Use coupon code "WELCOME15" for first time customer and get 15% off! Dismiss
Ingredients

Kenapa Produk Water-Burst Lebih Berkesan untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat?

Produk Water-burst lagi sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat daripada produk lain. Ye ke?

Kalau korang skincare addict, mesti korang tahu hydrating akan baiki semua masalah kulit korang. Eczema? Masalah jerawat? Kulit kedut? Masalah kulit berminyak teruk atau kering mengelupas? Semua boleh dibaiki dengan hydration.

skincare collection water-burst

Okay, belajar tentang kepentingan hidrasi tu memang senang, tetapi, yang tricky-nya ialah untuk cari cara paling effective untuk hydrate kulit tanpa “over-moisturized”. Tak semua jenis kulit boleh guna method yang sama dan produk yang sama sebab lain-lain kulit perlukan jumlah hidrasi yang lain-lain.

Contoh macam Korean 10 Step Skincare Routine. Kalau korang kulit jenis kering, mungkin rutin skincare macam ni taklah kedengaran menggerunkan. Tetapi utuk seseorang yang mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat, 10 produk untuk layering, mungkin sedikit menakutkan…

Kenapa?

Kerana, certain produk mempunyai jumlah hidrasi yang berbeza mengikut formula dan jenis-jenis bahan hidrasi juga. Boleh je kalau kulit jenis berminyak dan berjerawat nak layer skincare sampai 10 jenis tapi, kalau menggunakan formula, bahan-bahan, atau jenis produk hidrasi yang salah, masalah kulit muka akan bertambah teruk.

Mesti pernah rasa kan? Kulit akan rasa macam lemas dan rimas yang akan membuatkan:

  • pori tersumbat
  • blackhead dan whitehead terhasil
  • kulit bertambah berminyak, melekit dan berkilat
  • bakteria penyebab jerawat (P.acnes) akan bertambah membuatkan penghasilan jerawat lebih teruk
  • kulit akan jadi kusam

Sebab itu lah, individu yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat susah untuk jumpa moisturizer atau produk yang sesuai dan berkesan dengan kulit. Annoying kan?

Kita layer kan produk sebab nak pakai treatment untuk target masalah kulit tertentu contohnya serum pencerah untuk parut jerawat, toner untuk masalah sensitiviti, gel jerawat lagi, pelembap lagi. Mesti rasa rimas kan?

Jadi, daripada layer kulit dengan produk yang heavy dan akan “berlemoih”, kenapa kita tak cuba layer menggunakan produk dengan formula yang ringan?

Waktu inilah produk water-burst datang menyelamat. Apa produk water-burst ni? Kenapa dia sesuai dengan kulit berminyak dan jerawat? Dan senarai rekomendasi produk yang sesuai untuk korang!

Jom start!

Apa Itu Produk Water-Burst?

Water-burst ialah salah satu jenis formula produk seperti, krim, gel, cecair, minyak. Cuma, special-nya water-burst produk ni, ialah cara produk ni berfungsi. Cara produk water-burst berfungsi ialah dengan membekalkan hidrasi melalui air atau H2O, daripada menggunakan minyak atau emollient sebagai humectants untuk mengunci lembapan.

Dengan menggeserkan hujung jari ketika memakai produk ini, partikel gel hidrasi akan “burst” menjadi cecair ringan seakan air dan meliputi seluruh kawasan wajah dengan amat mudah.

Produk water-burst selalunya bersifat ringan, nipis, cepat menyerap, menyegarkan dan bebas daripada minyak dan bahan yang boleh menyebabkan pori tersumbat. Dalam erti kata lain, produk water-burst ini memang sesuai dengan kulit berminyak dan takkan buat kulit melekit.

Water-burst juga sangat menjimatkan sebab guna sikit saja pun dan dapat cover seluruh muka. Hasilnya kulit mesti akan jadi lagi plump dan glowy.

Kenapa Kulit Berminyak Sesuai Pakai Water-Burst?

Kulit berminyak selalunya mempunyai pori besar, jadi kulit akan cepat menyerap segala produk yang dilapiskan. Tetapi, produk dengan formula krim, minyak dan emollient akan membuatkan pori cepat tersumbat. Jadi, sebab itulah produk water-burst ini sesuai untuk kulit berminyak, kerana produk water-burst diperbuat daripada H2O yang mempunyai mikro-partikel dan akan menyerap sedalam-dalamnya kedalam lapisan kulit dan tidak meninggalkan lapisan melekit di atas lapisan kulit.

Disebabkan produk water-burst sangat ringan dan nipis, produk ini juga sesuai untuk dilapiskan keatas satu sama lain untuk treatment ekstra tanpa menyumbat pori dan membuat kulit bertambah rimas dan berminyak.

