Use coupon code "WELCOME15" for first time customer and get 15% off! Dismiss
Acne

Purging Vs. Breakout Cara Membezakannya!

Pernah tak anda cuba produk yang baru satu malam mengharapkan esok pagi kulit akan flawless dan berseri tapi, bangun-bangun tidur, terus menjerit sebab ada sesuatu tumbuh atas muka? Aaaa, tidak!!! Breakout ke purging ni????

Pasti ramai pernah mengalaminya tapi tak tahu cara membezakan purging dan breakout kan? Ha, harini kita akan bercakap tentang apa itu masalah kulit purging dan breakout, cara untuk membezakan kedua-duanya dan cara untuk menghentikan purging dan breakout daripada berlaku.

Jom kita belajar dulu tentang purging.

Apa Itu Purging?

pasir jerawat tanda purging
Purging boleh datang dalam bentuk jerawat pasir atau tiny bumps

Purging ialah kesan sampingan yang merujuk kepada reaksi kulit kepada bahan aktif yang meningkatkan skin cell turnover rate. Jadi, bila skin cell turnover rate meningkat, kulit kita akan mula menanggalkan lapisan kulit yang mati lebih cepat daripada kadar normal.

Bayangkan macam ni, kulit baru yang lebih cerah, bersih, tiada masalah berebut-rebut nak keluar daripada bawah permukaan cell kulit lama. Jadi, disebabkan itu, kesemua benda ‘jahat’ benda ‘kotor’ memunculkan diri.

Benda kotor apa tu? Semua benda yang terperangkap dalam liang pori dengan bawah permukaan cell kulit mati. Setiap orang berebza, ada yang bila purging, bercampur dengan whitehead, blackhead, jerawat pasir, tiny bumps. Kulit kering dan mengelupas pun salah satu kesan sampingan purging jugak.

Sesuai lah dengan maksud purging itu sendiri iaitu memuntahkan. Jadi kulit akan memuntahkan segala benda kotor sebelum lapisan kulit  baru yang bersih muncul.

Macam Mana Boleh Terjadinya Purging?

Purging selalunya terjadi apabila anda menggunakan sesetengah bahan aktif yang memberikan kesan sampingan.

Tak kesemua bahan aktif menyebabkan purging, namun bahan yang biasa menyebabkan purging ialah retinoid. Maksudnya, segala bahan daripada keluarga retinoid (retinol, tretinoin, isotretinoin) akan menyebabkan purging. Selalunya sesiapa yang sedang menggunakan bahan retinoid untuk merawat jerawat teruk atau severe acne akan mendapat kulit kering dan mengelupas sebagai tanda purging.

Bahan daripada asid juga boleh menyebabkan purging. Seperti Glycolic Acid, Lactic Acid dan Salicylic Acid. Tapi jangan risau ya, purging ni sebenarnya benda yang baik sebab purging membantu kulit untuk memuntahkan kesemua kotoran supaya kulit menjadi bersih dan bebas masalah.

Jadi jika kulit anda melalui fasa purging, kekalkan penggunakan produk skincare tersebut dan jangan berhenti. Iainya Cuma kesan sampingan dan akan hilang lambat laun.

Purging Vs. Breakout

purging vs breakout

Macam mana nak bezakan purging dan breakout pulak?

Ada perbezaan yang ketara di antara purging dan breakout. Breakout ialah apabila anda mengalami reaksi buruk terhadap produk baru.

Kalau anda tak menggunakan bahan aktif seperti bahan asid dan retinoid, kemungkinan besar, reaksi yang anda alami ialah breakout. Breakout juga ialah kesan yang ada dapat apabila kulit anda tidak sesuai dengan produk baru yang anda gunakan.

cara tentukan breakout
Breakout terjadi dalam bentuk jerawat besar, merah dan menyakitkan.

