8 Bahan Bahaya Penyebab Kanser Dalam Skincare Anda. Oh No! 1

8 Bahan Bahaya Penyebab Kanser Dalam Skincare Anda. Oh No!

Pernah tak korang terfikir yang produk skincare korang tu sebenarnya ada banyak bahan bahaya tau.

 Bukan setakat krim timbang kilo je yang bahaya, banyak lagi chemical substances yang lain yang digunakan dalam produk skincare dan kosmetik yang masih gunakan bahan-bahan carcinogens iaitu bahan yang boleh mengakibatkan kanser!

Alamak! Tapi baru beli skincare baru dekat Guardian dengan Watsons semalam! Uwaaa!

Tak apa, at least sekarang korang dah one step closer untuk ambil tahu pasal bahan-bahan yang perlu korang elak selepas ni.

Bukti Produk Yang Mempunyai Bahan Bahaya

Okay, misi harini ialah, nak educate ramai orang tentang bahayanya bahan kimia yang ada didalam certain produk skincare atau kosmetik. Bukti dia dekat bawah ni:

  • Julai, 2018, syarikat jenama besar Johnson & Johnson telah diperintahkan untuk membayar settlement sebanyak 4.96 Billion USD kepada 22 orang wanita yang mendapati asbestos dalam talc (talcum) dalam bedak baby powder diorang menyebabkan kanser ovari.
  • Guthy-Renker pulak ialah pengilang produk rambut WEN disaman sebanyak 26 Juta USD selepas pengguna diorang complain pasal produk diorang buatkan kulit naik ruam dan rambut gugur teruk.

Seram kan? Okay, sekarang kita pergi pulak kepada 8 senarai bahan yang bahaya yang korang kena elak. Tapi jangan risau, sebenarnya kebanyakan produk sekarang memang dah kurang gunakan bahan-bahan bahaya ni.

Ye lah, cuba bayangkan, siapa larat asyik kena saman Phewww. Syarikat-yarikat ni pun makin lama makin jujur dengan produk diorang. Tapi ada je yang still guna bahan-bahan terlarang sebab nak murah and fikirkan untung je. Saman kang!

Ha, time ni la nak shamelessly plug in produk kami yang takde satu pun bahan bahaya dalam senarai dibawah ni tau! Baca ni untuk tahu lebih lanjut. He-He.

8 Bahan Bahaya Penyebab Kanser Dalam Skincare Anda. Oh No! 2

8 Bahan Utama Yang Patut Dielak Sama Sekali

Parabens

Paraben ialah satu bahan pengawet yang boleh didapati dekat semua produk daripada losyen, skincare atau makeup.

Paraben jugak selalu digunakan denga meluas dan satu bahan pengawet yang popular sebab ianya murah.  So, costing untuk buat skincare product tu jadi rendah. Sebab tu syarikat skincare ni suka sangat guna paraben sebagai bahan pengawet.

Contoh nama paraben ialah: methylparaben, propylparaben, isopropylparaben, dan isobutylparaben.

Paraben jugak boleh mimik hormone estrogen dalam badan. Sebab tu lah paraben senang kacau tahap hormone dalam badan kita. Dan boleh juga menyebabkan kanser payudara.

Dalam satu study ni, Methylparaben pulak pernah dijumpai didalam tumor payudara. Dan 99% tumor penyebab kanser pulak memang mengandungi parabens.

Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate

Dikenali sebagai SLS/SLES, bahan ini bertindak sebagai pembuih. Ala yang syampu ada banyak buih tuuu. Ha, disebabkan SLS/SLES ni la.

Bahan ni boleh trigger kan alergi kulit tau. So kalau sesiapa yang ada eczema, psoriasis, masalah kulit kepala, dan jenis kulit sensitif, elakkan pakai barang yang ada SLS/SLES ni tau.

8 Bahan Bahaya Penyebab Kanser Dalam Skincare Anda. Oh No! 3

Toluene

Toluene pulak, ialah bahan kimia yang ada dekat dalam pewarna kuku dengan pewarna rambut.

Bahan ni sangat toksik kepada sistem imunisasi badan kita. Sangat NO-NO kepada ibu mengandung sebab Toluene boleh menyebabkan anak dalam kandungan cacat.

