi dekat kulit tu sebenarnya dipanggil sebum, yang bertugas sebagai lapisan minyak dan wax yang membantu mengekalkan skin barrier kulit, hidrasi dan juga melindungi kulit daripada mengering. 

Tetapi, kalau sebum terhasil secara melampau, kulit akan menjadi terlebih berminyak, kusam dan jugak pori akan menjadi besar, dan tersumbat. 

Jadi, macam mana sebum boleh terhasil secara berlebihan? Ini kerana sebaceous gland yang menghasilkan minyak didalam kulit menjadi terlalu aktif disebabkan perubahan hormon, lalu menyebabkan kulit menjadi berminyak dengan ekstra. 

Selain itu, ada juga beberapa sebab kenapa kulit boleh menjadi berminyak:

  • Stress
  • Pengambilan ubat-ubatan hormon
  • Menggunakan produk yang bukan untuk jenis kulit sendiri
  • Menggunakan gajet penjagaan wajah yang tidak sepatutnya
  • Perubahan cuaca

Apa Kaitan Minyak Dengan Jerawat Pula?

Apabila sebum berkumpul pada satu tempat di atas kulit, ianya akan memerangkap segala kotoran dan radikal bebas ke dalam kulit. Dan ketika inilah bakteria P.Acnes membiak di atas kulit dan menyebabkan jerawat. Blackhead dan whitehead pun sama tau. Sebab, blackhead dan whitehead ialah jenis jerawat juga. 

Baca: Jenis-jenis jerawat dan cara merawatnya

Cara-Cara Mengenalpasti Kulit Berminyak

Kalau nak tahu rupa kulit berminyak, cuba check muka depan cermin dan tengok kalau kulit korang ada ciri-ciri dekat bawah ini:

rupa kulit berminyak
  • Kulit kelihatan berkilau 
  • Pori-pori di sekitar kawasan berminyak kelihatan besar
  • Kulit kelihatan tebal dan kasar
  • Kerap muncul jerawat
  • Pori tersumbat dengan whitehead dan blackhead
  • Kulit muka menjadi kusam 

Cara-Cara Mengilangkan Minyak Pada Muka

Pernah tak korang guna produk yang claimed boleh hilangkan minyak, tapi kulit masih berminyak? Ini sebenarnya sebab kulit berminyak yang susah hilang disebabkan oleh perubahan hormon. Sebab itulah sesetengah individu mempunyai kulit berminyak yang susah untuk hilang. Dan juga ada pula yang  senang untuk mengawal minyak pada kulit. 

Ini semua bergantung kepada hormon sesetengah indiviu. Jadi, korang sebenarnya tak boleh menghilangkan minyak 100% tetapi korang boleh mengawal penghasilan minyak  dengan mengamalkan skincare routine yang betul dan konsisten bersama dengan produk yang khas untuk kulit berminyak. 

Dengan mengawal minyak pada kulit, ianya juga menghalang bakteria P.acnes membiak supaya kulit pun terhindar daripada jerawat.

Tips Skincare Untuk Mengawal Minyak Pada Kulit

Okay, sekarang dah tahu serba sedikit tentang bagaimana kulit boleh menjadi berminyak dan juga macam mana kulit berminyak boleh mendatangkan jerawat, jom kita bincang pula skincare routine yang tepat untuk mengawal minyak pada kulit. 

Double Cleansing dan Acids: 

Amalkan kaedah mencuci muka double cleansing dengan produk bebas minyak dan foamy cleanser. Produk yang bebas minyak akan mengehadkan penghasilan minyak pada kulit manakala cleanser jenis foam akan membersihkan kulit secara mendalam dan menghilangkan ekstra sebum pada kulit. 

Namun kalau korang ada jerawat, foamy cleanser mungkin sedikit harsh pada kulit yang menyebabkan sensitiviti dan kering. Jadi cleanser jenis gel dan gel-krim sangat sesuai untuk anda. 

monoskin cleanser untuk kulit berminyak
Cleanser jenis gel-krim terbaik untuk kulit berminyak, berjerawat dan sensitif.

Cleanser yang mempunyai acids (AHA & BHA)  juga sangat membantu untuk exfoliate sel kulit mati dan juga menghapuskan minyak dan sebum ekstra pada kulit dengan dengan lembut tanpa menyebabkan kulit kering dan sensitif. Acids juga membantu dalam merawat jawat dan juga menghalang pembentukan jerawat.  

Baca: Cleanser terbaik untuk kulit berminyak

Gunakan refreshing toner sebelum hydrating toner

Refreshing toner akan membantu menghilangkan kesan kotoran dan minyak yang cleanser tak dapat hilangkan. Selepas itu barulah gunakan hydrating toner untuk mengembalikan kadar pH yang betul pada kulit dan membaiki skin barrier. 

monoskin toner untuk kulit berminyak
Toner refreshing dan hydrating 2 dalam 1

Bawa blotting paper kemana saja korang pergi

Kalau korang jenis kulit yang sentiasa berminyak tak kira waktu, gunakan blotting paper untuk menyerap minyak pada kulit. Blotting paper juga sangat membantu kalau makeup korang berminyak tau!

Amalkan mask untuk kulit berminyak

Mask yang paling sesuai untuk mengawal minyak pada kulit ialah mask yang mempunyai kuasa detoks yang akan menyedut segala kotoran dan sebum pada pori-pori ialah mud mask, clay mask dan juga acids peeling mask. 

Pastikan pakai makeup bebas minyak

Makeup yang sesuai untuk kulit berminyak ialah jenis yang bebas minyak dan juga yang berformula mattifying. Selain itu, jangan lupa set kan makeup dengan setting spray jenis mattifying supaya makeup takkan berminyak dan cakey tau!

Jadi ingat ya, cara sebenar untuk deal dengan kulit berminyak ni sebenarnya dengan menggunakan produk yang mengawal penghasilan kulit berminyak dan juga produk yang menghalang pembiakan bakteria penyebab jerawat. 

Join the conversation

Search www.monoskin.co

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!