Use coupon code "WELCOME15" for first time customer and get 15% off! Dismiss
Lifehack

Kulit Kusam: Punca Serta Cara Merawat Kulit Tidak Bermaya

kulit kusam

Masalah kulit kusam adalah salah satu masalah kulit utama yang dihadapi oleh ramai wanita di Malaysia. Oleh itu, terdapat banyak produk-produk untuk kulit kusam ada di pasaran.

Ada yang menyatakan di antara punca utamanya adalah disebabkan oleh cuaca panas dan lembab yang berlaku sepanjang tahun di negara ini.

Sudah tentu tiada siapa yang mahukan kulit kusam kerana ia membuatkan wajah tampak gelap dan tidak bermaya.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui punca utama berlakunya kulit kusam serta cara-cara untuk merawat kulit kusam.

Punca Kulit Kusam

1.  Penuaan

kulit kusam

Antara sebab kulit kusam ialah apabila usia mula lanjut, kebolehan kulit untuk memperbaharui sel baru juga mula merosot. Ini akan menyebabkan muka dipenuhi sel-sel kulit mati.

Disebabkan itu, kulit yang dulunya berseri dan nampak bermaya kini semakin kusam dan tidak berseri.

2.  Sel-sel kulit mati terkumpul

kulit kusam

Ini berlaku apabila seseorang itu tidak membersihkan muka dengan betul, seterusnya mengakibatkan sel-sel kulit mati terkumpul dan kelihatan kusam.

3.  Kulit kering

kulit kusam

Apabila mempunyai jenis kulit ini atau terhidrasi, kulit akan kering dan menyebabkan kulit kusam.

4.  Stres

kulit kusam

Stres boleh menyebabkan kesan kepada diri termasuk pada kulit muka.

Faktor tekanan boleh mempercepatkan proses penuaan kulit hinggalah menyebabkan ia kelihatan kusam.

5.  Tidak cukup lembab

kulit kusam

Apabila anda tidak minum air yang mencukupi dan tidak menggunakan moisturiser, ini juga akan menyebabkan kulit anda kelihatan tidak bermaya.

6.  Tidak mengamalkan pengelupasan (exfoliation)

kulit kusam

Walaupun anda sudah menggunakan pencuci muka, ini masih belum mencukupi. Kulit anda masih akan mempunyai lapisan kulit mati, jadi anda perlu melakukan pengelupasan.

7.  Tidak tidur dengan cukup

kulit kusam

Apabila anda tidur dan mendapat rehat yang cukup, kulit akan segar dan sel-sel kulit boleh diperbaharui dengan baik.

8.  Guna produk yang salah

kulit kusam

Apabila anda menggunakan produk yang salah atau tidak bersesuaian dengan masalah kulit yang anda hadapi, ini boleh menyebabkan kulit anda menjadi kusam.

Kulit kusam mungkin akan kelihatan lain berdasarkan jenis jenis kulit. Jika anda ingin tahu kalau anda mempunyai ciri ciri kulit kusam, teruskan membaca:

  • Kulit kering: kulit terasa ketat dan timbul dry patch, kulit tegang hingga timbul garis di beberapa kawasan, pori hampir tidak kelihatan.
  • Kulit berminyak: kulit terlalu berminyak di kawasan T-zone, kulit kelihatan lebih gelap, dan pori kelihatan besar dari biasa.
  • Kulit normal: kulit tidak lagi anjal dan menjadi kering, kulit akan kelihatan gelap dari biasa.

Cara Menghilangkan Kulit Kusam

1.  Berdisiplin dalam penjagaan kulit

Ilmu penjagaan kulit adalah penting walaupun anda menggunakan pelbagai jenis produk.

Anda tidak perlu menghabiskan banyak duit untuk merawat kulit kusam sekiranya anda berdisiplin menjaga kulit setiap hari.

Pastikan anda sudah mahir dan kukuh dalam langkah asas iaitu pencuci muka, moisturiser, dan sunscreen. Pastikan anda tidak skip sunscreen atau semuanya sia sia.

2.  Tidak lupa untuk exfoliate

Langkah ini penting dalam memastikan kulit anda betul-betul bersih. Namun jangan terlalu kerap kerana mungkin boleh rosakkan kulit. Cukuplah sekali ke dua kali seminggu sahaja.

3.  Penghidratan adalah penting

Ini adalah antara tip yang paling penting dengan memastikan kulit lembab. Pakailah moisturiser yang bersesuaian dengan kulit anda dan lihatlah perbezaannya!