Jadi, nak buat Koreaan berpuluh-puluh step skincare routine pun boleh!

Produk Water-Burst Paling Best Di Dunia!

Monoskin Bioplant Skincare Kit

Monoskin Bioplant terkenal dengan produk skincare bebas paraben, allergen dan harsh chemicals, khas untuk kulit berminyak dan jerawat yang kaya dengan bahan aktifnya yang diekstrak daripada bahan semula jadi, bukan sahaja membekalkan hidrasi maksimum dengan formula water-burst  ke dalam kulit bermasalah, produk ini juga mengandungi bahan aktif yang membantu merawat jerawat.

Moto produk ini ialah untuk memberikan pengalaman K-beauty Glass Skin yang bebas jerawat untuk kulit jenis berminyak dalam masa 7 hari!

Bahan utama produk ini ialah:

  • Japanese Knotweed Extract
  • Patented Peptide Highlighter
  • Mushroom Extract
  • Aloe Vera Extract
  • Moss Cell Extract
  • Pomegranate Extract
  • Wild Yam Extract
  • Black Current And Raspberry Leaves Extract

Clinique Moisture Surge Series

Jika bercakap tentang produk water-burst, Clinique Moisture Surge memang akan menjadi produk pertaman pilihan semua orang kerana popularitinya. Produk ini menjanjikan kulit bebas garsan halus, kusam, dan dehidrasi. Produk ini akan membuatkan kulit anda plump, lembut dan lebih muda.

Bahan utama produk ini:

  • Liquid Sephere Technology
  • Hyaluronic Acid
  • Activated Aloe Water

Dior Hydra Life Sorbet Collection

Rangkaian skincare daripada Dior yang menggunakan formula water-burst ini menjanjikan ‘simplicity’ di dalam rutin penjagaan wajah, dengan hanya menggunakan 4 produk untuk 4 langkah sahaja.

Produk ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti kulit anda yang sedia ada dan membekalkan hidrasi supaya kulit sentiasa plump dan glowy. Bahan aktifnya juga bertujuan untuk mengekalkan flora semula jadi kulit supaya lapisan kulit sentiasa kuat dan  masalah pra-matang tak akan datang menghantui…

Bahan utama produk ini ialah:

  • Mallow Extract
  • Haberlea Extract

Belif The True Cream Series

Rangkaian Belif yang ini sangat terkenal dikalangan individu kulit sensitif kerana mengandungi centella asiatica sebagai penenang iritasi. Tetapi, rangkaian Belif ini bukan target kulit berminyak saja tau, ada produk untuk kulit kering juga tetapi masih menggunakan formula water-burst dengan bahan yang lebh pekat dengan konsentrasi tinggi

Produk ini bebas mineral-oil, bahan haiwan, pewarna sintetik, pewangi dan juga paraben. Sebab itulah produk ini sangat popular dengan kulit jenis sensitif!

Bahan utama produk ini ialah:

  • Rosemary Extract
  • Lavender Extract
  • Rose Extract
  • Calendula
  • Oat Kernel Extract
  • Macadamia Seed Oil
  • Soybean
  • Willow Bark
  • Shea Butter

Tony Moly The Chok Chok Green Tea Watery Series

Rangkaian ini mengandungi produk daripada cleanser, toner, essence, krim pelembap , krim mata, sheet mask, face mist dan lotion. Phew~

Tak disangkal lagi lah kan dengan produk jenama Korea. Kalau tak sampai berpuluh, tak sah… Tetapi, rangkaian ini sebenarnya membuktikan produk water-burst sememangnya sesuai untuk di-layer-kan untuk target pelbagai masalah dehidrasi tanpa membuatkan kulit berminyak, melekit dan rimas. Bahan aktifnya yang bersifat anti-oksidan sangat sesuai untuk kulit matang yang akan meningkatkan kekuatan kulit dan mengelakkan kulit berkedut.

Bahan utama dalam produk ini:

  • Fermented Green Tea Extract
  • Lemon Seed Oil
  • Rosewood Oil

Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Series

Bahan utama produk drugstore yang popular ini ialah Hyaluronic Acid dan diperkuat lagi dengan kuasa water-burst yang memperbaiki lembapan skin barrier, untuk kulit lebih lembut, plump dan bebas masalah kedut pra-matang.

Produk ini juga mempunyai dua rangkaian untuk kulit jenis kering atau berminyak yang menggunakan formula water-burst dan akan membuatkan kulit lembut, dan plump.

Bahan utama produk ini:

  • Hyaluronic Acid

Ha! Sekarang dah tahu apa faedah produk water-burst ni kan? Boleh lah korang try guna kalau ada problem nak cari produk yang sesuai untuk kulit jenis berminyak!

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)