Acne
Posted in

Liang Pori Tersumbat? Apa yang menyebabkannya?

Posted in

Kalau korang mencari jawapan tentang bagaimana cara untuk membersihkan liang pori yang tersumbat, disini lah tempatnya! Pori tersumbat ialah masalah kulit yang sangat biasa tetapi boleh menjadi sangat menyusahkan dan annoying! Nak rawat pun mesti sangat menyusahkan dan kadang-kadang tanpa pengetahuan yang betul, mesti cara rawatan tu tak memberikan hasil.

Okay, kali ini kita akan bercakap tentang liang pori, namun sebelum itu kita kena belajar dulu apa itu pori. Selepas itu baru kita bincangkan bagaimana ianya boleh tersumbat dan juga cara merawat pori tersumbat.

Apa Itu Pori?

gambar liang pori
Semua individu mempunyai pori yang berlainan saiz mengikut cara penjagaan wajah mereka

Pertama sekali ialah, apa sebenarnya pori ni? Ianya ialah kantung kecil yang mempunyai kelenjar peluh yang terletak dibahagian tengah-tengah lapisan kulit. Kelenjar ini yang mneghasilkan peluh yang mengalir keluar daripada lubang-lubang kecil yang bersambung dengan kelenjar tersebut. Lubang-lubang kecil tu apa pulak? Lubang tu lah sebenarnya liang pori

Sebab itu sangat penting bagi liang pori untuk berada dalam keadaan bersih dan tidak tersumbat supaya kelenjar peluh boleh melepaskan peluh untuk menyejukkan lapisan kulit muka dan juga merembeskan toksin yang tidak diperlukan didalam badan.

Apa Yang Menyebabkan Liang Pori Tersumbat?

Satu sahaja yang menyebabkan pori tersumbat, iaitu penghasilan lebihan minyak dan sebum dari dalam lapisan kulit. Tetapi, banyak faktor yang menyumbang kepada penghasilan minyak tersebut. Jom tengok ada rasa bersalah tak dengan tabiat yang menyebabkan muka berminyak dan pori tersumbat ni:

MONOSKIN BIOPLANT ACNE KIT yang bersifat non-comedogenic
  1. Sel kulit mati. Korang jarang exfoliate muka atau jenis suka pakai skrub. Skrub muka hanya bersihkan permukaan sahaja ya. Digalakkan memakai chemical exfoliation yang akan menyerap dalam kulit dan menanggalkan sel kulit mati sekalian dengan ekstra minyak dan sebum.
  2. Tidak menggunakan moisturizer. Ini selalunya kepada individu yang mengelak menggunakan moisturizer kerana rasa kulit jenis berminyak. Salah ya, sebaceous gland di kulit akan mengeluarkan ekstra sebum dan minyak yang banyak untuk menambah kembali lembapan yang hilang pada kulit. Jadi kalau korang skip pakai moisturizer, natijahnya, kulit akan lebih berminyak, lalu pori tersumbat.
  3. Menggunakan produk comedegenic. Produk comedogenic bermaksud produk yang mampu menyumbat kulit. Jangan lupa hafal ye list bahan yang boleh comedogenic.
  4. Menggunakan makeup yang tidak non-comedogenic. Ini pun sama seperti yang nombor 3 tadi. Kalau taknak risikokan pori tersumbat, elakkan pakai foundation atau primer yang mempunyai silicon, dan oil-based.

Baca: Foundation yang tidak menyumbat pori

4 Mitos Liang Pori Yang Tidak Sepatutnya Dipercayai

infografik liang pori tersumbat
Pori yang berish akan mengecil secara automatik

 Sebenarnya banyak mitos dengan salah faham berkaitan pori ni tau. Okay jom kita tengok mitos dekat bawah ni, mesti ada sesiapa yang pernah percaya punya:

Pori boleh terbukak dan tertutup

Secara realitinya pori sentiasa terbuka dan tidak boleh tertutup, hanya boleh tersubat denan whitehead, lebihan minyak dan sebum, dan juga blackhead. Saiz pori hanya boleh mengecil dan membesar sahaja.

