Acne
Posted in

Punca Jerawat Terjadi Mengikut Hasil Bukti Kajian Sains dan Cara-Cara Untuk Menanganinya

Punca Jerawat Terjadi Mengikut Hasil Bukti Kajian Sains dan Cara-Cara Untuk Menanganinya 1
Posted in

Ramai yang sudah maklum tentang apakah jerawat. Jerawat terjadi setelah fasa akil baligh. Masalah jerawat ini kebiasaannya tidak membahayakan kesihatan namun meninggalkan kesan parut jerawat pada kulit wajah yang sudah semestinya menguji keyakinan setiap individu.

Proses akil baligh mengaktifkan kelenjar minyak (sebaceus gland) yang menjadi punca jerawat, namun tiada had ketetapan umur bagi lelaki dan wanita untuk mengalami masalah jerawat.

Kelenjar minyak ini menghasilkan minyak dan dirangsang oleh hormon lelaki daripada kelenjar adrenal yang terdapat pada kedua-dua jantina iaitu lelaki dan wanita.

Terdapat pelbagai jenis spekulasi tentang bagaimana jerawat muncul. Namun apakahpunca jerawat yang sebenar-benarnya?

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa faktor genetik boleh meningkatkan risiko jerawat dengan memiliki keturunan kulit berminyak. Hal ini adalah kerana genetik keturunan seseorang itu mempunyai kelenjar minyak yang hiperaktif.

Kulit manusia mempunyai pori-pori yang tersambung kepada kelenjar minyak di bawah kulit. Folikel menyambungkan kelenjar ke liang pori. Folikel adalah kantung kecil yang menghasilkan dan mengeluarkan cecair.

Kelenjar minyak menghasilkan cecair berminyak yang disebut sebagai sebum. Peranan sebum adalah membawa sel kulit mati melalui folikel ke permukaan kulit melalui bulu halus yang tumbuh melalui folikel keluar ke permukaan kulit.

Seperti yang diketahui ramai jerawat tumbuh berpunca daripada folikel yang tersumbat, dan minyak terhasil di bawah permukaan kulit.

Sel kulit mati, sebum, dan bulu halus yang tersumbat bergumpal menjadi plak. Apabila plak ini dijangkiti bakteria Propionibacterium acnes (P. acnes) ianya akan mula membengkak. Jerawat akan mula terhasil apabila plak terpecah.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh jadi punca jerawat terhasil, tetapi sebab utama jerawat biasanya dikaitkan dengan kenaikan paras hormon androgen ataupun estrogen.

PERUBAHAN HORMON

Masalah hormon tidak stabil atau perubahan hormon badan juga boleh menyebabkan masalah jerawat pada kulit wajah. Misalnya seorang wanita yang berhadapan dengan masalah jerawat disebabkan kehamilan. Wanita hamil akan menghasilkan lebih banyak hormon estrogen semasa mengandung. Ini adalah kerana peningkatan estrogen semasa hamil membantu rahim dan plasenta untuk memindahkan nutrien serta menyokong perkembangan bayi.

Punca Jerawat Terjadi Mengikut Hasil Bukti Kajian Sains dan Cara-Cara Untuk Menanganinya 2

Di samping masalah perubahan hormon ketika menstruasi dan kehamilan, pengambilan sebarang ubat-ubatan hormon juga boleh menyebabkan masalah jerawat. Sebagai contoh pil ubat yang mengandungi androgen dan lithium.

DIET YANG TIDAK SEIMBANG
Punca Jerawat Terjadi Mengikut Hasil Bukti Kajian Sains dan Cara-Cara Untuk Menanganinya 3

Mengamal diet makanan yang tidak sihat juga boleh menjadi salah satu punca jerawat. Pengambilan makanan tinggi kandungan gula yang juga tinggi indeks glisemik (glicemic indexhttps://www.gisymbol.com/about-glycemic-index/) juga antara faktor timbulnya masalah jerawat. Walaupun kenyataan ini tidak dapat dibuktikan secara kajian klinikal namun mempraktikkan diet yang seimbang dapat mengurangkan risiko masalah jerawat.

Punca jerawat pada bahagian kulit wajah.

Tubuh badan manusia diciptakan dengan sistem yang sangat hebat. Ianya mampu menapis segala kotoran yang tidak diperlukan oleh badan manusia. Sebagai contoh sistem eksresi menapis kotoran yang tidak diperlukan melalui ginjal, paru-paru, hati serta lapisan kulit.