Polythylene Glycol (PEG)

Bahan yang ini pulak banyak digunakan dalam kosmetik sebagai pemekat macam dalam syampu, losyen, dan sunscreen.

PEG selalunya mengandungi Etylene Oxide, dan 1,4-Dioxane yang juga dikenali sebagai bahan bersifat carcinogen, dan jugak boleh menyebabkan masalah pernafasan.

8 Bahan Bahaya Penyebab Kanser Dalam Skincare Anda. Oh No! 4

Formaldehyde

Formaldehyde ni satu jenis pengawet jugak, sama fungsi macam paraben. Oh, dan mayat. Pengawet mayat. Meh ulang lagi sekali. Formaldehyde ialah bahan pengawet mayat.

Zaman sekarang ni dah kurang meluas dalam produk skincare sebab ianya terbukti amat merbahaya sebab boleh menyebabkan asma, toksik kepada sistem saraf, dan juga penyebab kanser.

Oxybenzone

Hah! Yang ni pulak memang famous dalam chemical sunscreen and still wujud meluas dalam banyak produk sunscreen.

Oxybenzone berfungsi sebagai filter cahaya UV dalam chemical sunscreen, tapi oxybenzone pulak kalau overused, boleh menyebabkan alergi, dan jugak dia boleh kacau fungsi thyroid kita.

Oxybenzone pun banyak ada dekat dama moisturiser, lip balm, dan makeup yang ada spf.

Oxybenzone jugak sangat bahaya kalau untuk kanak-kanak, jadi hati-hati ya kalau memilih sunscreen tu. Makesure guna physical sunscreen je lagi selamat.

Oh! Kalau pakai apa-apa dekat bibir, macam lipstick ke tau lip balm, elak dari cium budak kecik tau. Budak kecik sistem imunisasi diorang lemah, so kalau terdedah dengan bahan kimia macam ni, sangat senang untuk diorang jatuh sakit.

Perasan tak banyak kes baby viral, dapat sakit kulit lepas kena cium dengan sedara-mara datang raya. Asal time raya je, mesti keluar cerita pasal baby jatuh sakit lepas datang open house opah dek kena gomol dengan makcik pakcik pakai lipstick! alahai

bahan bahaya menyebabkan kanak-kanak sakit
Baca sini untuk tahu tentang bahaya produk kosmetik kepada kanak-kanak

Diethanolamine

Diethanolamine atau DEA, ni sama macam SLS/SLES yang berfungsi sebagai pembuih. Dikenali jugak sebagai penyebab kanser dan masalah pernafasan.

Sebab itu jugaklah, EU dan bataskan guna bahan ni dalam semua produk penjagaan badan daripada syarikat jenama dari Eropah.

Lead

Lead adalah satu logam berat yang boleh menyebabkan toksik kepada sistem saraf. Kalau anak kecil didedahkan kepada logam berat, kemungkinan besar mereka boleh membesar dengan mempunyai masalah pembelajaran.

Zaman sekarang ini, lead dah banyak disekat macam dalam cat rumah dan minyak gasoline, tapi masih ada didalam lipstick, dan lipgloss.

Alahai cuba bayang berapa kali dalam sehari anda terjilat bibir. Hmm…

8 Bahan Bahaya Penyebab Kanser Dalam Skincare Anda. Oh No! 5

Okay lah, sudah-sudah lah tu menakutkan orang. Kalau korang baca sampai habis, ketahuilah ini, artikel ini hanya bertujuan untuk educate orang ramai tentang bahayanya bahan kimia yang digunakan dalam produk penjagaan badan seharian.

Boleh jadi juga kenapa muka asyik tak elok-elok jugak. Sebab banyak sangat bahan kimia yang bahaya dalam produk skincare korang tu.

Pengajarannya disini ialah, baca senarani ingredients belakang botol sebelum beli. Kalau takde dekat botol, tanya pakcik Google dulu ingredients jenama produk tu ya. Selamat membeli!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Sign in

Close

Cart (0)

Cart is empty No products in the cart.

MONOSKIN

Fix Your Acne!



Currency