Jadi kalau korang selalu sapukan ais pada muka untuk buat pori tertutup, tu salahnya. Ais atau produk skincare yang sejuk hanya akan mengecilkan pori, tetapi hanya jika pori tidak tersumbat.

Pori boleh dihilangkan.

Walau bagaimanapun rupa pori korang, korang tak boleh menghilangkannya. Pori mempunyai fungsi yang penting pada lapisan kulit kita. Kalau pori takde, macam mana peluh nak keluar? Pori hanya boleh dikecutkan dan dikecilkan sahaja.

Kalau selalu nampak kulit orang yang flawless dan bersih macam takde pori je tu maksudnya, pori mereka kecil dan bukannya tiada pori.

Tompok hitam dekat atas hidung tu kotoran.

Salah ye, tompok hitam atau putih dekat hidung tu bukan kotoran, mahupun nasi ataupun lemak yang terkeluar daripada kulit hidung anda. Ianya sebenarnya blackhead dan juga sebum. Blackhead ialah sebenarya whitehead yang terdedah, lalu teroksida dan menjadi hitam.

Manakala sebum itu pulak minyak yang berlebihan yang terkumpul di hujung pori. Cuba picit hidung korang sekarang, mesti keluarkan putih-putih tu. Tu semua minyak sebum ya.

Liang pori tersumbat disebabkan oleh radikal bebas dari luar.

Tettttt! Salah! Radikal bebas hanya menjadikan kulit muka kusam dan boleh dihilangkan dengan produk pencerahan dan chemical atau physical exfoliation kerana kulit kusam hanya pada lapisan luaran sahaja.

Manakala pori yang tersumbat ialah daripada dalam kulit yang mengeluarkan minyak terlalu banyak sehingga menyumbat pori ketika minyak, peluh dan sebum cuba mengalir keluar daripada lubang pori tersebut.

Makeup menyebabkan liang pori tersumbat.

Ini topic yang win-win sebenarnya. Bukan makeup yang menyebabkan liang pori tersumbat, tetapi bahan dalam makeup tersebut tidak bersifat non-comedogenic.

Tapi bila tak cuci makeup betul-betul, mesti esoknya jerawat naik, sebab kulit tersumbat kan?

Sebenarnya, kalau tak cuci muka sebelum tidur tanpa pakai makeup pun jerawat boleh naik juga esoknya sebab bacteria yang terkumpul satu hari, yang ada pada muka tu.

Cuba bayangkan pakai makeup brush tak pernah basuh, ataupun keluar berjalan seharian, balik rumah tak basuh muka, terus tidur. ish…ish…ish bacteria penyebab jerawat (P.acnes) pun berparti lah.

Mencuci muka secara kerap akan menghalang pori tersumbat.

Mencuci muka secara biasa sahaja dah boleh menghalang pori tersumbat dah. Cuma kena up the game selepas mencuci muka sahaja. Dan hanya pakai produk yang bersesuaian dengan kulit muka, dan juga bersifat non-comedogenic je.

Jika mengamalkan cuci muka secara kerap, nanti muka akan menjadi lebih teriritasi dan juga kulit akan menjadi lebih kering yang menyebabkan kalenjar peluh tersebut akan menghasilkan lebih banyak peluh dan minyak untuk mengantikan minyak natural yang hilang, tetapi secara berlebihan. Ini dinamakan dehidrasi pada kulit.

Mudah kan sebenarnya nak faham tentang pori ni? Nah, jangan salah faham lagi tau. Sekarang, dah boleh agak kan apa yang kena buat kalau pori tersumbat atau kalau nak haling pori dari tersumbat. Selamat membelek muka di cermin! 😉

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Wishlist

Login

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!