Ingredients

Moisturizer 101: Panduan Lengkap Tentang Moisturizer Terbaik Untuk Anda

Moisturizer 101: Panduan Lengkap Tentang Moisturizer Terbaik Untuk Anda 1

Ada ke moisturizer terbaik?

Kalau korang seorang skincare enthusiast, mesti dah tahu kan apa sebenarnya moisturizer ni, dan basically how moisturizer works? Okay, dalam blog post kali ni kita nak cerita macam mana moisturizer tu berfungsi dan apa yang buatkan moisturizer tu penting.

Artikel harini ialah Moisturizer 101 Part 1 daripada 3 (Jenis moisturizer, cara memilih moisturizer mengikut kulit)

Sit back, relax, grab some…. sheet mask, jom start.

moisturizing sheet mask

Korang mesti selalu dengar kawan-kawan yang aware dengan skincare do’s and don’t’s selalu nasihat dan bebel suruh pakai moisturizer kan. Dalam iklan skincare pun selalu pesan suruh jangan tinggal moisturizer. Macam iklan Hada Labo moisturizer yang selalu agungkan kulit lembap ‘toink toink’.

Tapi sejauh mana kepentingan moisturizer ni? Takpayah pun takpe kot…

Apa Itu Moisturizer?

“moisturizer

/ˈmɔɪstʃərʌɪzə/

noun: a cosmetic preparation used to prevent dryness in the skin. “

Secara generalnya moisturizer ialah satu bahan pelembap luaran yang digunakan keatas kulit untuk mengelakkan kulit daripada kering dan dehidrasi.

Sebum, iaitu “pelembap” semulajadi yang dihasilkan oleh kulit kita sendiri. Sebum sebenarnya bertindak sebagai pelembap yang memelihara kulit supaya kekal terhidrat. Jika kulit kurang menghasilkan sebum, kulit akan mengering dan permukaan kulit akan menjadi kasar.

kulit kasar kerana kurang moisturizer
Kulit yang kering dan cracked kerana kurang lembapan dan air didalam lapisan kulit

Ketika inilah moisturizer comes to the rescue!

Bukan itu sahaja tau, moisturizer juga membantu menghalang kulit sensitif daripada teriritasi, memperbaiki tona tidak sekata dan tekstur kulit dan juga membantu mengurangkan penampilan bintik hitam dan parut.

Kebanyakan moisturizer di pasaran mengandungi pelbagai manfaat kulit yang lain seperti antioxidants, sunscreen protection, anti-aging, kuasa pencerahan, dan ada juga yang mempunyai rawatan jerawat.

Bagaimana Cara Moisturizer Berfungsi Pada Kulit?

Kulit menjadi kering kerana air dan lembapan dalam lapisan kulit tersejat. Moisturizer menghidrat semula permukaan kulit paling atas dan mengunci lembapan tersebut didalam air didalam lapisan kulit dan mengurangkan berlakunya proses penyejatan.

Memakai moisturizer akan meningkatkan kadar lembapan corneum kulit (lapisan kulit paling luar), dan akan menghalang kulit daripada mengering.

Stratum corneum (lapisan kulit) mengandungi lelemak, minyak dan sel kulit yang membantu mengunci lembapan didalam kulit.

Jadi, untuk mengimbangi kadar lembapan kulit supaya tidak terlebih moisturised, korang boleh lah guna pelembap yang mengandungi lelemak (peptide. e.g: ceramide) dan minyak jenis non-comedogenic yang tak akan menyumbat pori seperti rosehip oil, argan oil dan jojoba oil.

Apa Yang Ada Dalam Moisturizer?

Moisturizer terdiri daripada humectants dan emollients. Emollients melembutkan dan meratakan kulit manakala humectants pula mengunci lembapan dalam kulit supaya kulit kekal lembap dalam masa yang panjang.

Humectants

Humectant ialah satu compound yang menarik air daripada udara untuk diserap ke dalam kulit supaya kulit kekal lembap lebih lama.

Moisturizer 101: Panduan Lengkap Tentang Moisturizer Terbaik Untuk Anda 2
Lembapan dalam kulit melalui proses penyejatan dan moisturizer yang mengandungi humectant menraik semula lembapan ke dalam lapisan kulit

Contoh bahan humectants ialah hyaluronic acid, Alpha Hydroxy Acid, Glycerin, Ceramide.