Pernahkah anda terfikir apa maksud tersirat di sebalik setiap pembentukan jerawat di wajah anda? Terdapat banyak pendapat tentang punca jerawat pada bahagian wajah, namun sehingga kini masih tiada bukti saintifik yang mampu mengukuhkan pendapat-pendapat tersebut.

Ini adalah punca jerawat anda mengikut bukti dan kajian yang telah dilakukan.

JERAWAT PADA GARIS RAMBUT
Punca Jerawat Terjadi Mengikut Hasil Bukti Kajian Sains dan Cara-Cara Untuk Menanganinya 4

Jerawat pada kawasan garis rambut kebiasaanya disebabkan oleh produk penjagaan rambut seperti pomade. Teksturnya yang pekat dan berasaskan minyak mineral menyebabkan sebum yang terhasil tersumbat pada folikel. Liang pori yang tersumbat inilah yang menyebabkan jerawat.

Atasi masalah jerawat pada kawasan garis rambut dengan set penjagaan rambut yang tidak menyumbat liang pori ataupun noncomedogenic. Selain itu, lindungi kuit wajah anda ketika menggunakan sebarang produk rambut seperti semburan atau shampoo kering.

JERAWAT PADA BAHAGIAN PIPI

Ramai yang menghadapi masalah jerawat pada bahagian pipi. Punca jerawatpada bahagian pipi biasanya dikait dengan kesihatan badan, tetapi menurut hasil kajian dan bukti yang didapati jerawat pada bahagian pipi adalah disebabkan masalah kebersihan.

Bolehkah anda anggarkan berapa kali sehari telefon pintar menyentuh wajah anda? Setiap sentuhan antara telefon pintar dan wajah anda sebenarnya merupakan penyebaran bakteria pada wajah anda. Perkara ini meningkatkan risiko masalah jerawat pada wajah anda. Seterusnya penyebaran pada bahagian pipi anda boleh jadi adalah disebabkan sarung bantal. 

Tangani masalah penyebaran bakteria ini dengan membersihkan skrin telefon pintar anda sebelum guna dan tukar sarung bantal anda sekurang-kurangnya seminggu sekali.

JERAWAT PADA BAHAGIAN RAHANG
Punca Jerawat Terjadi Mengikut Hasil Bukti Kajian Sains dan Cara-Cara Untuk Menanganinya 5

Punca jerawat pada bahagian rahang pula adalah disebabkan masalah hormon, androgen yang berlebihan. Ketidakseimbangan hormon juga boleh dikaitkan dengan diet pemakanan. Anda mungkin pernah mendengar bagaimana diet menyebabakan jerawat, tetapi hasil kajian menunjukkan hubungan yang lemah antara kedua-duanya.

Sebaliknya, sesetengah makanan mengubah tahap hormon anda – terutamanya jika anda gemar makan makanan berkarbonat tinggi atau tenusu dengan hormon tambahan. Perhatikan diet anda dan lihat jika anda mengurangkan pengambilan gula, roti putih, makanan yang diawet, dan tenusu. Ianya akan membantu mengurangkan jerawat.

JERAWAT PADA BAHAGIAN ZON-T

Penyebab utama masalah jerawat pada hidung dan dahi, semestinya minyak. Stress dan kulit berminyak adalah punca jerawat tumbuh pada bahagian zon T iaitu dahi, hidung dan dahi. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa golongan yang berasa kepenatan akibat tekanan pada waktu bangun pagi kebiasaanya akan mengalami masalah jerawat.

Kurangkan risiko untuk masalah jerawat pada bahagian T ini dengan elakkan menyentuh bahagian ini dengan kerap. Ingat, setiap sentuhan bermaksud penyebaran bakteria kepada liang pori.

Sudahkah anda mengetahui apa maksud jerawat pada bahagian wajah anda? Kini lebih mudah untuk anda memilih produk yang sesuai untuk digunakan.

2 Replies to “Punca Jerawat Terjadi Mengikut Hasil Bukti Kajian Sains dan Cara-Cara Untuk Menanganinya”

  1. 8 Petua Hilangkan Jerawat Serta-Merta Secara Natural | MONOSKIN

    […] Baca : Punca Jerawat Terjadi […]

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)