4. Elak guna produk berbahaya

Elakkan menggunakan produk timbang kilo yang boleh membuatkan anda seputih kapas dalam dua hari.

Ini kerana kebanyakan produk ini mengandungi bahan-bahan beracun seperti logam merkuri, hydroquinone, tretinoin, niacinamide dan sebagainya dan tidak mendapat kelulusan KKM.

Demikian adalah beberapa tips untuk membantu anda merawat kulit kusam dengan berkesan.

Produk Skincare Terbaik Daripada Monoskin

Jika anda sedang mencari produk skincare terbaik, anda boleh mendapatkannya daripada Monoskin.

1.  Pencuci muka

Pencuci muka adalah antara produk yang terpenting dalam penjagaan kulit muka. Ini kerana ia merupakan asas kepada asas dalam produk gunaan harian.

kulit kusam

Di antara ciri-cri pencuci muka yang baik ialah ianya menggunakan bahan yang lembut dan tidak menyebabkan iritasi.

Contoh produk dengan kualiti ini ialah Monoskin Clear Skin Purifying Cleanser.

Di antara bahan aktif dalam produk ini ialah Japanese Knotweed Extract yang boleh membasmi jerawat dari akar, mengurangkan sebum, mencegah pori tersumbat dan mengurangkan keradangan kulit.

Selain itu, Punica Granatum Extract yang boleh memudarkan parut jerawat, membuat kulit kelihatan bersinar, melambatkan proses penuaan dan membuatkan kulit kelihatan sekata.

Seterusnya, Physcomitrella Patens Moss Cell Extract yang mengandungi mekanisma anti penuaan, dapat meningkatkan kelembapan kulit dan membuatkan kulit kelihatan sempurna tanpa cela sehingga ke dasar.

Selain itu, Patented Highlighter Peptide boleh meningkatkan kecantikan kulit semula jadi dengan menggilap kulit anda secara lembut.

2.  Toner

Terdapat pelbagai jenis toner yang boleh dijumpai di pasaran. Di antara beberapa jenis toner yang biasa dilihat ialah exfoliating, hydrating, dan jenis astringent.

Jika anda sedang mencari toner terbaik, mungkin anda patut pertimbangkan toner exfoliating yang juga boleh melembabkan kulit.

kulit kusam

Lebih hebat jika semuanya dalam satu seperti Monoskin Natural Toner yang lembut pada kulit.

Ia boleh membantu mencegah breakout, mengecilkan pori, membuatkan kulit kelihatan bersinar dan melembabkan kulit.

Di antara bahan aktif di dalam Monoskin Natural Toner ialah ekstrak Physcomitrella Patens Moss Cell, Patented Highlighter Peptide, ekstrak jus aloe vera dan ekstrak cendawan.

Semua bahan ini boleh mencegah penuaan, meningkatkan kelembapan kulit, membersihkan kulit secara mendalam, mencegah kuman, memcepatkan proses pemulihan parut dan mengecilkan pori.

3.  Moisturiser

kulit kusam

Moisturiser adalah amat penting dalam melembapkan kulit. Oleh itu, di antara moisturiser terbaik yang anda patut cuba ialah Monoskin Moisturizer With Glow Effect.

Produk yang tidak berminyak ini boleh meningkatkan kelembapan dan mencerahkan kulit anda dengan efektif kerana ia mengandungi beberapa bahan aktif yang hebat.

Di antaranya ialah ekstrak Japanese Knotweed, ekstrak sel Physcomitrella patens moss, a-crystallin peptide, dan jus aloe vera yang boleh membantu menyekatakan tekstur kulit.

Ia juga boleh mengecilkan pori dan mengukuhkan kelembapan kulit untuk mengelakkan daripada terhidrasi. Produk ini juga boleh mencegah jerawat tanpa menyebabkan keradangan.

Jika anda berminat untuk lebih tahu tentang produk Monoskin, anda patut pertimbangkan kerana ia berasaskan tumbuhan. Produk ini juga lembut pada kulit dan juga sesuai untuk kulit sensitif.

Produk Monoskin juga telah melalui proses kajian saintifik yang mendalam dan sudah tentunya sangat boleh dipercayai kerana mempunyai pelbagai manfaat dan kebaikan.

Monoskin akan membantu para pelanggan dengan membimbing berkenaan penyelesaian masalah kulit dan cara pemakanan yang betul untuk mencapai kulit yang bersih, sihat, dan tidak kusam.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh melayari website mereka dan mulakan langkah untuk mencapai kulit sihat yang anda idamkan.

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)