Namun, tidak kesemua orang akan mengalami kesan breakout yang anda dapat. Ini kerana, tidak semua kulit sama, dan selalunya, breakout terjadi bukan disebabkan produk itu ialah produk yang teruk dan tidak berkesan. Ianya Cuma tidak sesuai dengan kulit anda. Jadi, jangan kasi review marah-marah tau kalau muka breakout pakai sesuatu produk tu. Kecuali produk timbang kilo! Haip!

Untuk senang menentukan diantara breakout dan purging ialah breakout akan menyebabkan kulit anda teriritasi, pedih, membengkak, kemerahan dan gatal-gatal. Manakala, purging pula tidak memberikan kesakitan lansung mahupun kemerahan.

Breakout juga terjadi di kawasan muka yang tidak pernah berjerawat ataupun mengalami sensitivity. Contohnya jika anda memakai produk baru dan kemudiannya tumbuh jerawat merah di kawasan dahi, yang anda tak pernah dapat sebelum ini.

Purging pula terjadi di kawasan anda selalu breakout. Ini menunjukkan fasa purging yang akan mengeluarkan segala kotoran yang “menyorok” di kawasan kulit anda itu.

Cara yang lain untuk tentukan anda breakout atau purging ialah, purging akan hilang lebih cepat daripada jerawat breakouts.

Cara Merawat Purging

Dalam fasa purging ini, selain membiarkan sahaja kulit anda mengalami fasa purging, anda boleh menggunakan produk hydrating untuk menghilangkan kesan kulit kering, mengelupas dan dehidrasi yang selalunya disebabkan oleh retinoid.

Produk hydrating yang bagus untuk kulit mengelupas ialah produk yang mengandungi humectants, occlusive dan emollient. Humectants akan menarik air dari udara kedalam kulit anda, emollient akan meratakan segala kulit kering dan mengelupas supaya tidak terkopek, dan occlusive akan mengunci lembapan dalam kulit supaya tidak akan tersejat dengan cepat.

Baca: Produk hydrating yang anda perlu dalam hidup anda!

Cara Merawat Breakout

Pastikan anda berhenti menggunakan produk yang menyebabkan breakout itu dan membiarkan kulit anda tanpa produk baru apa pun selama 2 minggu.

Dalam fasa ini anda hanya digalakkan menggunakan produk skincare basic sahaja seperti mild cleanser, mild toner, light moisturizer dan sunscreen sahaja. Jangan guna produk extensive baru seperti serum, peels, mask, emulsion dan essence.

Anda juga digalakkan menggunakan spot treatment yang melegakan jerawat breakout anda. Lebih baik jika anda pernah menggunakannya dan yang pernah berkesan ke atas kulit anda.

Bagaimana Cara Untuk Mengelak Dari Purging Dan Breakout.

Jangan salah anggap ya, purging sebenarnya perkara yang baik. Ia menunjukkan bahawa kulit anda sebenarnya penuh dengan kekotoran dan sebum yang perlu dinyahkan daripada lapisan bawah kulit anda. Ini juga menunjukkan bawaha kulit anda menerima baik produk tersebut. Jadi anda hanya perlu bersabar dan menunggu kulit baru yang bersih, cerah, dan lembut itu tiba!

Namun, lain pula dengan breakout. Disebabkan breakout terjadi dengan senang keatas individu yang mempunyai kulit sensitive, dan berjerawat,  anda perlu berhati-hati dengan bahan didalam produk yang akan anda gunakan. Namun, susah untuk kita tentukan sebab produk apa yang sesuai dengan kulit kita kerana, bagaimanapun, skincare ni ialah proses try and error yang kita kena juga lalui dan pelajari pada masa yang sama.

Hah, sekarang dah tahu cara membezakan purging dan breakout, boleh lah cuba duduk depan cermin dan telek muka tu untuk tengok keadaan kulit. Jangan lupa kalau breakout, terus stop pakai ya… Tapi kalau purging, jangan menangis dulu, nanti hilang lah tu….

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)