Use coupon code "WELCOME15" for first time customer and get 15% off! Dismiss
Ingredients

Skincare Tak Sesuai Dengan Kita? Macam Mana Nak Tahu?

5 Petanda dan Sebab Skincare Tak Sesuai Dengan Kulit Kita

Bila kita mula untuk invest duit ke arah skincare products yang mahal, atau yang popular, mesti kita nak kan result yang power kan? Lagi-lagi bila kita tergoda dengan produk yang diiklankan dengan ayat-ayat yang meyakinkan, ditambah pula produk yang digunakan oleh selebriti kegemaran kita sendiri.

sad cry in the mirror

Tapi korang perasan skincare tu tak member result yang ditunggu-tunggu pun! Sama ada kulit korang breakout atau tak jadi apa apa. Susahnya hidup!

Sebab itu lah, bila nak tentukan skincare apa yang sesuai dengan kita, mesti kena cuba sebulan dua dulu. Bak kata pepatah bahasa inggeris, trial and error lah kata kan.

Dalam masa sebulan dua tu, kita kena betul-betul perhatikan  keadaan kulit supaya dapat take note apa yang sesuai dengan kita, contohnya seperti bahan aktif dan juga formula produk itu sendiri.

Jom kita tengok petanda dan sebab skincare tak sesuai dengan kulit:

Memakai Terlalu Banyak Produk Dalam Satu Rutin

campur skincare dengan pro
Cara mencampur produk dengan pro! (credit: chemistconfession)

Mesti korang ada pernah terfikir kalau nak cepat clear kan kulit, mesti pakai produk yang target masalah kulit dalam satu masa kan?

Contohnya, nak hilangkan jerawat tapi nak cerahkan parut, jadi korang guna produk AHA dan BHA untuk jerawat lepastu dengan Vitamin C serum untuk hilangkan parut.

Salah tu tau. Mencampur bahan aktif macam tu boleh merosakkan lagi kulit sebab AHA dan BHA tak compatible dengan Vitamin C. Kalau AHA/BHA iaitu asid tak stabil, dicampur pula dengan Vitamin C, ianya akan menstabilkan campuran bahan aktif itu dan akan buatkan produk tu tak berkesan pun dekat atas kulit sebab bahan dari asid dan vitamin C akan neutralized bersama.

Bahan aktif yang tak sesuai digunakan bersama juga boleh buatkan kulit terlebih sensitif,  memedih, breakout dan juga merosakkan skin barrier.

Jadi, kena hati-hati kalau pilih bahan aktif kalau taknak kulit jadi makin teruk. Jadi, membazir lah duit kan kalau beli produk mahal-mahal tapi dah salah guna.

Ini senarai bahan aktif yang tak boleh digunakan serentak dalam satu rutin:

  • Vitamin C + AHA/BHA
  • Retinol + AHA/BHA
  • Retinol + Vitamin C
  • Oil based + Water based
  • Glycolic Acid + Salycilic Acid
  • Niacinamide + Vitamin C
  • Niacinamide + AHA

Jadi, daripada membazir duit beli produk yang tak boleh campur pun sekali, korang hanya perlu amalkan basic skincare untuk kukuhkan dulu skin barrier baru boleh pakai bahan yang lagi kuat. Tapi kalau skin barrier korang dah kuat, korang boleh pakai produk bahan aktif tetapi bukan dalam masa yang sama.

Contohnya, pakai niacinamide waktu rutin siang dan asid waktu malam. Atau selang seli pakai retinol dengan asid. Atau produk asid boleh pakai sekali dalam seminggu dalam bentuk peeling mask.

Kulit Breakout Banyak Kali

kulit breakout
Portrait of young girl with skin problem on isolated white background

Breakout memang boleh jadi walaupun bukan sebab produk , contohnya macam:

  • Selalu tak cuci muka lepas balik rumah
  • Selalu terdedah dengan udara kotor
  • Memakai mask pelindung muka lama-lama
  • Diet tak seimbang, ataupun masalah hormone tak stabil.

Kalau nak tahu breakout tu daripada produk yang korang pakai, pantau produk baru tu. Buat skin patch test dulu dekat bahagian rahang selama 48 jam. Nak lagi senang, tangkap gambar untuk tengok progress kulit hari-hari.

Selalunya produk yang tak berkesan akan bagi side effect serta merta. Contoh produk yang tak sesuai ialah produk yang bila pakai dia buatkan muka berminyak, gatal, pedih, kemerahan, kering melampau, dan juga breakout jerawat yang menyakitkan.