Emollient

Emollient ialah bahan yang melembutkan dan menenangkan kulit kasar kering dan flakey. Apabila lapisan atas kulit mengandungi kurang air, ia akan menjadi kering dan merekah dan mengelupas. Emollient inilah yang membantu melembutkan kulit dengan mengisi ruang-ruang kulit yang merekah dengan bahan lelemak.

Emollient and moisturizer fixing cracked skin
Cara emollient mengisi ruang merekah pada kulit untuk melembutkan permukaan kulit

Salah satu emollient ialah lipid Kalau korang ada kulit yang kering sangat, eczema atau psoriasis, moisturizer yang mengandungi emollient amat membantu!

Bagaimanakah Cara Untuk Tahu Kita Perlukan Moisturizer?

Semua jenis kulit, tak kira lah flawless atau tidak, perlukan moisturizer. Walaupun bukan untuk tujan melembap, tapi untuk tujuan mengelakkan terjadinya premature aging macam kedutan dekat bawah dan tepi mata, garisan senyum, dan kedutan halus dekat dahi.

Bukan itu sahaja, tangan dengan leher ialah tempat yang paling awal untuk kesan penuaan tau. ha.. jaga-jaga.

Sebab moisturizer yang terserap akan membaiki tekstur kulit dan menguatkan lapisan kulit supaya kulit tak mudah jadi berkedut dan sentiasa anjal.

Tetapi, ada peraturan ya. Tak semua jenis kulit sesuai untuk random moisturizer. Kita kena pakai produk dengan ingredients yang sesuai dengan keperluan dan jenis kulit kita sendiri.

Moisturizer untuk kulit kering:

  • Moisturizer yang sesuai ialah jenis heavy moisturizer yang jenis krim.
  • Pilih moisturizer yang ada mengandungi bahan extra macam peptide, lipids ataupun lebih daripada satu jenis humectants.

Moisturizer untuk kulit berminyak:

  • Kulit jenis berminyak sesuai pakai moisturizer jenis gel atau liquid yang ringan dan cepat menyerap dan tak meninggalkan kesan lekit atas kulit.
  • Kulit jenisberminyak sesuai gunakan moisturizer yang tak mengandungi banyak bahan-bahan. Cukup sekadar satu bahan asas supaya tak tinggalkan kesan melekit dan berminyak dekat kulit.

Baca: Cara Kunci Hidrasi Untuk Hilangkan Jerawat

Moisturizer 101: Panduan Lengkap Tentang Moisturizer Terbaik Untuk Anda 4

Kesimpulannya, moisturizer ni sebenarnya melindungi kulit dengan cara menambah lembapan pada lapisan kulit dan menguatkan skin barrier supaya lembapan kekal terkunci.

Secara dasarnya, dengan lapisan kulit yang sihat, dengan kadar lembapan yang seimbang, barulah segala produk serum atau treatment yang lain boleh menyerap dengan senang dan macam tu lah produk lain boleh jadi lagi berkesan.

Nantikan sambungan Moisturizer 101 ni dalam part 2:  Jenis-jenis Moisturizer pulak. To be continued…

Moisturizer 101: Panduan Lengkap Tentang Moisturizer Terbaik Untuk Anda 5

4 Replies to “Moisturizer 101: Panduan Lengkap Tentang Moisturizer Terbaik Untuk Anda”

  1. Moisturizer 101: Jenis-Jenis Moisturizer Dan Fungsi Untuk Setiap Jenis Kulit | MONOSKIN

    […] Ini adalah Part 2 Moisturizer 101, yang akan membincangkan tentang jenis-jenis, dan fungsi untuk setiap jenis kulit. Kalau korang tak baca lagi Part 1 tentang cara moisturizer berfungsi, dan kenapa korang WAJIB pakai moisturizer, boleh klik sini! […]

  2. Moisturizer 101: Cara Untuk Memilih Moisturizer Yang Betul | MONOSKIN

    […] dan bincang tentang jenis moisturizer dalam part 1 dan 2 tentang jenis moisturizer dan cara moisturizer berfungsi. Sekarang kita mula dengan faktor kulit kita boleh jadi kering.Kulitmenghasilkan minyak atau sebum […]

  3. Farahin Jame

    I suffer of fungal acne…please help me to choose suitable skincare product

    1. admin

      Hi Farahin,

      Acne can cause by many things – excessive clogs, bacterial, sebum production – many others. Monoskin are developed to specifically treat acne. You might want to give us a try – for a basis skincare routine, I may suggest you to try our Acne Treatment kit. Here’s the link : https://www.monoskin.co/product/monoskin-bioplant-series-kit/ If you need further help, let me know.

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)