Jangan confuse dengan purging pulak tau. Baca sini kalau nak tahu perbezaan dia.

Kulit Jadi Lebih Sensitif Dan Gatal

skincare sensitif
Perbezaan antara kulit sensitif dan kulit teriritasi

Okay yang ni memang a red flag kalau produk tu buat kulit pedih dan gatal. Side effect produk skincare yang baru selain purging ialah no-no tau.

Produk yang betul dan sesuai dengan kulit takkan menyebabkan kulit memedih ataupun gatal. Produk macam ni selalunya mengandungi kandungan alcohol tak baik, pewangi, pewarna tiruan dan bersifat tidak bebas allergen.

Tetapi, produk bahan aktif seperti AHA, BHA, Retinol, dan Vitamin C juga boleh memberikan efek memedih dekat kulit.

 Jadi, selalunya sebelum nak guna produk macam ni, cuba produk yang mengandungi pelembap, pastikan skin barrier korang kukuh dan kuat dengan basic skincare, jangan tinggal sunscreen dan juga kena moisturized kulit betu-betul supaya dapat berfungsi sebagai buffer kepada bahan aktif dan takkan buat kulit pedih.

Baca: Simple Basic Skincare dengan Monoskin

Cara Penggunaan Produk Skincare Yang Salah

Tidak semua produk boleh digunakan secara berlebihan. Kadang-kadang, terlebih guna juga dapat bagi efek yang opposite dengan apa yang kita mahukan.

Kalau pakai terlampau sikit pulak, produk tak berkesan lansung pulak. Sama macam kalau salah langkah dalam rutin skincare.

Amount skincare to use

Contohnya, pakai facial oil dengan banyak dengan harapan, kulit akan terhidrat dan plump. Tapi hakikatnya, kulit akan tersumbat dan menghasilkan whitehead dan blackhead. Untuk pakai facial oil secara berkesan, pakai 3 titik di atas tapak tangan, dan gosok tapak tangan untuk panaskan minyak tu, then baru tekap dekat pipi, dahi dan dagu.

Kalau pakai sunscreen secara kedekut pula, sunscreen tu tak dapat melindungi kulit daripada matahari secara rata tau. Hasilnya, kulit akan jadi bercapuk dan tona tak rata. Jadi make sure pakai sebanyak dua jari dan reapply selepas 2 jam.

how to layer skincare

Lepastu salah step time skincare routine. Macam mana tu? Macam pakai facial oil dulu baru water based moisturier. Ataupun pakai hydrating toner sebelum exfoliating toner.

Nak tahu langkah-langkah yang betul untuk layer produk ni senang je. Kita tegok konsistensi produk untuk jadikan panduan. Mula dengan produk yang paling nipis dan ringan, then baru bergerak kea rah produk yang paling pekat. Facial oil haruslah paling akhir.

Ini kerana, setiap produk mempunyai partikel berbeza. Minyak mempunyai partikel yang besar yang akan menghalang produk water-based daripada meresap masuk ke dalam kulit dengan mendalam.

Tak Dapat Hasil Daripada Produk Kulit

Petanda akhir sekali yang skincare tu tak sesuai dengan kulit kita ialah, takde hasil lansung. Kalau dah pakai produk tu lebih daripada dua bulan, maksudnya produk tu tak berkesan. Jadi korang boleh cuba guna produk yang lebih kuat sikit.

Contohnya macam Niacinamide sebagai produk pencerah. Sesetengah orang, niacinamide terlampau ringan dan tak potent, jadi boleh cuba AHA. Kalau AHA tak berkesan jugak, boleh cuba Vitamin C dan paling kuat sekali ialah Retinol.

Sama macam ubat jerawat. Kalau produk jerawat biasa (BHA, Benzoyl peroxide, tea tree oil) tak berkesan, boleh cuba Retinol.

Jadi, kesimpulannya, trial and error adalah sangat penting kalau nak tengok produk apa yang sesuai dengan kulit kita. Dan konsisten juga penting untuk kita mula nampak perkembangan skincare tersebut tau. Jangan pakai harini, dengan harapan esok bangun-bangun muka macam artis Korea pulak.

Kuncinya ialah:

  • Basic skincare sangat penting
  • Trial and error untuk tentukan kesesuaian produk
  • Side effect selain purging is a no-no
  • Layer-kan produk dengan urutan yang betul
  • Hanya guna bahan aktif kuat kalau produk lain tak berkesan

Join the conversation

Search www.monoskin.co

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)